MAK NYAH DI DUNIA PEMASARAN

10 0 0
                                    

MAK NYAH DI DUNIA PEMASARAN

Tanpa peduli perihal jantina, setiap kita bergerak menuju destinasi pilihan. Berniaga seperti yang disaran oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah 99 dari 100 rezeki yang diujurkan sewaktu manusia masih bernafas. Maka bergeraklah kita semua tanpa peduli, berusaha memperdagangkan apa sahaja termampu.

Yes? I am a business woman. How much do you have? Konotasi lama kakak kakak perkerja seks sesekali menyapa lucu. Semua kita diserang rasa semacam memikirkan tentang kerja seks yang dianggap mudah, pemalas dan tiada pilihan. Namun, bicara tentang pemasaran kali ini tidak menyentuh tentang pekerja seks, kerjaya tertua di dunia.

I now knew that all of us were prostitutes who sold themselves at varying prices, and that expensive prostitute was better than a cheap one.

Baru aku tahu bahawa kita semua adalah pelacur yang menjual diri pada nilaian berbeza, dan pelacur yang mahal sudah tentu lebih baik dari yang murah.

Nawal El Sadaawi.

Kita tidak mahu berbicara lagi tentang hal jual daging yang menjadi milik peribadi manusia, kerjaya yang juga tidak kenal jantina itu masih bersifat peribadi dan tetap dipandang serong tersebut. Prejudis manusia akan tetap wujud, itu pilihan mereka.

Kita mahu berbicara tentang PEMASARAN niaga yang lebih konkrit.

Menjejak kaki di alaf terkini, kaum Mak Nyah sama seperti para cisgender ikut bertandak dalam dunia perdagangan. Memanipulasikan apa sahaja remeh manusia untuk dijadikan sumber pendapatan adalah adat dunia niaga. Tawaran barangan dan perkhidmatan sudah lama jadi paksi dalam hal ini. Mereka penawaran dan menangani permintaan atau membaca permintaan dan menawarkan barangan/khidmat.

3 khidmat sinonim Mak Nyah.

1. Khidmat jualan kosmetik? Fesyen? Jagaan badan? Memasak?

2. Khidmat menyolek? Menjahit busana? Tatarias hujung rambut ke hujung kaki? Khidmat nasihat yang pelbagai.

3. Sektor kemahiran hidup

Namun jangan lupa pada khidmat khidmat niaga lain yang mampu dilakukan oleh kaum Mak Nyah. Semua terpulang pada kekuatan masing masing, meskipun ada jurusan niaga yang dianggap hanya milik kamu lelaki. Kamu sudah melihat bukan kerjaya kerjaya yang melibatkan Mak Nyah yang lari dari persepsi tradisional selama ini?

Tidak dapat tidak sudah ramai Mak Nyah menyertai sektor niaga, melakukan yang terbaik di samping menangani hal hal remeh seperti persoalan tentang jantina, halal haram dan macam macam dari pengguna sedia ada. Ramai yang berjaya!

Apa yang diharapkan hanyalah kekuatan diri, usaha berterusan dan mata hati niaga yang liar dan cerah mengkaji segala bentuk peluang perniagaan. Atas dasar itu kita tidak mahu lagi hairan, melatah dan ikut serta melayan hal hal tularan medsos yang melibatkan soal jantina dan huru hara dari masyarakat umum yang boleh dianggap remeh temeh Mak Limah apabila berniaga. Jika itu teknik yang dipercayai oleh sang peniaga Mak Nyah, siapalah kita untuk mempertikaikannya?

Kamu fikir pengasas barangan kecantikan Mak Nyah bodoh? Terkedek kedek di tularan video video yang dikongsi paut di laman medsos. Dalam diam peniaga cisgender juga canggung dalam meniru teknik pemasaran mereka. Masing masing berfikir bahawa hal sensasi yang ditularkan adalah iklan percuma!

Tidak bodoh sama sekali. Mereka sudah memanipulasikan segala nafsu orang awam demi tampil ke hadapan. Bukan sahaja orang awam, komuniti sendiri jadi terbeli, membawa mulut dijadikan bahan untuk berbicara atau bertukar menjadi pengguna yang terpana. Satu sumbangan besar pada usaha mereka bukan?

Lama lama manusia akan bosan. Itu adat yang sudah kita maklumi.

Para peniaga Mak Nyah sama sahaja seperti peniaga cisgender, harus berevolusi mencari pendekatan terbaik membina reputasi perniagaan. Reputasi yang baik sudah tentu akan menjana keuntungan dua kali lipat. Kamu fikir kenapa masih lagi diperlukan Mak Nyah untuk hal hal perkahwinan, fesyen dan perfileman? Tidak kurang juga kisah kisah buat tahi oleh si lembik dalam pengurusan nikah kahwin dan projek orang? Kisah yang buruk walaupun hanya 1/10 akan menjejaskan nama baik. Bagaimana agaknya mahu didaki kembali binaan reputasi niaga terdahulu?

Pemasaran yang bijak tetap diteruskan. Pelbagai kursus pemasaran banyak disediakan untuk mereka yang tidak berlatar belakang alam perniagaan. (kursus yang melibatkan urusan asas, kendalian sifat niaga, kewangan - modal, peraturan undang undang dan lain lain) Ada yang berjaya dengan hanya menjadi pelatih/internship tidak rasmi dengan rakan rakan yang sudah berniaga.

Perniagaan dan pemasaran yang baik tidak dicampur aduk dengan kisah kisah Mak Nyah yang selama ini dianggap sebagai sesak nafas. Sering dinasihati agar ada pemisahan di situ. Tumpuan sebaiknya hanyalah pada produk/khidmat dan baik pulih tawaran niaga sahaja.

Bayangkan kalau niaga diaduk dengan kisah suami palsu, cerita aku cantik kau buruk, marah marah di medsos, perli sesama rakan pesaing, kisah kisah tuntut hutang dan pelbagai keaiban lain. Akhirnya soal utama perniagaan jatuh entah di tangga ke berapa? Tumpuan masyarakat/pembeli/bakal pembeli berubah dan kamu dianggap hanya sebagai badut sensasi.

Berbicara tentang sensasi yang tidak mungkin luput dalam dunia Mak Nyah, ia kurang sihat kalau terlalu kerap digunakan sebagai alat iklan dalam perniagaan. Sama sahaja seperti kes di atas, lama lama sensasi rekaan yang divideokan hanyalah jadi bahan ketawa, suka suka dan tidak diambil serius oleh sesiapapun termasuk Pengguna Sasaran.

Bidang perniagaan ditelusuri dengan niat baik mahu berjaya menjana keuntungan. Adat berniaga kekal begitu dengan tambahan usaha iklan, pasaran yang diluaskan berserta jaminan kualiti. Harus ingat, di akhir segala cerita PENGGUNA akan menjadi hakim dan iklan terbaik kamu sebagai peniaga.

Segala masalah sepanjang menjalani perniagaan ditangani secara profesional, menggunakan saluran yang tepat dan patuh undang undang. Harus ingat PERNIAGAAN DAN PEMASARAN tidak pernah ada pilihan jantina, sesiapa sahaja yang bijak, tepat, jelas dan pantas berhak untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Merubah pemahaman ahli falsafah Nawal El Sadaawi di atas:

Kita semua adalah peniaga yang menjual khidmat serta barangan dalam nilai yang berbeza, barangan dan khidmat yang berkualiti sudah tentu akan berada di barisan pertama untuk dipilih.

Kita semua adalah peniaga yang menjual khidmat serta barangan dalam nilai yang berbeza, barangan dan khidmat yang berkualiti sudah tentu akan berada di barisan pertama untuk dipilih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now