PERLUKAH SAYA BERHENTI MENELAN PIL HORMON?

47 0 0
                                    


PERLUKAH SAYA BERHENTI MENELAN PIL HORMON?

Antara persoalan yang sering ditanya oleh para transnita. Terapi Hormon atau HRT antara subjek yang tidak akan kunjung padam dalam kehidupan Mak Nyah Malaysia. Itu belum lagi mitos mitos yang dicanang oleh para veteran tentang itu dan ini, pro kontra dan saranan saranan pelik tentang HRT

Kamu sudah diperkenalkan tentang peranan Endrocinologist, pakar kimia hormon yang bijaksana tentang dos dos yang diperlukan. Masalahnya berbincang tentang HRT akan ada sahaja saranan dari netizen transnita yang tidak mahu kalah melampirkan pengetahuan peribadi mereka tentang ubat ubatan yang sudah diambil. Endrocinologis di negara ini pula mungkin tidak faham kemahuan para Transnita yang sedang bertransisi.

Sesama kita sudah bercerita tentang hal asas yakni gangguan pada Hati dan Buah Pinggang yang diakibatkan oleh amalan hormon. Mana satu ubat perancang, mana satu estrogen semulajadi dan bahaya menelan hormon tanpa preskripsi.

2018 saya kembali ditanya: "mama perlukah saya berhenti telan hormon?"

Saya bukan pakar, namun segala pengetahuan sudah dikongsikan dalam laman ini (sila rujuk pada postingan awal), Transnita harus bertanya diri sendiri apakah kemampuan badan mereka? Berulang kali juga diterangkan bahawa kapasiti badan A B C dan E tidak akan pernah sama daya tahan dan reaksi pada sebarang hormon. Menelan kimia dan menanggung akibat adalah hal yang tidak mahu kita hadapi, sekiranya kita Transnita yang waras.

Gangguan emosi? Sudah tentu ada, sedar atau tidak. Kamu sudah mengalaminya dan melihat ia terjadi sesama teman transnita. Sudahkah dicatat sebagai panduan?

Jadi beginilah saranannya: Sekiranya amalan hormon adalah untuk hal hal fizikal sahaja, demi kenikmatan hidup secara peribadi kamu boleh lakukah hal hal selamat di bawah.

1. Laser bulu yang selamat untuk beberapa sesi

2. Pembedahan feminization yang diiktiraf

3. Belajar tentang pemilihan busana yang feminin.

4. Bersolek jika perlu (terpulang kamu)

5. Amalan pemakanan yang sihat (termasuk diet dan kandungan estrogen asli dalam makanan)

Saya fikir amalan menelan kimia yang tidak diketahui dari mana, kandungannya apa? adalah tidak berbaloi. Apakah dengan menelan hormon diikuti oleh kebaikan kebaikan dalam hidup? Kerjaya yang mantap? kekasih yang tampan? Gaya hidup yang meletop? Fikir fikirkan.

Siapakah penasihat HRT kamu? Adakah dia pengamal perubatan yang bertanggung jawab?

Sifat berani mati tersebut haruslah dikaji semula. Pertanyaan tentang hormon akan tetap sama. Mana satu yang sesuai? Boleh naik buah dada? Saya makan sudah berpaket tapi tidak jadi apa apapun? Marah marah kerana terfikir bahawa ada ubatan yang dirahsiakan... PELIK.

Hal hal pemblock testosterone harus diketahui. Cari maklumatnya secara serius. Hadir di perbincangan yang formal tentang kandungan hormon dan perbincangan tentang SEJAHTERA hidup sebagai transnita yang sebenarnya.

Jangan ralat untuk berhenti. Tidak merasa rugi membuang racun mahal tersebut, sekiranya ada kesan kesan buruk pada fizikal dan emosi kamu.

Akhirnya tanya diri apa hala tuju kamu hidup sebagai Mak Nyah? Adakah segala impian tersebut hanyalah ilusi semata mata? Cantik itu apa sebenarnya?

Keluar dari sindrom bahawa tanpa hormon kamu kelihatan bisa, nampak macam jantan. Apa selama ini kamu perempuan? Selidiki juga genetik manusia kamu.

Dalam dinding ini kita sudah berbicara banyak tentang hormon di bab bab awal. Jadi tidak mahu diulangi rungutan yang berbunyi sama. Satu saranan di alaf baharu ini: KALAU MAMPU cari pakar ENDCRINOLOGIS yang ada di pusat pusat rawatan di dalam atau luar negara. Sekiranya takut pada hal hal pembedahan feminization jangan merungut. Saya ulangi, mak nyah bukanlah perempuan asli jadi para Transnita haruslah berpada pada.

Idola idola mustahil akan tetap ada untuk menggoda kamu sebagai manusia. Mampu atau tidak tetap bergantung pada susuk tubuh asas kamu yang sedia ada.

Tepuk dada tanya selera.

Setelah mendapat semua fizikal impian tanya pula diri: Mahu jadi ratu? Lelaki akan terpikat? Bersuami kaya raya? Dipuja puji sentiasa? Mahu mati cantik? Tanya lagi: apakah ini hala tuju hidup kamu sebagai TRANSNITA

... dan kamu akan mendapat jawapannya.

Nota: Penulis sudah berhenti mengamalkan pil HRT sejak 20 tahun dahulu.

Nota: Penulis sudah berhenti mengamalkan pil HRT sejak 20 tahun dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now