KELEBIHAN SCS DI KALANGAN TRANSNITA?

39 0 0
                                    

KELEBIHAN SCS (Sexual Confirmation Sugery) DI KALANGAN TRANSNITA

Dua transita berdiri bergandingan, satu belum SCS dan seorang lagi sudah SCS - siapalah yang mahu selak dan menyemak gentalia milik mereka? Mereka tetap dianggap sebagai Mak Nyah.

Memudahkan kisah SCS terma yang dahulunya sering dirujuk sebagai SRS adalah PEMBEDAHAN JANTINA. Bertukar hanyalah kata Confirmation (pengesahan) menggantikan Re-assingment (tukaran)

Masih lagi dalam kadar misteri di kalangan masyarakat, ada ketikanya diaibkan tanpa sebab munasabah oleh komuniti sendiri.

Mengikut sejarah, Lili Elbe adalah manusia pertama M to F yang melakukan SRS di negara Jerman pada tahun 1930. Pengamal perubatan pertama yang menjalankan proses SCS pula dalah Elmer Belt yang menjalani praktik sehingga tahun 1960. Manakala di Malaysia Profesor Khairudin pernah berjaya melakukan SCS untuk beberapa transnita di sekitar awal tahun 80an dan diarahkan untuk tidak meneruskannya setelah keluar fatwa melarang pembedahan dilakukan oleh manusia Muslim. Prof masih hidup dan menetap di Ipoh Perak.*sebelumnya dilakukan di Singapura (terdapat pelbagai jenis paparan di youtube termasuk arkib lama)

Kita sudah berbincang sesama komuniti selama ini tentang SCS (kenyataan dan mitos). Sesekali diselangi oleh komentar lucu tentangnya. Kali ini penjelasan dalam 'point form' diharapkan dapat membantu pemahaman tentang SCS.

1. Bukan semua transgender memerlukan SCS. Ramai yang bahagia mendakap diri seadanya.

2. Tidak ada bancian/census berapa ramai Transnita Malaysia sudah melakukan SCS

3. Haadyai dan Bangkok – dua lokasi tepat untuk SCS – beroperasi dengan lebih sistematik. (surat dari doktor negara asal, semakan darah (kencing manis, darah tinggi atau HIV)

4. Yuran pembedahan dan perubatan berbeza dari tahun ke tahun atas dasar naik turun kewangan dan sosio ekonomi.

5. Perubatan semakin moden. Pembedahan leser dan ubatan yang semakin memudahkan – ini bukan lagi seperti melapah lembu daging. (pakar bius, ubat pelali, teknik jagaan)

6. Transgender harus membekalkan diri dengan persediaan mental, fizikal, penetapan diri kukuh serta pengetahuan penjagaan di rumah ikhsan dari komuniti yang sudah melalui proses SCS atau tinggal lama di pusat perubatan, pulang bila sembuh. (fikirkan health tourism)

7. Mitos - barisan mitos tentang SCS dari mereka yang belum melalui proses SCS harus berhenti. Keperluan manusia berbeza meskipun berada dalam kelompok yang sama. (mitos – gila, putus urat, meroyan, gemok dan lain lain)

8. Setelah SCS transgender tersebut BUKAN perempuan cis

9. Penetapan negara tentang kad pengenalan, paspot dan dokumen peribadi harus diambil kira buat tempoh waktu ini.

10. Bersedia dengan kehidupan baharu, kuat menghadapi apa sahaja.

Sebab musabab menjalani SCS tidak sama pada setiap individu transnita. Ia melibatkan permintaan emosi peribadi yang telus dan bukan terikut ikut untuk bertanding siapakah yang dahulu bervagina dalam komuniti. Banyak perkiraan yang lebih penting harus dihitung oleh setiap mereka yang berkeinginan menjalani pembedahan tersebut.

Ini belum lagi masuk tekanan dari pihak agama yang bijak memanipulasi keadaan. (kita sudah berbicara panjang lebar tentang hal ini – selalunya dari pihak Jabatan Agama (bukan Jabatan Agama Islam sahaja – sila ambil hentang) – belum lagi perkongsian dari negara barat tentang kesesalan setelah menjalani SCS. Perdebatan itu dan ini tentang transnita SCS.

Seperti yang dipesan ulang: Bukan semua transnita memerlukan proses SCS. Jadi tidak ada beza, aku lebih perempuan dari kamu dan sebagainya. Transnita SCS masih berada di bawah payung Transgender.

Kelebihan Transnita SCS:

1. Emosi menjadi lebih terkawal, sekiranya pembedahan diawali dengan niat yang telus terhadap diri

2. Menjadi lebih produktif: Selama ini ragu ragu dan tidak selesa dengan zakar.

3. Tidak mengalami proses haid atau nifas: mudah dijaga bahagian alat sulit. Perubahan hormon dalam badan menjurus pada kewanitaan.

4. Selesa berpakaian tanpa ragu ragu (tidak yakin atau malu)

5. Tercapai hajat sementara masih hidup

Tidak ada had umur untuk SCS. Keraguan sewaktu remaja dikaji selidik sesuai dengan peredaran waktu. Tidak ada jaminan bahawa kamu akan ditatang oleh kamu lelaki setelah bervagina di zaman shemale menjadi ratu bagi mereka yang bereksplorasi dalam dunia seks. Fikiran jumud bahawa perkerja seks lebih laris jika bervagina hanyalah cerita kolot yang tidak benar.

Segala perancangan SCS adalah mutlak keputusan diri sebagai Transnita yang mahukan kedamaian dan sejahtera ketika hidup. Ia keputusan peribadi yang tidak boleh diaruh atau dipertikaikan oleh sesiapapun. Selalunya sang Transnita akan tiba di pusat kesihatan pilihan dengan emosi yang kental, fizikal yang bersedia serta kesanggupan untuk menghadapi sebarang komplikasi.

Telus pada diri sendiri, tepuk dada tanya selera.

NOTA: artikel ini ditulis setelah bangkit lagi persoalan tentang SCS di tahun 2019. Penulis yang sudah SCS menerima pelbagai soalan tentang proses SCS. Info tentang kehidupan Mak Nyah boleh dibaca dalam Buku Mak Nyah terbitan terfaktab atau layari sahaja portal nirlaba wattpad.com dan cari tajuk Buku Mak Nyah (revised edition).

Regina Ibrahim 270719

Regina Ibrahim 270719

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now