NGO - non governmental organisation.

71 2 0
                                    


"aiyo... meeting sana meeting sini, kursus sana sini, kena tangkap ada jamin meh?"

"Eleh... buat penat nok, kena tangkap kite juge kene bayar saman mahkamah,"

"Takat kondom tu aku pun boleh beli sendiri,"

Antara kenyataan yang biasa didengari apabila adik adik transwoman mempertikaikan fungsi NGO dalam kehidupan mereka sebagai Mak Nyah. Mereka kurang jelas fungsi NGO yang hanya pemudah cara sekiranya ada apa apa yang berlaku pada mereka sekiranya tertangkap atau disemukakan dengan badan badan seperti Mahkamah Syariah, Lokap Polis atau hal hal rasmi lain.

ADVOKASI: adalah proses berhimpun dan memberi penerangan yang jelas dan tepat, merungkai segala salah faham, penemuan baharu, saluran baharu demi keamanan semua pihak yang terlibat. Media, KKM, Pusat Pendidikan, Jabatan Agama dan lain lain. Ianya dilakukan oleh pihak NGO berdasarkan statistik yang sudah terkumpul.

Dari waktu ke waktu Pertubuhan seperti SEEDS (dahulunya Pink Triangle), MAC (malaysian aids counsil) dan MyIsean Hivos akan mengadakan sesi sesi penting bersama kaum Transwoman. Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk tujuan pencerahan dan kerja kerja advokasi tentang bagaimana Transwoman harus menjadi lebih peka dengan suasana pemerintahan, saluran saluran rasmi dan berurusan dengan pihak berkuasa. Kerja kerja advokasi juga dijalankan dengan menjemput para Stakeholders demi pemahaman sebenar. Segala kemudahan selama ini sebenarnya sudah menampakan hasil. KKM yang peka dengan kehendak kaum Mak Nyah, klinik klinik untuk ujian saringan dan masyarakat keseluruhan yang paling tidak sudah tidak sama lagi seperti di tahun tahun 80an.

NGO dan individu perseorangan seperti dr Latif Kamaluddin dan Dr Teh Yik Khoon sudah melakukan bahagian mereka sejak awal tahun 90an. Antaranya menerbitkan buku  yang menjadi rujukan ibubapa dan para akademik di bidang kriminologi, pertemuan dengan pihak penjara demi memastikan layanan adil untuk banduan mak nyah. Bantuan kewangan juga ada dihulurkan secara rahsia apabila mak nyah memerlukan untuk jaminan mahkamah syariah yang bermaharajalela suatu ketika dahulu. 

NGO hanya mampu untuk menunjuk arah tentang hal hal perundangan, biro bantuan guaman dan hal hal peningkatan pemahaman para Transwoman tentang HRT, SOGIE, Pekerjaan dan saluran saluran yang harus diikuti sekiranya mahu pada kehidupan yang lebih terurus. NGO bukanlah badan yang berjuang untuk kamu menjalani kehidupan yang tidak bermoral atau salah dari sisi undang undang negara. Harus ingat semua negara di dunia ini ada undang undang dan perlembagaan masing masing. Setakat ini kerjasama NGO dan badan badan yang terlibat nampaknya membuahkan hasil (meskipun bukanlah ke tahap yang membanggakan). Para transwoman diajar untuk mempertahankan hak mereka apabila ditahan, meningkatkan tahap kesejahteraan mereka melalui perbincangan tentang HRT dan perlahan lahan dilatih agar tidak takut untuk terus hidup sebagai warganegara yang sah. MyIsean Hivos banyak sekali memberi ruang untuk melatih kumpulan kumpulan kecil di setiap negeri demi pengukuhan cara hidup para Transwoman.

Kita tidak mahu para transwoman bersangka buruk bahawa NGO menggambil kesempatan terhadap mereka, segala urusan sebenarnya melibatkan usaha Suara Hak Rakyat atau penerangan tentang hak warganegara. Selama ini mereka dikotak katikkan apabila ada tahanan atau tangkapan. NGO juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mempengaruhi pilihan parti politik pilihan kamu, sebaliknya sering berpesan agar kamu berhati hati agar tidak dijadikan agenda politik.

Jadi silap besarlah sekiranya para Transwoman tidak memberi kerjasama apabila ada bancian dibuat demi mendapat data tentang jumlah sebenar maknyah, tahap kesedaran kesihatan, pemahaman mereka tentang perundangan, hak mereka sebagai warganegara dan bancian tentang layanan yang mereka terima apabila berurusan dengan agensi agensi kerajaan. Kamu boleh memilih untuk aktif di kawasan kamu demi peningkatan KESEJAHTERAAN HIDUP dengan menghadiri kelas kelas atau forum yang diadakan dari waktu ke waktu. Ilmu kamu tentang hal hal tersebut seharusnya dikongsi dengan rakan rakan Transwoman yang terpencil di kawasan kamu.

Masyarakat luar juga harus berfikiran positif terhadap NGO yang berkerjasama dengan para LGBT. Bukan, bukan tugas mereka untuk MEREKRUT sebarang jantina di sini. Sama seperti sektor lain para Transwoman juga memerlukan pengetahuan dalam urusan hidup seharian. Tidak ada agenda politik atau sebaran agama sesat di sini, selain tidak lebih tidak kurang bertujuan menjana KESEJAHTERAAN HIDUP.

Penulis merupakan NGI - Non governmental individual. Beradvokasi secara peribadi.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now