SOALAN DI ALAF BARU

57 1 1
                                    


Tidak dapat dinafikan kalangan cisgender ada ketikanya merasa teruja mahu tahu apa sebenarnya perasaan seorang TRANSWOMAN.

Memasuki alaf baru pelbagai bahan bacaan boleh dicari atau dikaji selidik. Sama juga pengetahuan tentang SOGIE dan pembahagian yang ada dibawah payung TRANSGENDER. Akibat merasa teruja kita secara semberono bertanya soalan soalan yang dianggap tidak sopan pada mereka para transwoman, sambil sambil membuat lawak jenaka yang tidak sensitif. 

Media juga tidak banyak membantu, padahal mereka yang bijaksana sepatutnya menjadi punca pada segala penyebaran ilmu manusia yang menjurus ke arah positif. Cisgender lebih berminat untuk mengetahui...

1. siapa nama lelaki sebelum transisi gender? sambil ketawa ketawa...kerana ianya aneh.

2. apakah perasaan menghadapi keluarga? Keluarga tak marahlkah? Agama bagaimana?

3. bagaimana mendapatkan badan yang sama seperti perempuan? di usia apa kamu rasa kamu feminin?

4. apakah mereka mampun mendapatkan pasangan hidup? Lantas ditanya dari situ.

5. apakah dada kamu itu hasil dari operasi?

6. sudahkan kamu menjalankan operasi pada bahagian bawah?

7. sewaktu bersama pasangan siapa main siapa? apa kamu semua buat?

Soalan soalan di atas ditanya akibat rasa teruja dan tidak membaca penerangan bagaimana mahu berurusan dengan transwoman, yang sudah tentu sedikit sebanyak akan membuatkan transwoman merasa tidak selesa.

Pengaruh Televisyen sebagai media visual juga sebenarnya sudah memberi pengaruh besar bertahun tahun pada cisgender. Mereka fikir ianya sama seperti apabila ada kumpulan lawak jenaka memakai pakaian perempuan dan dibadut badutkan dengan gerak badan yang pelik dan aneh. Di minda sudah terbentuk bahawa... maknyah/transwoman harus bersifat gatal, menjerit jerit, bercakap lucah dan boleh berjenaka sewenang wenangnya tanpa maruah.

Media harus merubah cara mereka. Maknyah dan Transwoman juga mempunya peranan (mereka juga setelah lama disogok dengan hal hal tidak sopan ini merasaka bahawa ianya adalah hal yang biasa. Tidak berani menolak, bersoal dan lebih teruk lagi sanggup menggalas tugas badut apabila dibayar oleh syarikat perfileman untuk menbawa watak watak negatif yang tidak menyumbang langsung pada pembentukan imej maknyah/transwoman yang positif.

Masyarakat cisgender harus dididik untuk menghormati sesiapa sahaja. Di Asia adalah biasa memperlekeh lekehkan manusia yang tidak sama dengan manusia yang dianggap normal. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan bagi negara yang mengaku mereka itu bertamaddun. Jadi media harus lebih peka dan cuba untuk menjadi lebih bijak.

Apa yang harus dipanggil pada mereka para transwoman? Pondan? Bapok? Auw Auw? Ketawa tanpa henti dengan nada nada yang tidak membina? Sila fikirkan sama sama. Maknyah alaf baru juga harus peka pada Sexual Identity. Apa jantina yang sudah kamu pilih untuk dipersembahkan pada khalayak? Kalau perempuan (seperti dalam kes transwoman) bersifatlah selayaknya. Simpan ulah ulah bapok dan jenaka jenaka kasar kamu bila bersama komuniti sahaja. 

"I peduli apa? i memang macam ni... i love being sexy, take it or leave it," Kata Maria yang sudah 10tahun berpakaian perempuan sambil melompat lompat seksi diva.

Sifat sifat begitu simpan untuk diri sahaja, kerana kamu apabila berada di khalayak akan mewakili para transwoman. Lainlah kalau kamu memilih untuk terus terang bereskpresi sebagai Shemale atau transvestite.

Tidak melakukan pembedahan bukanlah bererti kamu boleh sewenang wenangnya membuat lawak jenaka sebagai bapok...

"Ahhh...you all tengok i macam erra fazirakan? cuba sentuh dada i...baik baik nanti tersembul span tetek," dan orang ramai akan tertawa. Bukan setakat itu sahaja, mereka akan pulang dan tentunya terfikir bahawa para transwoman, memang mental dan tidak bermaruah.

JADI APA SOALAN YANG SESUAI UNTUK SI TRANSWOMAN?

1. Tanya tentang kerjaya beliau. Halangan yang beliau hadapi. Sebarang kisah peribadi akan diceritakan sendiri oleh dia secara rela.

2. Tanya dia tentang kesukaran dia menghadapi hidup. Keluarganya, mencari rakan sealiran atau keselesaan dia dalam kehidupan

3. Biar dia berkisah tentang pencapaian hidupnya secara terbuka. What is you achievement so far? Apakah projek mendatang dirinya? apakah dia mahu melangkah lebih jauh lagi?

4. Tanya juga harapan dia terhadap negara, kehidupan, pendidikan dan kemahuan beliau terhadap komuniti. 

5. Bergerak dari keselesaan anggap dia sama sahaja seperti cisgender yang lain dan mempunyai maruah. Dia mahu keselesaan dan dia mahu tahu bahawa harapan hidup itu tetap ada.

6. Sambil sambil berbual jangan sekali kali ada tona menghina, memperleceh dan memberi hormat yang kurang pada mereka hanya kerana mereka transgender.

Akibat tidak pernah melihat rancangan tv dan lapuran media yang positif lama lama masyarakat akan membentuk gambaran dalam minda masing masing bahawa semua Transwoman adalah satu kejadian yang tidak berguna, kerana selama ini hanya asyik bertumpu pada kerja kerja seks, sakit hiv dan aids, jenayah jenayah lain.

Harus ingat kisah kisah sensasi tidak akan menjana apa apa selain dari pandangan serong dan ketakutan ibubapa yang juga mempunyai anak transgender.

Dengan segala pendapat di atas, harus diingat bahawa Maknyah/Transwoman juga harus berusaha untuk membuktikan bahawa mereka sedang menjalani hidup yang baik, boleh bekerjasama, bijak dan tentunya mampu memberi pendapat, serta ada kemahuan untuk hidup dengan selesa. Transwoman sebaik sahaja menjalani transisi harus mula mencari platform yang kukuh dan rakan sokongan yang tepat dan padat. Tidak sudah berkisah tentang tubuh badan dan kejelitaan sahaja dan nafsu nafsi yang tidak bertepi (itu bukan agenda terpenting menjalani hidup sebagai maknyah).

Apabila transwoman berulang ulang kali dikatakan bahawa dia dahulunya lelaki, digelar pula pondan, bapok, darai... dalam jangan waktu yang panjang akan timbul satu rasa kebencian yang tidak molek.

Perasaan seorang transwoman yang 24 jam bersifat dan berpakaian perempuan, berbanding dengan mereka yang hanya berpakaian wanita di pentas dan hidup harian sebagai gay lembut atau gay lurus adalah berbeza. JANGAN silap faham dan melonggokkan mereka dalam satu bakul. Tidak adil. 

Hinaan yang berpanjangan terhadap para Transwoman adalah sangat negatif, mereka akan mula merasakan tidak ada persefahaman dengan cisgender, hidup penuh kepahitan, luka dan akan pelan pelan memberi impak yang tidak membantu dalam pembentukan masyarakat yang harmoni dan diverse (pelbagai). Kata kata dan bayangan silap yang kamu bayangkan selama ini tentang transwoman harus berubah, kerana ramai transwoman yang bersifat mulia dan hidup seperti biasa sahaja.

Harus ingat manusia itu berhak pada SELF IDENTIFY atau identiti diri yang mereka selesa, dan kita yang berbeza haruslah lebih bijak menghormatinya. Kurangkanlah berbicara tentang tubuh badan dan HRT yang tidak menentu, kerana ianya secara tidak langsung menghina politik badan. Ada banyak lagi hal hal positif yang boleh kamu tanya pada Transwoman selain dari pada hal hal transisi fizikal mereka.

Transwoman juga harus tahu bahawa mereka akan dijadikan bahan rujuk untuk generasi maknyah yang akan datang. Jadi apakah langkah kita sebagai transwoman? Sudahkah kita fikirkan masak masak?

Tumpuan bahagia dan sejahtera TRANSWOMAN bukanlah hanya untuk hal ratu ratuan bukan? Ianya lebih dari itu termasuklah hal hal sistem perundangan, peluang kerja, politik dan hal hal kemasyarakatan.

NOTA: Cisgender yang tidak senonoh wujud. Transgender yang tidak senonoh juga ada... jadi penumpuan seharusnya lebih adil.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now