FEMINIZATION TANPA HRT

34 0 0
                                    


PROSES FEMINZATION TANPA HRT

Sering disebut tentang proses ini. Apa agaknya?

Memang benar HRT yang berkesan akan mampu meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh badan Transnita yang dirasakan agak kasar dan berbisa (dalam konteks lingo mak nyah bila sedang bertransisi). Tidak seperti negara maju yang mendapatkan kebenaran penjaga untuk menyuntik penghadang testorone (hormon lelaki) sebelum capaian usia baligh atau negara jiran yang menjual ubatan sintetik tanpa pantauan, transnita akan kelihatan lebih feminin.

Di Malaysia suasananya tidak begitu.

1. Menelan pil HRT atas saranan teman teman atau mak ayam.

2. Memang dilahirkan dengan genetik mulus (cina, jawa atau sunda)

Kesan HRT yang tidak memenentu sudah kita bincangkan dalam bab bab sebelum ini. Pertanyaan tentang apakah proses feminization yang selamat masih berterusan, sehingga ada yang percaya pada mitos bahawa androcure boleh mengecilkan tulang atau marvelon kalau ditumbuk halus dimakan pagi pagi sebagai nestum akan mempercepatkan proses 'menjadi wanita'. Mana mungkin kamu akan menjadi wanita? Sila berfikir waras.

Penerangan diteruskan memikirkan gangguan emosi, ginjal dan saringan di organ hati. Semua ini akan menjurus pada sakit sakit yang perlu ditanggung oleh mereka yang mengamalkan HRT tanpa pantauan.

BERIKUT ANTARA PROSES FEMINAZATION TANPA HRT:

1. Leser bulu yang berkesan. Diulangi beberapa sesi sehingga umbi rambut mati atau lemah. (kaki, atas bawah bibir, pelipis, lengan dll)

2. Pemotongan secara leser halkum yang terlalu menonjol di leher.

3. Proses mengecilkan dahi secara operasi minor.

4. Baik pulih rahang, dagu secara tambahan atau pengurangan.

5. Tusukan prostik tulang hidung dan pengecilan bunga hidung.

6. Tambahan silikon di bahagian dada, pinggul atau di bahagian tertentu dalan suasana yang selamat bersistem.

7. Belajar tentang pemilihan busana yang feminin.

8. Latihan pita suara (sekiranya malu bersuara terlalu garau)

9. Proses luaran untuk merubah hal hal maskulin secara fizikal

10. Latihan menerima diri seadanya sebagai Transnita yang bukan perempuan asli/cis dari sudut emosi secara berterusan.

Kesemua langkah langkah di atas haruslah dipraktikkan oleh Pengamal Perubatan yang pakar dan bertauliah. Manakala hal 8 – 10 boleh dilakukan oleh rakan sokong bantu yang dipercayai serta tidak bersifat negatif.

Segala hal hal feminization penting secara dukungan moral pada kebanyakan mak nyah alaf baharu. Hal hal minor hinggalah membawa pada hal major yakni SCS (sexual confirmation sugery). Harus juga ingat bahawa bukan semua kelompok mak nyah memerlukannya.

Bertolak dari sini golongan mak nyah harus keluar dari lingkungan negatif seperti menghakim penampilan teman teman yang sedang transisi atau tidak berminat langsung untuk bertransisi. Latih diri menerima kepelbagaian fizikal mak nyah sedia ada. Bukan semua harus jadi seperti ratu di pentas peragaan atau ajang ratu cantik. Belajarlah menilai cantik manusia dengan cara yang lebih bijak. (gabungan hati budi dan sikap mereka).

Bila masa pula mak nyah itu harus menjadi perempuan 100 peratus? SCS tidak menjamin kamu jadi perempuan. Merasa lega bergentalia perempuan mungkin.

Tubuh badan yang menawan hanyalah bonus hidup sebenarnya. Kesejahteraan holistik harus didahulukan.

 Kesejahteraan holistik harus didahulukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now