WHAT A WASTE OF TIME

40 3 1
                                    


Ini pengalaman peribadi sebagai Maknyah tegar, dilahirkan dalam dengan genetalia jantina yang silap. Bertatih mencari diri sendiri yang dirasakan perempuan sejak kecil sehinggalah menjalani SRS. Sebagai manusia sebelum kita memahami percaturan dunia, banyak hal hal emosi dan sejahtera diri/hidup yang macam macam akan menular dalam diri. Salah, benar, dosa, pahala dan kekangan kekangan hidup yang lain juga.

Saya percaya semua ini akan dilalui oleh semua para Transwoman. Bagaimana mereka menggendalikannya sahaja yang berbeza.

Apabila berurusan dengan diri, masih ramai yang malu malu dengan identiti gender dan orientasi seksual mereka. Seperti yang kita tahu sewaktu meniti dewasa kita sudah disogok oleh tatacara manusia benar dan salah, dosa dan pahala. Hukum hukum syarak dan pembalasan akhirat sering diwar warkan. Diperhatikan terdapat banyak gangguan emosi agama di kalangan para Maknyah muslim Malaysia.

Memasuki alaf baru semakin menjadi jadi rasa takut, insof dan semakin tidak telus jadinya. Lucu apabila semua ini dilihat jelas. Ada ketikanya mereka mengatakan Tuhan itu maha berkuasa, ada waktunya mereka membiarkan rasa bersalah seksualiti mereka sehingga ada yang jatuh sakit akibat depressi. Selalunya para Transwoman yang sudah puas menjalani hidup nafsu nafsi mereka.

Bahan bacaan tentang Transeksualism secara akademik sangat banyak. Bermula dari seasas asasnya cara kamu mengenal kemahuan diri. Berita berita sensasi tentang transisi yang menggejukkan juga banyak (yang terkejut sebenarnya adalah para cisgender dan pelapor kisah). Sebagai transwoman kita tahu ramai yang berada dalam almari untuk jangkamasa yang sangat panjang.

Masalahnya di sini adalah apabila para Transgender membenarkan adanya pendapat dari para cisgender yang tidak tahu menahu perasaan kamu. Ada juga yang dengan mudah melonggokkan semua para LGBT sebagai sama. Mereka harus dipulihkan. Para transwoman yang lemah akan menjadi bingung dan mula tercari cari rentak hidup bagaimana yang harus diikuti.

Para NGO dan NGI dari waktuke waktu hanya memberi pengukuhan pemahaman dan pembentukan jati diri para Transwoman. Dijelaskan konsep konsep mencari kesejahteraan hidup dan berdamai dengan seksualiti diri. Hal hal hidup silap sudah dibicarakan dalam bab bab yang lepas. Dijelaskan terma terma salah yang digunakan oleh mereka dari waktu ke waktu. e.g: SHEMALE, ladyboy etc.

Ada juga yang setelah menjalani hidup sebagai TS tidak bertemu bahagia akibat pembentukan konsep yang silap dalam hidup: jelita, menang ratu, jadi model, dicintai dan menyintai dengan pasangan. (kegagalan mereka membezakan antara realiti hidup dan khayalan ada waktunya lucu dan menyedihkan). Ada yang berpatah balik untuk hidup biasa biasa (dianggap pula insof oleh yang lain). Ada yang pulang pada mencari kedamaian dengan berAgama (diusahakan pula untuk menarik teman teman yang lain yang dianggap tidak damai). Kesemua itu menjadikan hidup para TS/Transwoman/Maknyah jadi tidak damai dan berada dalam keadaan terumbang ambing (limbo).

Awal awal lagi para NGI sudah bertanya. 

"Kamu ini bagai nak rak bertransisi kerana apa?"

Soalan itu harus dijawab dengan tulus dan ikhlas. Jangan terkejut kalau ada yang mengatakan senang dapat JANTAN atau kegiatan seks yang meriah. (ini bukan hal salah benar).

Semakin menuju ke depan, para cisgender akan menjadi lebih rumit sifatnya melihat fenomena kebangkitan para Transwoman. Ada yang pura pura menerima kamu demi kerjaya mereka, ada yang mengatakan mereka okay dengan kamu dan sangat memahami. Ada juga yang sememangnya tidak kisah dengan apa saja gender manusia lain. Mereka yang menentang akau berusaha berhabis habisan menilai cara hidup Transwoman seteliti mungkin. Itu satu kepuasan mungkin pada mereka.

Sebagai maknyah kamu akan menggalami TEKANAN  berat sekiranya kamu terlalu peduli pada pertikaian remeh mereka para cisgender. HARUS INGAT: Kamu hadir dari mana? Rahim siapa? Hasil persetubuhan siapa? Jadi hubungan dengan mereka harus ditangani dengan bijak.

APA YANG MERUGIKAN WAKTU TRANSWOMAN?

1. Rasa ragu seksualiti yang berpanjangan. Tidak pasti diri adalah apa...crossdersser? Shemale? Drag Queen? atau hanya jantan lembik?

2. Berharap pada penerimaan orang sekeliling. Selepas mereka menerima kamu apa agaknya?

3. Tidak berusaha untuk memajukan diri setelah transisi. Miskin informasi.

4. Procrastinating: duduk diam, memendam rasa, berkhayal, merasakan diri adalah mangsa dunia

5. Tidak membekalkan diri dengan ilmu ilmu kehidupan sebagai Maknyah

6. Romantik tidak tentu hala (tidak salah menjadi insan romantik) kalau terlalu ada bahayanya

7. Tidak pasti tentang hubungan mereka dengan PENCIPTA (kerap bertelagah bila dikatakan mereka masuk neraka)

8. Sering kesal dengan pengorbanan (tidak menjadi diri sendiri) kerana sayang pada keluarga dan takut pada APA ORANG KATA.

9. KAGUM secara terlalu pada kecantikan, kekayaan dan keindahan orang lain. Kerap menelan air liur sehingga terlupa potensi diri

10. Meletakkan diri secara HINA. Tahap hina diri yang keterlaluan sehingga membantutkan segala rencana hidup.

11. Bersaing hanya di kalangan para Maknyah

12. MALAS mahu mencari ilmu tidak kira ilmu hidup atau ilmu kemahiran.

13. Gagal membentuk cara diri ke depan. (kerana hal hal asas yakin diri tidak dirawati).

14. Tidak mencipta kebergantungan pada diri sendiri berharap pada orang lain (financial, emotional and physical dependency)

15. TIDAK REDHA diri dan sering merasa bersalah seumur hidup sebagai Maknyah.

15 di atas disenaraikan secara rambang sahaja, ada lagi hal hal penting lain, namapun hidup. Saya tidak ada jawapan kalau sering kali disogok dengan hal hal cantik dan suami/perhubungan secara melulu. Hal hal HRT juga ramai yang masih kabur...ini belum lagi rasa BERSALAH dan takut mati dari mereka yang lemah. Manusia kalau sepanjang hayat hidup dibebani rasa bersalah/berdosa/takut/ragu akan sukar untuk hidup. Bukankah hidup yang sementara ini harus dinikmati?

Ada yang dengan mudah mengistiharkan, "mak dulu sebenarnya gayboy tau nok...mak terbawa bawa oleh nafsu, terikut kawan kawan, sekarang mak lebih senang begini ke surau, ke masjid dan majlis majlis agama"

Ingin dinasihati sekiranya jawapan di atas akan kamu berikan, baiklah kamu berhenti dari menyiksa diri.

*Jadi untuk tidak merugikan waktu hidup, tanyalah kembali diri sendiri sekiranya kamu manusia Maknyah.  Tanya dan terus bertanya dan dapatkan jawapan ikhlas terbaik supaya jejak kaki kamu itu tidak merugikan waktu.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now