MENGAKU PEREMPUAN

132 1 0
                                    


LAGI KEJADIAN JANTINA MENGAKU PEREMPUAN

Transwoman is a woman. Kalau mengikut perkiraan hak asasi manusia. Masih kabur tarafnya samada transnita itu sudah operasi alat kelamin SCS atau tidak.

Cisgender yang merupakan mayoritas warga setempat mungkin merasa tertipu. Jadi sering dijadikan bahan sensasi atau berita tatapan. Ianya bagaikan berita yang sangat penting menarik minat segala lapisan manusia.

Setelah kejadian Papagomo dan Nur Sajat di Malaysia yang agak heboh, muncul pula kes baharu di negara jiran. Luna Lucinta pendangdut Duo Bunga dikatakan transgender yang asalnya bernama Muhammad Fatah. Segala terbongkar setelah namanya popular dan pernah dikaitkan dengan aktor Mike Lewis. Awak media menjalankan pelbagai siasatan termasuk melihat borang permohonan menukar jantina di Pencatatan Sipil Jakarta Barat namanya kini Alyuna Putri pada 9 Disember 2013. Tahun 2018 temannya Melly membongkar segala kisah untuk tetapan media dan netizen.

Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama. Ianya sering berlaku di mana mana negara sekalipun. Pernah juga terjadi di mana semakan biologi harus dilakukan pada ahli sukan dan perserta ratu cantik perempuan apabila bertiup angin mengatakan mereka adalah transgender. Transgender Nok Yolanda pernah didenda di Thailand kerana memenangi ratu cantik perempuan.

Sebagai transnita M to F yang sudah menjalani SCS ada terdetik pengertian/pertanyaan di situ kenapa mereka transnita SCS harus melalui segala hal hal sedemikian. Ada transnita SCS memilih untuk berdamai dengan jantina asal mereka, ada yang memulakan hidup baharu dengan identiti yang dirahsiakan. Sudah tentu kita melihat kesan pisikologi yang terlibat.

1. Meninggalkan dunia Transgender setelah SCS dan pindah pada kehidupan yang terpencil

2. Mendapatkan dokumen perempuan (tidak kira apa caranya) demi pekerjaan dan penerimaan masyarakat

3. Berperang dengan diri sendiri setelah pembedahan pembedahan kecil dan besar (payu dara, kelamin dan hal hal feminization)

Jangan tidak tahu, ada yang mampu menyelinap masuk dalam kalangan wanita yang berpurdah dan hidup sebagai ibu ibu biasa. Ada bukti bukti yang tidak dapat disiarkan kerana transnita tersebut ada yang mengahwini orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat atau tidak diketahui oleh masyarakat umum. Biarlah ianya kekal begitu sahaja. Persoalan hanya akan meributkan lagi suasana.

Apa yang membuatkan kita terfikir apabila muncul kejadian seperti ini? Pendapat golongan cisgender dan transgender juga pasti berbeza. Di alaf baharu ada yang merasa tertipu apabila segalanya terbongkar. Ada yang mendukung hal hal hak manusia mengatakan pengiktirafan sudah diberi. Pertembungan pendapat akan tetap ada meskipun di kalangan para transnita sendiri.

Di dalam buku Mak Nyah ada disebutkan dalam senarai persediaan sebelum kamu melakukan SCS. (ada disebutkan bagaimana kamu harus tahu undang undang pendaftaran negara saat terkini) Bagaimana di Malaysia kad pengenalan perempuan sudah tidak dikeluarkan oleh JPN untuk transnita SCS sejak tahun 1989. (ada dua tiga kes terbaharu yang membuatkan kita terkedu bagaimana mereka memperolehi kad pengenalan berjantina perempuan). Kita juga sudah melihat dua tiga kes permohonan tukar jantina yang dibawa ke mahkamah GAGAL apabila masuk bab jantina di kad pengenalan atau dokumen perjalanan. Surat perempuan (women letter) yang dikeluarkan oleh klinik bedah sudah tidak sah lagi di Malaysia.

Cisgender yang dikatakan tadi merasa tertipu, nampaknya sangat menentang akan hal ini. Ada yang terang terangan menyatakan bahawa lelaki tetap lelaki, termasuk melemparkan kata kata kesat apabila hal sebegini terbongkar. Saya secara peribadi melihat fenomena ini sebagai kedekut ruang dan tidak mengiktiraf golongan transnita SCS dalam apa cara sekalipun.

Secara Peribadi:

Seperti yang pernah diungkap berkali kali, sebelum SCS saya sudah menetapkan bahawa saya akan okay dengan kad pengenalan dan dokumen perjalanan yang bernama dan berjantin lelaki. Menghormati undang undang negara dan tidak mahu menimbulkan sebarang kerumitan remeh. Pada diri dan Tuhan saya tetap perempuan.

Pernah juga mencadangkan pada JPN untuk menggunakan nombor khas untuk para Transnita Malaysia yang mahu menukar jantina di atas kad pengenalan. (supaya apabila ada hal hal rasmi, budaya dan keagamaan statistik tepat, maklumat sebenar akan diperolehi).

Menerangkan pada ramai sewaktu seminar bahawa negara negara seperti Thailand tidaklah seliberal mana apabila menangani kes kes SCS para Transnita. Kamu harus tahu bahawa di Thailand yang rancak dengan pelbagai operasi tubuh badan manusia tidak ada kad pengenalan perempuan dikurniakan untuk para transnita SCS (hanya satu kes di tahun 70an - setelah itu tidak ada lagi).

Dokumen perempuan sebenarnya penting. JPN harus faham bahawa ada ketikanya dokumen lelaki yang dibawa oleh Transita akan menjadi masalah sewaktu keluar negara. Ada negara yang memahami dan ada negara yang menganggap ianya sebagai Fraud. (denied entry). Bukan semua Transnita bijak untuk menjelaskan kedudukan seksualti mereka.

Kalau di India kita boleh mengatakan bahawa kita adalah hijras bila ditahan. Bagaimana dengan negara negara lain? Jangan tidak tahu ada negara yang menidakkan lawatan hanya kerana jantina di dokumen tidak sama dengan penampilan. Mendengar kisah bagaimana transnita terpaksa memakai pakaian lelaki apabila melawat negara lain adalah sangat tidak sedap/sedih/terkilan/kecewa. Ini akan menjadi masalah pada para transnita yang bekerja secara benar dan bukannya terlibat dengan dunia pelacuran.

Saya mahu mengerti bahawa cisgender tidak mahu merasa tertipu, dalam masa yang sama simpati pada para Transnita yang terpaksa berhempas pulas menerangkan kedudukan jantina, alat kelamin dan seksualiti mereka pada Immigresen.

Secara peribadi juga saya sudah terbiasa dengan dokumen lelaki dan tidak gusar untuk menerangkan kedudukan jantina, alat kelamin dan identiti seksual. Sudah dua tiga kali saya menanganinya dengan tenang dan bersedia selalu. (termasuklah mendengar bisikan bahawa saya ini bencong, ladyboy, pondan atau apa apa gelaran setempat – namun mereka masih cuba bersopan) ini termasuk melintas masuk ruang menanti di bandara tempatan.

"Yes sir?" tanyaku pada pegawai imigresen yang keliru di bandara setelah melihat passportku

"Madam we have to stop you, your document said Male"

"Yes, I am a transwoman and that's my real document"

"Oh!"

"That is how it works in my country"

"Alright let's do the thumb print"

"Thank you"

"Thank you"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now