ENDOCRINOLOGIST

47 2 0
                                    


Anda tahu KESEJAHTERAAN MANUSIA itu ada sedikit sebanyak diakibatkan oleh rembesan kadar imbang hormon dalam badan? Perhatikan sekeliling kamu sifat marah marah, sifat murung dan pelbagai lagi termasuk fizikal dan emosi yang lain lain. Sesetengah kita tanpa mengira jantina memang memerlukan rawatan terhadap keseimbangan HORMON. (bukan maknyah sahaja). Hormon yang seimbang adalah petanda hidup sejahtera

.

SIAPAKAH ENDOCRINOLOGISTS?

Pakar yang boleh mengdiagnos hal hal berkaitan dengan KELENJAR. Mereka terlatih untuk mengesan kesan kesan kuman yang melibatkan bahagian tubuh manusia yang diakibatkan oleh kelenjar. Doktor biasa akan merawat tubuh manusia, bagi hal hal yang melihatkan sakit dan kondisi yang melibatkan kelenjar selalunya pesakit akan diserahkan pada pakar Endocrinologist.

APAKAH TUGAS TUGAS MEREKA?

Kelenjar badan manusia akan merembeskan hormon. Endocrinologist merawat manusia yang sakit akibat tidak seimbang hormon badan, biasanya dari kelenjar dalam Sistem Endocrin. Matlamat perwatan adalah untuk mengimbangi hormon dalam badan pesakit. Rawatan rawatan biasa oleh pakar endocrinoligists adalah...

Menopause kencing manis, kecelaruan metabolik, tumbesar yang kurang, osteoporosis, kuman thyroid, kanser kelenjar, terlebih/terkurang rembesan hormon, tekanan darah tinggi dan tidak subur.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now