SUKARELAWAN

51 4 0
                                    


Ini adalah pengalaman penulis sendiri memerhatikan para sukarelawan. Bukan NGO yang sedia ada seperti Pink Triangle, Seeds atau FDHA. Sukarelawan PERIBADI dari waktu ke waktu, sememangnya prihatin pada masalah yang dihadapi oleh kaum Maknyah. Tentunya mereka percaya keadilan manusia.

Mereka hadir dengan niat yang molek mahu membantu para Maknyah. Selalunya dengan harapan Maknyah akan keluar dari dunia Pekerja Seks dan menjawat jawatan biasa biasa demi kelangsungan hidup. Mereka datang dan pergi. Tidak pula berani penulis mahu bertanya tahap kebanggaan atau kekecewaan mereka setelah menilai fenomena hidup Maknyah.

Mereka mengambil peranan menjadi orang tengah dalam mencari keadilan terhadap maknyah yang dianiaya oleh pihak berkuasa atau apabila ada isu isu tertentu. Penulis telah bertemu dengan lebih dari 10 orang yang mencuba. Ada yang menjadi orang tengah apabila ada akbar mahu membuat persidangan, menjadi jurucakap apabila ada forum forum tentang Gender Dhysporia. Ramai yang berhenti sekerat jalan sahaja.

Kaum maknyah selalunya akan menggelabah apabila ada kes kes tangkapan. Selain daripada itu mereka akan terus menjalani kehidupan seharian seperti biasa. 

Ada maknyah yang menggambil kesempatan atas kebaikan para sukarelawan ini. Ada juga sukarelawan yang tersilap dalam mendekati maknyah. Tertawa penulis apabila ada sukarelawan yang hanya mendekati jelitawan Maknyah kerana kagum (para showgirls) yang hidup mereka tidak ada banyak masalah (hanya apabila ditangkap oleh pihak berkuasa). Ada sukarelawan yang digunakan sebagai tempat untuk mendapatkan dana. Dana perniagaan, tetapi tidak dilaksanakan. Sama seperti jantina yang lain, ada maknyah yang jenis begini.

Ada yang diberi dana untuk membayar wang denda mahkamah, tapi tidak hadir dan hilang begitu sahaja. Ada yang menalipon tengah tengah malam buta untuk meminta wang bagi membeli dadah. Ini adalah kejadian sebenar. Satu persatu para sukarelawan akan berlalu pergi setelah mereka melihat fenomena ini tidak akan mampu mereka tangani.

Seperti yang sering penulis sebutkan TUAN PUNYA BADAN harus mahu berubah. Para sukarelawan sendiri tidak dapat membezakan samada itu maknyah betul? adakah dia crossdresser? apakah dia Shemale? Adakah penampilan maknyah itu hanya berindentitikan gender wanita demi sesuap nasi? Ada juga para sukarelawan yang hadir tanpa sebarang persediaan, mereka juga akan turut berlalu pergi. Mereka mungkin menterjemahkan sifat maknyah sebagai TIDAK MAHU MEMBANTU DIRI SENDIRI.

Benar, maknyah hanya akan kalut sekiranya mereka ditangkap dan tidak ada wang jaminan. Ketika itu mereka akan hadir apa saja perjumpaan yang diadakan oleh sukarelawan atau pihak NGO. Setelah suasana pulih mereka akan hilang dari radar begitu sahaja. Mereka sering menyalahkan masyarakat kerana tidak mahu mengambil mereka bekerja. Kaum Maknyah dalam kategori ini terlupa bahawa segalanya harus bermula dari diri mereka sendiri.

1. Kehidupan malam yang penuh keseronokkan

2. leka bersama teman laki laki mereka

3. Mabuk dadah menjadi pilihan utama mereka

4. malas bangun pagi dan tidak berdisiplin

5. merasakan dunia ini berhutang pada mereka.

Ramai maknyah yang menjawat jawatan di sektor swasta. Ramai juga yang sudah mampu menjadi diri mereka sendiri setelah bertahun menyakinkan majikan tentang kebolehan mereka berkerja. Ramai. Sila ambil perhatian. Jadi para sukarelawan alaf baru tidak boleh ditipu lagi dengan kisah kisah sendu mereka yang lari rumah, dipinggirkan masyarakat dan lain lain kisah sedih ciptaan mereka sendiri.

Ramai yang mengimpikan kerjaya glamer seperti menjadi jurusolek, showgirl, wardrobe mistress dan lain lain. Mereka terlupa bahawa segalanya harus dimulakan dari bawah dan dibawa bersama dengan pengalaman yang hebat. Menjadi tukang masak atau bekerja di restoren itu mungkin dianggap lekeh agaknya. Ada yang berterus terang mengaku memerlukan seks setiap malam akibat keterbiasaan. Sukarelawan akan terkejut dengan pengakuan sedemikian, dan fikiran mereka terhadap maknyah akan berubah sama sekali.

Kita tidak nafikan bahawa manusia memerlukan belaian dan kasih sayang, tapi kalau belaian itu sampai dua tiga orang setiap malam, apakah kehidupan sebenarnya sebagai maknyah? Penulis tidak mahu menghakim di sini. Pembaca fikirkan sendiri.

Sejak tahun 1990 penulis sudah memerhatikan bagaimana sukarelawan merasa terkilan. Ada yang ditipu bila maknyah  meminta modal untuk berniaga kecil kecilan. Apabila mengetahui bahawa sukarelawan itu ada skim wang/modal pinjaman, mereka akan berusaha untuk mendapatkannya. Penulis juga ada pengalaman bertemu dengan maknyah yang bangkit dari hidup yang sukar dan bertatih dari bawah dan berjaya dalam perniagaannya dengan bantuan sukarelawan peribadi itu.

Apabila digarap semua, mungkin kesan kesan advokasi peribadi ini ada sedikit sebanyak membantu para Maknyah untuk pulih dan memulakan kehidupan baru mereka. Ramai yang tertekan dalam hidup dan tidak mahu ada apa apa urusan dengan para NGO. Mereka terlupa bahawa para NGO ada menyediakan perkhidmatan asas seperti ujian ujian saringan penyakit kelamin dan hiv. Memberi panduan tentang HRT dan sedikit sebanyak berkongsi tentang hal hal perundangan.

Situasi maknyah di alaf baru ini dengan bantuan media sosial sedikit sebanyak ada membantu. 

Maknyah dan penggunaan dadah, tidak dapat diselamatkan lagi. Ianya merupakan nasihat dan panduan yang mungkin akan dipandang sepi sahaja.

Terima kasih pada para sukarelawan yang datang dan pergi dengan niat yang baik. Paling paling mereka tahu apa itu Maknyah. Entah entah mereka juga sudah jadi keliru dan tidak mahu berpaling lagi pada kaun yang TIDAK TAHU MEMBANTU DIRI MEREKA SENDIRI??

Advokasi dari pihak SEEDS, Justice for Sisters dan MAC masih berterusan. Cuma menghadirkan diri Maknyah selalunya penuh dengan alasan waktu dan kesempatan.

*ini belum lagi agenda orang orang POLITIK yang mahu mengangkat isu Maknyah sebagai agenda politik mereka demi? demi apa? kita sudah melihat terlalu banyak kerja kerja sekerat jalan oleh para ahli politik demi meraih perhatian media.



BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now