MAKNYAH SEBAGAI PENGHIBUR

73 2 0
                                    


Sejak zaman berzaman kaum Transwoman yang berbakat sudah menjadi penghibur. 

Penari Istana? Jurusolek anak anak raja dan menteri? Mak Andam pengantin dan tukang masak di kampung mereka. Mereka lucu secara semulajadi, bijak dan berbakat demi kelansungan hidup. Ini termasuklah menjadi artis pentas. Akibat tekanan sosial, ada yang hanya berpakaian wanita di atas pentas sahaja sewaktu zaman masih belum beralih.

Kumpulan PAPERDOLLS dari Manila yang menyerang Malaysia pada tahun lewat tahun 70an awal awal lagi sudah memberitahu yang mereka adalah LELAKI. Mereka hanyalah para 'impersonator'. Ini adalah demi keselamatan daripada dikencam. Lantas media menganggap mereka adalah pakar seni di pentas. Begitu juga dengan duatiga lagi artis yang sah sah Maknyah, terpaksa bertalam dua muka apabila berurusan dengan media. Antaranya Dee dan Moon, Kumar dan dua tiga lagi. Kita jadi kurang jelas apakah JANTINA mereka. Lantas kita menganggap mereka hanyalah CROSSDRESSER yang bersiap lengkap untuk pentas. Masyarakat mula merasa lega, tapi keliru dalam diam.

Awal 90an Malaysia mula dilanda dengan kumpulan kumpulan penari mak nyah yang membuat persembahan di pentas. Lagu lagu rancak dan panas dihidangkan pada penonton dalam acara acara tertutup. The Mannequeen, Milla Sexy divas dan Ika Fancy antara yang terawal menjadi buruan para 'event organizer'. Di tahun 80an pula di Kuala Lumpur ada kumpulan 'impersonater' yang dibimbing oleh Alvin tetapi kurang menyerlah. Pertunjukan yang meniru gaya artis itu lama lama menjadi bosan. satu satu satu akan keluar...meniru gaya gaya artis popular saat itu.

Allahyarham Radin Sunario adik kepada Julie Sudiro menggumpulkan adik adik ts muda untuk membuat persembahan kebajikan. Kumpulan ini akhirnya ditawarkan untuk mempersembahkan bakat mereka di Pulau Pinang. Persembahan kumpulan tersebut menjadi sejarah, kerana ia adalah pertunjukan setiap malam. 2 set setiap malam. Mereka mengelar diri mereka THE FUNKY DIVAS (mengambil tajuk album kumpulan En vogue). Sedangkan kumpulan lain di tahun 1992 naik ke pentas tanpa koreografi, kumpulan ini berbeza. Mereka merancang semua bentuk persembahan mereka secara berbincang. Pembukaan, Tarian rancak, lawak jenaka dan penutup. Ini adalah sesuatu yang baru untuk Malaysia.

Penulis menyertai kumpulan ini sewaktu season 2 menggantikan tukang karut mereka. Tukang karut (si jelita yang tampil untuk bercakap selama 20 hingga 30 minit untuk berjenaka). Penulis menjadi vokalis untuk kumpulan ini. Diterima masuk setelah audition dengan lagu Dream Lover dan If ever your in my arms again. Sebelum itu penulis adalah penghibur secara sambilan dengan kumpulan The Mannequeen dan sudah mengacarakan majlis majlis ratu sekitar Pulau Pinang.

Dengan kumpulan Funky Divas, penulis menjelajah pelbagai teknik teknik belakang dan atas pentas. Ada pelbagai disiplin yang dipelajari, teknik solekan, merancang pakaian, tarian, menghargai penonton dan lain lain. Sempat juga menyaksikan sifat sifat penari dan ketekunan mereka. Kesemua mereka dan penulis ketika itu masih muda remaja. Persembahan The Funky Divas berterusan sehingga dibubarkan pada tahun 1997. Masing masing membawa diri. Penulis ketika itu sudah memulakan kerjaya SOLO sebagai penyanyi dan pengacara majlis.

Ramai artis penari Mak Nyah sudah mejelajahi luar negara. Sejak tahun 90an mereka telah membuat persembahan di Macau, Hong Kong, China, Vietnam dan beberapa negara lain. Sekali sekala mereka akan mewakili negara untuk persembahan persembahan persidangan antarabangsa dan sambutannya sangat menggalakan, disiarkan di media media di sana.

Bertolak dari sini, penulis mendapati bahawa tidak banyak perubahan pada persembahan kumat kamit (mime), seksi mereka di atas pentas. Ini adalah asas. Seksi adalah nama ke dua para artis mak nyah yang berada di atas pentas. Tidak banyak perubahan sebenarnya kalau mahu dibincangkan tentang kisah Mak Nyah di atas pentas. Malas bereksplorasi pada hal hal yang baru. Meniru persembahan persembahan dari negara jiran. Penonton penonton cisgender akan kagum kalau pertama kali melihat, setelah dua tiga kali ianya akan menjadi ''the same ole the same ole'.

Pembayaran. Ramai yang berfikir menjadi penari mak nyah itu bayarannya lumayan. SALAH SAMA SEKALI. Ada yang tertipu dengan penganjur (yang juga maknyah atau golongan Lgbt). Pembayaran lambat atau buat buat lupa. Ini adalah normal. Penulis sering menasihati artis artis baru maknyah tentang hal ini, keghairahan mereka untuk pengalaman itu sangat menakjubkan. 80 ringgit untuk persembahan makan malam adalah NORMAL. (bagaimana dengan pengangkutan dan bahan bahan solekan mereka? - tidak pulang modal).

Mereka yang berbakat dinasihatkan untuk mula berjinak jinak dengan muzik dan pembesar suara. Ini adalah penting kerana di sinilah mereka akan dapat mengasah bakat mereka berjenaka dan menyampaikan mesej mesej pada penonton yang sedia ada. Tahap koreografi yang mantap pula akan membawa mereka ke depan. (ini termasuk kostum persembahan mereka). Mereka juga harus peka dengan lagu lagu semasa, lagu tradisional dan bentuk isi kandung persembahan mereka. Kalau mereka berterusan membuat persembahan KOSONG, mereka tidak akan ke mana mana.

Apa yang perlu dalam persembahan Maknyah adalah keseimbangan yang penuh dengan citarasa yang baik. Ada penganjur yang terus terang mahukan persembahan SEKSI. Para artis Maknyah harus tahu apa itu seksi bercitarasa dan apa itu seksi KOTOR.

Tidak ada saranan lain selain daripada menggalakkan mereka supaya lebih berdisiplin dan terus berlatih. Mereka harus ingat, berada di pentas bukanlah hal yang suka suka indah sahaja, ianya lebih dari itu. Ini belum lagi kes kes ditangkap oleh JAWI untuk didakwa di mahkamah syariah. Perjuangan ini sebenarnya sangat menyedihkan sekiranya para artis pentas maknyah tidak kuat semangat.

1001 sebab mereka memilih kerjaya ini. Ada yang menyelam sambil minum air. Ada yang mahu keluar dari belenggu menjadi pekerja seks. Ada yang betul betul berbakat dan menikmati kehidupan di atas pentas. Ada yang menjadikan ini sebagai kerjaya sampingan. 

Aturan dan disipilin pentas telah pun disentuh sebelum ini.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now