DINAMIK TRANSNITA DAN LELAKI CIS?

65 1 0
                                    

HUBUNGAN TRANSNITA DAN LELAKI CIS

Ramai lelaki cisgender bergelut emosi bila masuk bab tertarik pada transnita atau wanita tidak binari. Hubungan sering berlaku di sebalik pintu yang tertutup. Tanyalah pada para transnita, jawapan pengalaman mereka bersama lelaki cis akan tetap lebih kurang sama. Keterujaan lelaki cis pada badan transnita dikatakan hanyalah sejenis fasa fetish sek. (Puja kecantikan kerana membayangkan seks hebat, cantik berkonek) Ada yang ditinggalkan setelah SCS (bedah jantina). Keterujaan lelaki cis pada badan transfeminine membuatkan transnita merasa sebagai objek, bukan menjadi pasangan, mereka dilayan sebagai permainan yang mudah yang akhirnya dibuang.

Dinamika antara transnita dan lelaki cis tetap berlangsung dalam kadar yang sama kalau ditanya pada kebanyakan transnita dan pemilik gender tidak binari, masing masing ada cerita tentang pengalaman berada dalam hubungan yang agak fetish dan menjadi objek seks lelaki cis. (khayalan seksual mereka tentang gerak laku seksual yang hebat tidak mungkin mampu ditunaikan oleh perempuan cis selalunya – namun bukan semua)

"Secara nyata ketika seks dan bermesra, badan aku bagaikan tidak aku miliki sebenarnya," kata Trans X yang masih muda di usia 22 tahun. "aku hanyalah objek lelaki untuk dinikmati, dibuang sebaik sahaja nafsunya dipenuhi"

Ternyata lelaki cis mencari Transnita (pre atau post opt) untuk nafsu tanpa niat untuk melanjutkan hubungan penuh.

"Lelaki cis kurang berminat untuk dating dengan pondan, mereka hanya berminat untuk menyetubuhi aku," kata pelajar transnita berusia 20 tahun.

"Boleh juga dikatakan bahawa ia petanda evolusi masa. Kita terjerat dalam budaya yang menitik beratkan seks lebih dari hubungan murni,"

Minat tersebut mungkin hadir dari lelaki cis yang berakar umbikan nafsu seks semata mata – maksudnya dia (sang lelaki) hanya berminat pada fizik sang trans yang bagaikan model, rupa parasnya hinggalah genetalianya (zakar yang masih ada). (kalau sudah SCS baik dia cari perempuan cisgender).

Hubungan para transnita dengan badan mereka, terutamanya genetalia agak kompleks. Menurut ramai daripada mereka, banyak bukti bahawa lelaki cis mendambakan para trans yang masih berzakar, tanpa mengira bagaimana sang trans yang mereka tertarik berhubung dengan badan mereka. (aksi gerak ketika hubungan seksual)

"Aku secara amnya tidak suka berinteraksi dengan zakarku," ujar pelajar 22 tahun. "Mereka kata, mereka okay dengan hal tersebut dan tidak akan menyentuhnya bila saat intimasi, tetapi kerap disentuh juga akhirnya. Aku tidak pasti apakah itu sejenis Pseudo-Phallo Fixation atau apa, mereka bagaikan tidak mau mau menggomolnya. Agak jengkel rasanya bagaikan segala daya tarik yang awalnya dikaburkan oleh benda yang satu itu, aku rasa mungkin ada hubungan badan aku dan badan mereka dan bagaimana mereka memuaskan nafsu tanpa memikirkan apa kemahuanku dan akhirnya menjadikan aku keliru bagaikan disporia

Menolak ajakan seks dari lelaki cis selalunya akan mengakibatkan kekerasan. Samada siulan di jalanan, diurati dalam kelab atau digoda dalam aplikasi dating, para transnita akan selalu diajak berkenalan hanya untuk seks oleh lelaki cis. Apabila ditolak mereka bagaikan naik marah. Kalau di Malaysia mereka akan secara tiba tiba berbicara tentang moral dan agama sebagai balasan. Dalam kajian pada tahun 2015 hampir 46 peratus responden telah mengalaman ancaman seksual/sexual assault. Rangkuman sensasi dari pihak media sudah tentu bersifat bias, artikel penentang, para transnita dianggap sebagai pemburu nafsu (isu badan, tampilan seksi dan hanya tertumpu pada hal seksual) mereka dianggap hanya sebagai hiburan untuk kamu lelaki cis.

"Apa agaknya di kepala lelaki yang minta pada saya? Apakah mereka benar benar berminat? Atau adakah mereka hanya 'curious' teruja bagaimana dan apa sebenarnya transnita?" tanya Tina

"Bagaimana agaknya bila meniduri Transnita? Saya mereka seperti orang pelik yang diletakkan dalam circus/zoo. Apabila saya mengatakan saya tidak berminat untuk dijadikan bahan ujikaji, mereka akan bertindak ganas dan agresif. Padahal sebelum itu mereka adalah lelaki gentleman yang memuji dan mengatakan saya wanita cantik, akhirnya bila marah digelar pula saya JANTAN, pelik tak?" tambah Tina lagi

Berdating secara online sebenarnya mampu mendedahkan sifat nafsu fetish lelaki cis. (kajian boleh bermula di situ)

" Terlalu ramai lelaki yang mahukan seks dengan aku, tetapi sorangpun tidak mahu keluar berdating," tambah Nita.nyah 

"Ianya sangat mengecewakan apabila memikirkan bahawa peranan saya hanya alat fantasi mereka, aku juga ada kemahuan dan kemahuan tersendiri bukan? Bukanlah aku berharap untuk mendapatkan cinta hati melalui aplikasi Grindr, bukankah lebih nyaman hidup kalau mendapatkan perhatian dalam kehidupan seharian yang biasa?" rungut Nita.nyah lagi

Para lelaki cis fikir mereka berhak untuk menganggu para Transwoman secara talian atau di jalanan, situasi yang sudah dilalui oleh model dan aktress Jorja Brown.

"Bila mereka tengok aku sebagai transnita yang terbuka berekspresi tentang sifat kewanitaanku, ia secara tidak langsung dianggap sebagai jemputan terbuka untuk dimalukan, bersiul, ganggu, sentuh dan dera, sedangkan sebagai manusia lain, aku berhak untuk kuasa autonomi dan milikan terhadap badan aku sendiri,"

Para transnita yang mencari kasih sayang sedang cuba untuk eksis dalam dunia yang melihat mereka sebagai lapar seks (hypersexual). "Kami akan sering bertransisi secara fizikal dan emosi dan akan sentiasa berada untuk langkah baharu," ujar MC Ms Boogie.

"Ini menyukarkan kenalan baharu (bakal kekasih) untuk memastikan siapa aku? Jadi lebih baiklah aku dikurniakan kebebasan mental dan kesabaran untuk menyatakan keperluanku sebagai wanita berdasarkan pengalaman dan laluan aku yang sudah nyata atau masa depan yang penuh dengan hal hal cantik (keindahan), kedukaan (dugaan) atau metamorphosis (proses dari buntu ke matang).

Nota: Terjemahan seadil mungkin yang dipetik dari Portal Seksualiti ke Bahasa Malaysia. Artikel bersempena siri POSE arahan Janet Mock dan Ryan Murphy.

 Artikel bersempena siri POSE arahan Janet Mock dan Ryan Murphy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now