KAMUS SEKSUALITI 2

94 1 0
                                    


EMOTIONAL/SPIRITUAL ATTRACTION – individu yang ada kemahuan untuk berhubung secara rapat emosi (contoh: berkongsi, meluah rasa, percaya dan rasa saling bergantung), berdasarkan pengalaman (dari sekecil kecil ke hal yang lebih tegang/intense) selalunya melibatkan tertarik secara romantik atau seksual.

FAGGOT – terma penghinaan yang merujuk pada lelaki gay atau orang yang kelihatan bapok. Di kalangan para gay urban pula itu adalah terma pengesahan tentang identiti diri disingkatkan menjadi "FAG"

FEMININE/MASCULINE PRESENTING – satu cara untuk menyatakan ekspressi gender sesaorang.

"Ahmad itu orangnya Feminin presenting sangat bila berbicara"

Juga merujuk pada cara gaya, sifat sifat, pemilihan pakaian apabila mempersembahkan diri di khalayak.

FEMININE/MASCULIN OF CENTER (titik feminine/maskulin) - adalah rujukan pada tahap tahap yang menentukan identiti gender atau representasi gender untuk awam, mereka kenal diri mereka, boleh berhubung kait dengan yang lain secara feminin/maskulin. Penetapan si Feminin adalah kewantiaan, menyerah (submissive), transfeminin atau lain lain. Maskulin pula selalu di kaitkan dengan identiti yang gagah, aggresif, jantan, transmasculin dan lain lain.

FEMME – sesiapa saja yang mengakui diri adalah feminine, secara fizikal, mental, emosi. Selalunya digunakan untuk rujukan pada lagak feminine oleh Queer woman. (boleh juga untuk transwoman).

FLUID – sering disebut fluidity. Identiti mudah diubah. Dia boleh saja membagi bagikan masa ditepi, ditengah atau kedua duanya kalau ada pilihan. (dialah berperanan lelaki, wanita, bi atau manusia straight).

FtM F2M Mtf M2F – ringkasan pada perubahan/transisi misalnya FtM bermakna Female to Male...begitu juga sebaliknya.

GAY – terma yang digunakan untuk menyatakan idividu yang secara asasnya secara emosi, fizikal atau seksual tertarik pada jantina yang sama atau bergender yang sama. Lebih terbiasa digunakan untuk merujuk pada lelaki tetapi juga digunakan untuk wanita yang berada dalam kondisi tertarik pada jantina yang sama. (rujukan pada gentalia mereka). Juga terma PAYUNG untuk menyatakan tentang komuniti LGBT secara am atau untuk rujukan bahawa mereka bukan heteroseksual.

GENDER BINARY – adalah pendapat bahawa hanya ujud 2 gender dalam hidup LELAKI/PEREMPUAN. Penetapan mana satu?

GENDER EXPRESSION – persembahan luaran seseorang. Kombinasi pakaian, tingkah laku, perilaku sosial dan faktor faktro lain. Selalunya diukur pada ukuran Maskulim atau Feminin. Juga dikenali sebagai "representasi gender".

GENDER FLUID – satu identiti yang dinamik bercampur lelaki dan perempuan. Seseorang yang mengakui Gender Fluidd selalu merasakan ada campuran oleh kedua dua jantina secara tradisi. Ada hari dia merasakan lebih perempuan, ada hari dia merasakan lebih jantan

GENDER IDENTITY – Persepsi dalaman tentang jantina beliau dan bagaimana mereka melabel diri mereka, terpulang pada setakat mana selaras atau tidak dengan pemahaman mereka tentang pilihan jantina. Label Identiti biasa adalah Lelaki, perempuan, pondan, trans dan banyak lagi.

GENDER NON COMFORMING (GNC) – seseorang yang persembahan jantina, samada semulajadi atau pilihan, tidak selaras dengan telahan asas jantina yang kita sangka. (dia mungkin lembut lembai, tetapi mengaku bahawa dia lelaki sejati).

Gender Normative / Gender Straight – mereka yang representasinya secara semulajadi atau secara pilihan, selaras dengan kemahuan telahan masyarakat berdasarkan kemahuan sosial sedia ada.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now