KEMELUT CANTIK

57 0 0
                                    


KEMELUT MAHU KEKAL CANTIK

Rasanya diusia 55 tahun saya sudah boleh menulis tentang hal ini tanpa dihujat oleh komuniti Transnita Malaysia. Bertahun sudah disaksikan ketaksuban di kalangan mak nyah tercari cari makna cantik sejak tahun 70an sehingga 2018.

Siapa yang tidak mahu cantik jelita?

Jangan tidak tahu itu adalah tumpuan semua termasuk para cisgender perempuan, namun di kalangan transnita ianya agak meluap luap ada ketikanya 'overwhelming' dan menjadi topik dangkal utama apabila berhimpun. Kalau tidak cantik rupa paras, badan biarlah meletop katanya...

Kecantikan Transnita suatu ketika dahulu bagaikan rahsia yang perlu dikorek. Kalau dikhabarkan juga si tuan punya badan akan meminta agar jangan dikongsikan dengan ramai. Begitu sekali perlumbaan yang bebaur busuk hati kedekut mereka ya? Begitu kampungan sifat tersebut.

Bermula dari rahsia hormon yang diperbalahkan dari waktu ke waktu. Hinaan sesama komuniti bila melihat kemunculan transnita yang berkurangan rupa paras, membuatkan komuniti yang dewasa jadi agak terkedu. Bicara dan usaha mereka terhadap hal hal cantik tidak akan mati sebenarnya.

"Perempuan apa tu? Macam pakcik pakcik," mereka ketawa sesama mereka.

Sekali sekala apabila diutarakan hal hal ULTRA FEMININ mereka jadi tertanya tanya apa dia? Menghuraikan hal hal bahaya hormon juga membuatkan mereka jadi ternganga. Seperti yang sudah disiniskan, para Mak Nyah kalau meminta nasihat hormon akan terus terjegil mahukan hormon yang paling berkesan, yang boleh membengkakkan dada jadi payu dara besar atau kalau boleh bangun esok kelihatan seperti Nur Sajat. Penat sebenarnya menghuraikan hal hal sintetik, genetik dan pengamal perubatan. Ya, sudah ada adik adik yang jatuh sakit akibat tindak balas hormon dan prosedur feminization. Ya, ada.

Di usia remaja, siapa yang tidak segar? Siapa yang tidak cantik? Belasan tahun sewaktu terkial kial memakai pakaian wanita tentulah comel terlihat. Diasuh pula oleh makayam yang baik hati yang mengatakan boleh masuk ratu yuran. Maka berpusarlah pada hal hal cantik sahaja. Falsafah tentang CANTIK sudah kita bicarakan awal awal lagi.

Belasan tahun badan cantik. 20an rangka jantan mula menjengol. 30an tanpa hormon. 40an kecewa melihat cermin. 50an jadi pahit pada hal hal transgendrisme dan bicara bicara tentang hal hak saksama Mak Nyah Malaysia. (ketika ini ada gangguan emosi yang berat selalunya)

Perubahan tubuh badan yang secara biologis lelaki sudah tentu akan memberi gangguan. Lainlah kalau diusia 13 tahun sudah dilakukan proses pengurangan hormon testorone dalam badan secara medikal. (proses negara barat yang maju setelah mendapat kebenaran ibubapa sang transnita).

Di sini akan terjadi kekeliruan, akibat usia dan masa. Yang gemok mahu kurus mudah, yang kecut mula tercari cari prosedur asthetic kecantikan. Maklumlah sudah biasa cantik katanya. Sepanjang penulis menjalani kehidupan sebagai transnita berparas biasa, sudah dilihat kejadian yang macam macam melibatkan hal hidup yang melibatkan paras cantik.

1. Hidung berlubang akibat suntikan kolajen dari Indo

2. Tetek pecah dan gangguan pada kulit

3. Graviti menarik suntikan di pipi, dagu dan dahi akibat suntikan kolagen di usia yang silap. (bull dog face)

4. Pengambilan dadah sintetik yang berterusan hanya untuk kekal tuduh sebagai model.

5. Pembikinan hidung prostetik yang merosak wajah jadi lebih maskulin, lubang pernafasan terlalu sempit, buang ganti tulang hidung.

6. Tarik wajah yang jadi tidak keruan.

Sesekali kita akan bertembung dengan makayam yang berwajah ganas garang. Jari jadi tercuit cuit, yang muda akan berjenaka sesama mereka tentang wajah mak nyah tua... jenaka itu tentulah tidak didengari oleh tuan punya badan. Sudah dilihat fenomena ini.

Namun begitu kita tentu akan kagum pada transnita veteran yang tahu menjaga diri. Mereka yang berusia 50 ke atas yang masih tampil menawan akan sering dipuji. Ada yang mengamalkan disiplin yang ketat dan ada juga yang sudah dikurniakan genetik yang sememangnya jelita sejak kecil lagi, hanya menanti untuk dibega bega sahaja. Ya, saya sudah bertemu mereka.

Mereka yang pernah cantik jelita sewaktu remaja dan awal dewasa, selalunya akan merasa tertekan apabila ada perubahan fizikal di kemudian hari. Ramai yang ditemui membayangkan rasa bosan untuk terus teliti mahu bercantik cantik. Begitu juga transnita yang sudah merubah cara berpakaian secara androgyn. Ada yang tampil bahagia kerana mereka mampu menerima hakikat perubahan tersebut. Namun ada yang hilang begitu sahaja kerana sudah berpakaian lelaki, tidak cantik lagi kerana gemok dan ada yang botak kerana genetik rerambut memang begitu. Ada yang tidak berupaya lagi untuk berhempas pulas untuk tampil feminin dan menawan. Nada perbualan selalunya bagaikan Throwback yang pahit seperti di medsos.

"Ah! Aku dulu korang tak pernah tengok! Aku lagi cantik dari si Nur,"

Saya kira, sudah sampailah waktu untuk para Transnita melihat CANTIK dari sudut yang berbeza. Hal hal fizikal yang tidak kekal itu didakap dengan penuh kesedaran. Bersifat terbuka bahawa manusia akan tetap dimamah usia tanpa mengira jantina. Percaya bahawa ada caranya untuk terus kekal menjalani kehidupan bermakna setelah ditelan waktu.

Bicara bicara tentang kekesalan sebaiknya disimpan pada diri sendiri atau diangkat bicara dalam kumpulan yang intim sahaja, kerana kekesalan dan sifat pukul rata kita dari zaman berbeza itu tidak relavan pada generasi baharu ts lagi. Tidak manis kalau nanti digunakan sebagai senjatan oleh para cisgender yang sememangnya anti LGBT untuk menghentam generasi transnita yang baharu. Harus ingat generasi baharu berada dalam suasana yang lebih cepat dan progresif.

Secara logiknya, sama seperti cisgender perempuan kalau sudah hilang kemantapan fizikal dan kejelitaan saya fikir ada stail hidup yang boleh kamu lalui. Lupakanlah kerinduan pada hal hal cantik dan pernah meletop dahulu. Tumpukan pada hal hal yang lebih bermakna dalam hidup. Hati seharusnya merasa lega mendakap usia dan pengalaman lalu yang tidak kurang indahnya.

Terkebil kebil di usia lanjut, mengkritik rupa paras ratu ratuan, berbusana tidak kena umur dan kesal pada peralihan zaman saya kira adalah usaha yang tidak masuk akal lagi. Cantik, sihat dan matang harus dilihat dalam perspektif yang baharu. Kamu masih berguna lagi sebenarnya kalau tahu memanipulasi kehidupan seadanya. Bukankah falsafah lama bahawa 'Kecantikan itu diselaraskan dengan Kebijaksanaan?"

"Oh! Dia dahulu kecil molek, gebu macam Ogy Ahmad Dauh tau... kesian bila akak jumpa dia minggu lepas, nampak down sangat, akak rasa dadah tu selepas ditinggalkan suami," gaya perbualan yang akan kamu dengar nanti.

Secara individu, sekiranya kamu Mak Nyah tegar, berilah perhatian pada kesihatan, cara hidup (makanan, vitamin, riadah) dakap hal hal genetik yang tidak dapat dielakkan. Gemok ada caranya, kurus ada tekniknya. Kekaguman dan keinginan mahu tampil sebagai bintang itu terpulang pada kamu, siapalah penulis mahu menjual nilai hidup bukan?

Jadi, di usia 50an apa kamu masih mahu bersolek konturing kimK? Berbusana bareback seperti Pamela Anderson tepi pantai? Berbicara tentang brand brand hebat? Untuk apa? Penulis mengatakan pada diri sudah sudahlah, kasut tinggi 4 inci yang dulu digunakan atas panggung juga sudah tidak mampu dipakai dalam kadar waktu yang lama. Kesannya tidak sama seperti di usia 20an.

Renung renungkan. Salam kemaafan dari saya sekiranya terguris satu dua hati.

 Salam kemaafan dari saya sekiranya terguris satu dua hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penulis setelah tamat SPM pada tahun 1981

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now