TERMA DAN CARA TRANSWOMAN

181 3 2
                                    


Berita kematian Sameera yang dimutilasi secara brutal di Kuantan sangat menyayat hati. Sedikit sebanyak manganggu emosi para Transwomen seluruh Malaysia pada hujung bukan Februari 2017.

Seperti biasa pelbagai spekulasi akan timbul selepas kematian, sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kemarahan juga timbul, apabila pihak akbar melapurkan kejadian dengan terma terma seperti PONDAN, LELAKI YANG BERPAKAIAN WANITA, LELAKI YANG BERLAGAK SEPERTI PEREMPUAN.

Bertahun para NGO melobi pada penggunaan terma terma tersebut, sayangnya pihak penerbitan jarang memberi kerjasama. Sebenarnya mereka boleh sahaja menggunakan terma Maknyah, Transnita atau Transgender. Sayangnya, bagi akhbar akhbar penerbitan Melayu mereka tidak peduli. Lobi yang bertahun nampaknya sudah memberi impak pada penerbitan di The Star dan NST. Wartawan dan Editor di situ nampaknya sudah peka. Mereka menggunakan terma Transgender.

Editor editor akhbar harian boleh mendapatkan buku tentang terma terma jantina dari pihakJustice For Sisters yang sudah menggeluarkan booklet panduan seksualiti. Bukanlah sesusah mana, hantarlah wakil atau kakitangan untuk menghadiri kursus pendek tentang terma terma sedia ada. Lapuran lapuran dan terma yang silap itu adalah lambang NEGARA yang tidak progresif.  Ini merupakan hal lapuk yang berulang ulang sejak tahun 90an.

Mereka juga tidak berkeinginan untuk mengetahui tentang SOGIE. Menolak tanpa mahu membacanya adalah sesuatu hal yang menyedihkan. Penolakan SOGIE di kalangan adik adik juga sangat membimbangkan. Di situ ada gambaran bahawa muncul kekeliruan yang sudah mereka kumpulkan bertahun tahun, melibatkan polisi negara, agama dan nilai nilai moral yang awal awal lagi sudah digambarkan secara salah di minda mereka.

Hasil daripada sifat sifat tidak peka itu makan dalam dekat ini muncullah terma terma seperti maknyah insof, pondong, khunsa palsu, gay muslimah dan macam macam lagi. Padahal hidup ini sangat mudah kalau kita mengamati pengertian SOGIE.

Kita sudah berbincang tentang pembahagian di bawah payung TRANSGENDER. Begitu juga pengertian apakah itu TRANSWOMAN atau MAKNYAH.

Semakin hari semakin jengkel sebenarnya perangai manusia. Masing masing ada pendapat mereka tentang hal seksualiti sehingga membuatkan masyarakat menjadi keliru. Mana satu transwoman? Kenapa dia nampak macam perempuan? Kenapa dia masih kasar? Kenapa dia tiba tiba insof dan berpakaian lelaki dan sebagainya.

"Sogie Mogie... semua itu mengarut, kita semua isap kote," ujar seorang crossdresser yang begitu lantang suatu ketika apabila diunjurkan pemahaman tentang SOGIE. Dia sekarang kembali berpakaian lelaki. Dia mungkin berfikir semua maknyah itu jiwanya sama seperti dia. Pelik dan sangat penting diri. Masih lagi mencari makan di bidang kecantikan dan hal hal glamer. Orang sebegini kita anggap sebagai tukang keliru, hippokrit, pemburu nafsu sewaktu dia berpakaian perempuan dahulu. 

Dia tidak boleh mewakili para transwoman apabila berbicara dengan Media. Sama sahaja dengan sifat hippokrit pelawak maknyah suatu ketika dahulu, demi keselamatan diri dan periuk nasi dia kerap memberi informasi silap pada media. Silap terma pada media adalah tidak elok, kerana ibubapa akan menjadi keliru. Begitu juga kalau crossdresser tiba tiba menulis buku SELAMAT TINGGAL DUNIA PONDAN. Kita tertanya tanya bila masa dia menjadi transwoman? Dia fikir kalau sudah berdandan dan menghadiri majlis harijadi dan bergambar dia sudah jadi Pondan? Hmmm.... aneh.

Transwoman adalah mereka yang menjalani kehidupan 24/7 seperti wanita secara 100 peratus, Walaupun beliau adalah pre opt atau post opt. Mengambil tugas sebagai wanita dalam kehidupan sehariannya. Itu adalah Transwoman, jadi apabila crossdresser memberi kenyataan pada media ianya sangat bercanggah.

Sekiranya kamu masih keliru... sila rujuk pada PAYUNG TRANSGENDER dan pecahan pecahan di bawahnya. 

Bukan semua yang kamu lihat berposing sakan jelita gebu di Media sosial itu adalah transwoman. Ini harus diambil kira. Ada yang jenis pasang siap, ada yang terang terang mengaku diri mereka adalah Shemale. Ada yang hanya suka suka menggenakan makeup tebal. Ini semua akan memeningkan kepala masyarakat secara amnya. Terma terma itu boleh kamu baca dalam buku maknyah atau ulang kembali artikel dalam ruang yang sama di bawah tajuk TERMA SEKSUALITI.

Ini belum lagi program Mukhayam oleh JAKIM yang beria ia mahu merubah orientasi seksual dan identiti gender manusia.  Maknyah insof yang gilakan sinar glamer. Orang yang kerap membuat video video parodi sambil berpakaian perempuan. Video maknyah kibas kibas rambut dalam paparan di dinding medsos mereka. Berjenaka tentang seksualiti demi meraih LIKES dari penonton. Mengundang kutukan dan mencipta pemahaman KELIRU dari masyarakat.

Secara peribadi, pemaham di kalangan KOMUNITI SENDIRI harus dibaik pulih secara asas. 

1. Di manakah letak duduk mereka? 

2. Bagaimana mereka mahu menyusup masuk dalam kumpulan kumpulan masyarakat manusia yang berbeza? 

3. Bagaimana mereka boleh berjaya dalam bidang yang diceburi secara terbuka? 

4. Kesediaan mereka setelah menjalani kehidupan sebagai transwoman. Apakah mereka betul betul Transwoman?

5. Bahasa, gaya tubuh dan metaliti mereka bagaimana?

Kita tidak mahu gerombolan maknyah yang kasar dan bersifat seperti jantan apabila menangani sebarang isu. Ini akan jadi bahan ketawa untuk masyarakat tentunya. Ingat kita dari waktu ke waktu sudah terlalu sering cuba untuk diMALUkan.

Jadi tidak lain tidak bukan, ada gabungan gabungan pemahaman yang perlu ditekankan di sini. Komuniti harus sedia untuk menghadapi risiko risiko awal hidup sebagai maknyah, berusaha menjadi maknyah yang dihormati dan penuh yakin tahu selok belok hidup supaya aman dan sejahtera walaupun berada dalam kelompok mana sekali pun.

Ini kita belum berbicara tentang tangkapan di negeri Kelantan baru baru ini. Bagaimana mereka dilayan sewaktu ditahan.

Saya agak sinis mengatakan: KENAPA MEREKA TIDAK MEMINTA BANTUAN DARI JENNIFER LOPES? Mereka masuk negeri orang tanpa pengetahuan...berpakaian tidak senonoh sehingga tertangkap. Ditambah pula dengan serakah para pegawai dan pihak berkuasa yang kononnya meminta wang sogokan dari mereka... ini semua tidak akan berakhir sekiranya MAKNYAH tidak tahu hak mereka dan SALURAN yang betul.

Kamu fikir mudah hidup sebagai Transwoman? Cantik? Galmour? Ratu? Jelita dan dikagumi semua? FIKIR SEMULA SAYANG....

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now