LGBT KELIRU KESIAN

58 0 0
                                    


Dari waktu ke waktu akan muncul persoalan yang sama di kalangan manusia. Tidak kiralah apa jantina mereka. Hal ini sudah dikupas awal awal lagi, di dinding ini dan situs situs sedia ada. Biasalah, ada ulasan yang hadir dari Cisgender Bertuah, yang melihat hanya dari perspektif dominan, acuan konstruk sosial dan agama mereka. Persoalan di bawah (dicondongkan) adalah cuplikan dari medsos yang mengulang tanya hal yang sama. (saya tidak mahu melekapkan pandangan, jawapan, jenaka yang di jawab di situ kerana ianya berbunyi kurang matang, takut pada kutukan dunia serta akhirat, saya percaya ianya dijawab oleh mereka yang homoseksual, gay dan transgender yang mahu berbunyi benar). Kasihan sekali sudah masuk tahun 2018 mereka masih ternanti nanti Ulama atau Ketua Agama untuk mengatakan Ya, kamu semua wujud dan okay!!!

KENAPA TRANSGENDER DAN GAY WUJUD DI AKHIR ZAMAN?

Persoalan saya mengenai TRANSGENDER (TG) dan Ulamak.
1. Bagaimana Ulamak yang bukan TG dapat selesaikan permasalahan TG dari segi hukum hakam sedangkan mereka bukanlah TG.

2. Adakah TG atau gay terdapat pada zaman Sahabat R.A (ketika Nabi masih hidup). Jika ada, di mana kisah² yang terdapat yang boleh kita ambil jadi panduan untuk para gay dan transgender.

Maaflah jika bertanya. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Mungkin perlu ada alim ulamak yang boleh selesaikan kemaslahatan ini jika TG dan gay juga ada yang mendalami ilmu agama.

Mungkin ulamak TG atau gay itu boleh membantu dari segi fatwa dan fiqh yang sesuai untuk kegunaan TG dan gay. Saya kata di sini, mungkin ya.

Bukanlah saya nak menyokong semua yang diperjuangkan oleh TG dan gay. Sebagai contoh, kalau TG dan gay haram untuk suka lelaki, ceritakan kepada mereka bagaimana gay pada zaman Nabi dulu dipulihkan atau dibantu. Bukan sekadar menghina dan menghukum TG dan gay di ceramah² dan tazkirah.

Kita semua sedia maklum bahawa di akhir zaman antara tanda-tandanya lebih ramai perempuan berbanding lelaki dan lelaki ada yang menyerupai perempuan.

Ya, ia dah terjadi. Tapi takkanlah sekadar kita tahu saja? Apa yang kita buat untuk mereka? Berapa orang yang diperingatkan tentang rahmat dan kasih sayang Tuhan berbanding ancaman neraka neraka dan neraka?

Berapa ramai golongan cisgender (manusia yg bukan transgender) mendekati TG dan gay untuk mendekatkan diri mereka kepada masjid dan amalan memakmurkan masjid?

Jika benar transgender atau gay itu adalah cenderung perempuan, pernahkah ada alim ulamak yang bukan transgender dan gay menyuluh mereka supaya memakmurkan rumah supaya hidup amalannya seperti sahabiah² zaman Nabi dahulu? Ada tak arahan atau perintah untuk 'clear cut' aurat dan cara hidup untuk mereka?

Tak ada 'clear cut' untuk mereka (transgender dan gay) untuk ke arah mana sedangkan terdapat dalam hadis Nabi yang akan ada golongan seperti ini di akhir zaman. Tapi apa solusi yang kita usahakan?

Setakat ini sahaja persoalan yang saya mahu lontarkan. Saya sayang alim ulamak dan saya sayang juga sahabat² saya yang transgender dan gay. Mereka juga umat Nabi.

Mohon jawapan dan pendapat positif dari rakan-rakan FB semua.

Hariz Zain

Membaca penuh persoalan di atas, rasanya ada hal hal kuno masih dibincangkan. Ada teman teman beliau mengatakan di zaman nabi luth sudah ada... (mereka tidak tahu di zaman nabi luth itu apa dia? sodom lelaki dan lelaki yang sejati/cis yang berubah nafsu setelah bosan) fenomena yang tidak sama langsung seperti Gay tegar, Gay lembut dan Mak Nyah. Mutakhir ini kalau di tanya pendapat pada manusia cisgender, tentulah ia tidak akan faham langsung. Ulama pula selalunya adalah para cisgender atau Aseksual atau selibat.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now