BILA JAKIM DILIBATKAN DENGAN MAK NYAH

134 0 0
                                    


BILA JAKIM DILIBATKAN DENGAN MAK NYAH

Pagi 14hb Januari 2018 sewaktu sesi pusingan awal Miss Ikon Tw 2017 di Istana Hotel, kami dikejutkan dengan penularan panggilan telefon oleh individu tertentu kepada Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam). Beliau sebenarnya sudah kami jemput secara rasmi untuk hadir ke majlis makan malam sempena Majlis Aids Sedunia di Istana Hotel, Kuala Lumpur.

Berbalik pada panggilan telefon tersebut, si individu seolah olah terlalu kesal pada jantina Nur Sajat dan kehidupannya sebagai peniagawati. Seperti anggur masam nada lapuran yang dirakam ditularkan, salin lekap oleh netizen dan dipersoalkan kembali. Kita orang Malaysia yang bijaksana sudah sedia maklum bahawa teknik Nur Sajat dan dua tiga peniaga lain demi mendapatkan perhatian. Kita yang mengerti tidaklah merasa hairan pada bentuk video video konyol mereka, selalunya kita yang bijak memilih untuk tidak peduli langsung. Pemanggil bagaikan pembantu Nabi meminta JAKIM untuk memantau (rasanya kalau boleh dia mahu para Mak Nyah dihapuskan). Jadi 48 jam jugalah video tular sang pemanggil yang bagaikan askar moral disertai bantuan komentar komentar netizen cisgender yang kononnya bermoral ikut sama melafazkan rasa benci, ragu ragu pada jantina Nur Sajat (mungkin mereka mahukan Nur Sajat mengoyak labia dan vagina di medsos?). Seperti biasa spekulasi spekulasi pelbagai naik di laman medsos. Ada yang mengatakan ianya kerana pilihanraya dan berbentuk politik, yang nakal mengatakan bahawa si pemanggil mungkin pernah cuba menggoda tetapi tidak dapat, perkongsian lekap salin dinding sang pemanggil dan macam macam. Ianya agak merunsingkan.

16hb Januari 2018 Nur Sajat bertemu dengan JAKIM. Dari paparan yang dilihat JAKIM tidaklah sekejam mana kerana mereka dinaungi oleh manusia bijaksana tentang kemanusiaan. JAKIM juga sudah melalui beberapa kes Mak Nyah sebelum ini. Dipercayai pertemuan tersebut damai dan tamat dengan baik. Sebagai pemerhati kita merasa ragu ragu. Apakah ini niat jahat? Polis moral yang tidak diiktiraf? Cisgender buta jantina? Cisgender terlupa pada MAHA KUASA Tuhan atau apa? Isu lapuk yang berulang ulang ini membuatkan kita merasa agak kecewa dan lekeh sebenarnya. Apa mereka fikir hidup sebagai Transnita itu sesuatu yang menyeronokkan? Atau hidup dan jantina ini dipilih pilih berdasarkan bentuk genetalia? Tidaklah ingin diulangi lagi permasalahan ini, semuanya sudah ada di dalam dinding wattpad isu Mak Nyah. Lama lama kami para transnita yang selama ini dianggap 'gender dysphoria' mungkin akan bosan dan menganggap para cisgender sebagai sasau/mental.

Sisi sisi baik manusia tidak kira apa jantina harus diambil kira. Harus ingat Nur Sajat sudah menggalas tugas sebagai ibu dan dia hanya menjalankan tugasnya sebagai peniagawati. Bentuk pemasaran pilihannya harus dihormati. Kita yang terlebih waktu mengintai Instagram dan facebook beliau harus berfikir dua kali sebelum mengutuk cara pemasaran beliau. Ingat: Cisgender ramai yang buang bayi, merompak, berzina, mengamalkan dadah, membunuh, merogol anak sendiri dan pelbagai lagi bentuk jenayah sudah terjadi.

Apa kita tidak mahu belajar lagi untuk mengenali budi manusia dan memaafkan khilaf khilaf mereka?

Hal ini juga mungkin boleh menjadi iktibar pada peniagawati peniagawati transnita atau lelaki lembut yang lain. Impak pada komuniti akan tetap ada, sedangkan teman teman lain bertungkus lumus mahu/sudah bekerjasama dengan para cisgender lain di pelbagai sektor terpaksa menjawab, menebalkan muka dan berpura pura pekak. Ini belum masuk lagi video video Mak Nyah insof yang digunakan sebagai model untuk proses kembali ke pangkal jalan. Kamu sendiri dengan akal yang waras mampu melihat tahap mental si E yang gila glamer, Cikgu J yang juga menjual barangan/produk atas dasar keinsofan lalu. Padahal keinsofan manusia adalah berbentuk peribadi, tidak ada sesiapa yang menghalang. Manusia sekali lagi tanpa mengira jantina boleh sahaja berpatah pulang atau apa sahaja, dilakukan secara peribadi dan tidak perlu diwar warkan (juga sudah diulangi beratus kali).

Cisgender yang sering melafazkan Bismillahirahmanirahim, Allahuakbar mungkin terlupa pada terjemahan dua ayat keramat tersebut. Begitu MAHA-nya Dia dan kejadian demi proses asimilasi hidup. Mak Nyah hadir dari mana kalau bukan dari Rahim perempuan setelah semaian bersama dengan Lelaki.

Di mana mata para cisgender apabila melihat ini semua?

Apakah saban tahun kisah Mak Nyah akan menjadi fenomena baharu pada mereka? Tidakkah mereka membaca? Tidakkah mereka cuba mendekati? Tidakkah mereka malu pada diri sendiri apabila cuba mengacuankan hidup orang lain? Sedangkan kalau mereka saling bekerjasama penuh pemahaman banyak perkara perkara positif boleh dicapai dalam kehidupan.

Cisgender harus tahu, Mak Nyah wujud. Nyata atau sorok sorok. Begitu juga dengan jantina yang lain. Cuba tanya diri, apakah kuasa yang kamu ada? Bagaimana pastinya kamu tempat kamu di syurga nanti? Adakah selama ini kehidupan keluarga, rumahtangga dan lingkungan kamu diganggu jentik oleh para Mak Nyah?

Kami para Transnita NGO atau tidak akan terus menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak pihak jabatan agama negeri, badan badan kerajaan yang lain hingga ke hari ini. Kenapa? Kerana kami hanya mahukan hak yang sama rata BUKAN Hak istimewa. Kami hadir dari rahim ibu kami, hasil dari hubungannya dengan ayah kami yang merupakan cisgender.

Ingin ditanya soalan pada para cisgender, pernahkah kamu melihat Mak Nyah berbakti pada keluarga cisgender mereka? Adik adik mereka? Menjaga ibu bapa mereka dengan sempurna? Sila buka mata.

Kalau jahat yang ingin kita katakan, imbangkan juga kejahatan kelaku para cisgender di dunia ini, berbanding Mak Nyah ianya mungkin sedikit atau seimbang.

Artikel ini dihasil dengan kata kata yang berulang ulang, ada ketikanya penat mahu ditegaskan pada manusia manusia yang tidak mahu menggunakan kewarasan otak apabila mengambil keputusan. Kita berhempas pulas takut pada dosa orang lain, sedangkan lingkungan terdekat kita dalam keadaan Wallahualam.

Cisgender (meskipun bukan semua) selalunya sangat menjengkelkan bila masuk isu lapuk Mak Nyah, seolah olah mereka kesal dan benci kerana para Transnita tidak mahu menurut acuan mereka. Kembali menjadi lelaki (itu sahaja?) lepas itu apa dia? Apa kamu peduli pada perkembangan sejahtera mereka setelah itu? Atau kamu ada menyimpan rasa cemburu pada mereka yang bebas menjadi diri mereka sendiri sedangkan hidup kamu membosankan?

Ingin diulangi lagi... anak anak kita tidak kira apa jantina mereka, kita doakan agar jadi manusia berguna dan mampu berbakti pada dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan paling tidak jadi sempurna pemikirannya untuk saling berbagi kehidupan.

Sebagai feminis Transnita, kejadian demi kejadian tentang pertikaian jantina manusia adalah sesuatu yang sangat dikesali. Tidakkah terbuka hati manusia kamu yang sehala itu tentang kekuasaanNYA? Tidaklah mahu disumpah agar anak anak yang kamu fikir sempurna itu bakal menjejaki nasib kami (kalau boleh jangan, kerana kami tahu hidup sebagai transnita di dunai yang separuh masak ini menyiksakan).

Kata orang, kalau kita tidak mampu mengerti kita bertanya. Duduk dan dengar. Kalau masih tidak mengerti juga tinggalkan, usah dipertikaikan sehingga memalukan diri sendiri. Izinkan diulangi di sini bahawa: anak lembik, Lesbian, Mak Nyah atau apa apa sekalipun hadir dari PERSETUBUHAN CISGENDER.

Tingkatkan pemahaman dan belas kasihan kamu sedikit untuk kita sama sama menumpang dunia ini.

Ini bukan kisah lampau LUTH seperti yang sering kamu gambarkan. Kita manusia saling belajar tentang hidup masing masing.

 Kita manusia saling belajar tentang hidup masing masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Twit aktor terkenal di atas.... alamak kenapa ya??? 

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now