KONDOM

118 2 1
                                    


KONDOM adalah cara pemisahan demi cegah hamil. Ada kondom lelaki dan kondom perempuan. Kondom lelaki adalah lapisan tipis (diperbuat dari getah/latex) digunakan atas zakar. Manakala kondom perempuan pula adalah lapisan polyurethane bercincin dihujung ditempatkan di bahagian vagina.

Selain dari fungsi sebagai  alat pencegahan hamil, setakat ini kondom hanyalah cara untuk menghindari STD, Hiv dan sebarang jangkitan lain untuk kaum Maknyah yang mengamalkan hubungan seks anal atau vagina (post opt). Juga digunakan apabila melakukan oral seks dengan pasangan yang tidak tetap.

Berbicara tentang kondom masih lagi hal yang tabu di kalangan manusia. Secara semulajadi ia melibatkan hal maruah. Tidak ramai yang mampu bercakap tentang kondom secara terbuka, walaupun di alaf baru sudah ramai yang terbuka apabila menyentuh hal hal seks dan penggunaan kondom.

Pekerja Seks dan pengamal seks rambang selalu dinasihati untuk memakai kondom. Termasuklah kaum maknyah (yang dipercayai jarang mempunyai teman seks yang kekal). Ini merupakan perdebatan selalunya kerana ia melibatkan pasangan yang kekal, pasangan sekali sekalai, pelanggan pekerja seks dan pasangan yang curang. Kondom masih disarankan pada mereka. Kenapa?

Kerana, perilaku seks manusia tidak kira jantina adalah sesuatu yang tidak BOLEH DIJANGKA. Jadi kita tidak dapat lari daripada kes kes mendapat jangkitan dari kekasih, pelanggan, atau pasangan suka sama suka yang ditemui dalam masa yang singkat. Sebagai langkah menjaga sensitiviti harus ditekankan di sini BUKAN SEMUA MAKNYAH adalah pekerja seks.

Kempen berterusan NGO sejak awal tahun 80an tentang penggunaan kondom adalah sesuatu yang terpuji, walaupun akan sering ada persoalan dan keraguan dari pihak pihak yang menentang.

1. Kondom dianggap sebagai penggalak maksiat

2. Kondom digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah jika ada tangkapan/sekatan

3. kondom menjadi pengukur pada moral individu dan tuduhan tidak setia pasangan

Muncul pula satu sifat KEBERGANTUNGAN maknyah pekerja seks terhadap NGO yang menggedarkan kondom secara percuma. Ada yang marah marah apabila bekalan kondom lambat tiba ke kawasan mereka, padahal kondom boleh dibeli di kedai kedai serbaneka di kawasan mereka. Pekerja seks, seolah olah tidak mempunyai peruntukan wang untuk hal yang penting ini. Bersedia dengan kondom apabila mahu menjalankan tugas. Memastikan stok kondom sentiasa cukup.

Sama seperti nasihat untuk mereka tentang HRT, di media sosial penulis pernah dimarahi apabila menyatakan kewajiban pekerja seks untuk ada bekalan kondom sendiri tanpa mengharapkan bekalan dari pihak NGO. Menurut pekerja sukarela begitu juga keadaannya apabila outreach dilakukan ke kawasan pekerja seks perempuan.

Mereka harus ingat, bekalan kondom NGO adalah ihsan dari MHO atau organisasi lain pernah habis dan tidak ada stok lebihan. Jadi latih diri untuk MEMBELI SENDIRI bekalan tersebut. Hal yang sensitif ini melibatkan sikap manusia terhadap kerjaya dan kehidupan.

Satu hal yang membanggakan adalah penurunan kadar HIV dan sakit kelamin di kalangan pekerja seks maknyah di Malaysia. Kempen kempen kesihatan yang sudah dijalankan oleh NGO nampaknya berkesan. Begitu juga pesanan sesama rakan sokong bantu kamu maknyah nampaknya sangat berkesan.

APA YANG MERISAUKAN?

1. Pekerja seks di kalangan maknyah muda remaja

2. Penilaian tahap bersih hanya kerana penampilan fizikal

3. Sifat tidak apa dan berserah pada takdir: kalau mahu mati dalam kelambu juga boleh mati

4. Mitos lama bahawa seks tidak senikmat mana kalau memakai kondom

5. Merasakan rugi kalau membeli kondom dengan wang sendiri.

6. Naik graf pesakit hiv yang terdiri dari surirumah (hadiah dari pasangan suami).

7. Pesta pesta hiburan berdadah yang berakhir dengan seks tanpa kondom.

8. Ketakutan sekiranya kondom digunakan sebagai bahan bukti tuduhan di mahkamah.

Menilai 8 yang di atas kamu tidak boleh berkompromi lagi tentang pentingnya kondom. Paling tidak ianya harus ada di dalam tas tangan dan simpanan kamu. NO CONDOM NO SEX.

Kelalaian dalam satu sesi seks yang menikmatkan boleh menyebabkan hidup kamu porak peranda dalam pelbagai segi hanya kerana mahu menangani jangkitan STI dan HIV. Tidak berbaloi hidup kalau terpaksa melalui segala resah fizikal dan emosi hanya kerana kamu fikir kondom itu hanyalah enteng!

Kamu sudah melihat peratusan pembuangan bayi di negara ini bukan? Ya semua ini adalah kerana mereka menjaga MORAL mereka, sambil sambil melupakan tuntutan nafsu mereka yang kononnya dirasuk syaitan. Kamu bukan manusia yang berfikir seperti mereka bukan?

CONDOM: Beli sendiri, jangan tunggu belas ikhsan dari NGO. Itu bukan tugas mereka, itu tugas kamu yang hakiki sebagai pekerja seks.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now