PENERANGAN - ORIENTASI SEKSUALITI

70 0 0
                                    

SEKSUALITI

Di alaf melabel jadi bagaikan penting, kita sering berkerut memikirkan jantina dan orientasi seksual orang lain.

Aneh, namun tidak aneh memikirkan bahawa manusia azalinya memang begitu antara sedar atau tidak. Sesekali dilafazkan kekaguman akan kejadian manusia yang pelbagai, dari bangsa, fizikal, kepercayaan, cara makan dan pokoknya beza budaya termasuklah budaya seksual masing masing. Setelah diberikan penerangan tentang lapisan seksualiti manusia, mereka terangguk angguk bagai cendiakawan. Pulang ke rumah entah apa yang bersarang di fikiran mereka? Lega atau tidak Wallahualam!

Mampukan mereka berhadapan dengan manusia lain yang difikirkan tidak selari cara seksualiti mereka?

Manusia alaf baharu masih tertakluk pada soal maruah. Paling kodi mereka secara mudah akan mengatakan bahawa mereka adalah bi-sekual (itupun setelah tertangkap atau saat sekasualiti jadi bual bicara). Secara peribadi sering dipersoalkan, mana mungkin? Manusia itu akan tetap condong pada seksualiti yang disukai (dijelaskan atau tidak, itu hak dirinya). Menormalisasikan seksualiti demi maruah pada masyarakat adalah hal gampang, TETAPI pulang ke rumah apakah kamu bahagia? Kamu dan diri tidakkah berbolak balik bersoal?

Makna SOGIE sudahpun kita telaah dan cuba difahami.

Kajian perihal seksualiti pada tahun 1976 oleh ahli filsup Michel Foucault yang dijalankan secara teliti mengatakan bahawa seksualiti adalah KONSTRUK SOSIAL yang dipergunakan sebagai sejenis kawalan. Masyarakat sibuk untuk membentuk/merangka jenis seksualiti seiring dengan orientasi para heteroseksual, homoseksual dan yang mengaku bi-sek. Berbaris pilihan pelbagai kini mula muncul secara leksikal termasuk:

Panseksual (apa sahaja asalkan disukai - sapu semua)

-----------

Omniseksual (hampir sama dengan panseksual, secara aktif tertarik pada semua jantina, buta jantina)

------------

Gynoseksual (tertarik hanya pada perempuan - tidak dinyatakan jantina si tertarik, apakah dia perempuan lesbian atau lelaki heteroseksual).

--------------

Demiseksual (tertarik pada seseorang berlandaskan hubungan emosi) e.g: si janda dan si duda yang kehilangan? anak yatim piatu yang saling tertarik? atau 2 manusia yang baharu gagal cinta.

--------------

Sapioseksual (tertarik pada kebijaksanaan)

--------------

Objekseksual (tertarik pada benda yang tidak hidup seperti manusia - pokok, batu, patung dan lain lain)

---------------

Autoseksual (lebih gemar melancap daripada berhubung dengan manusia lain untuk hal intimasi seks)

----------------

Androginoseksual (tarikan seksual pada dua jantina lelaki dan perempuan yang berkerterampilan androgini)

-----------

Androseksual (tertarik pada lelaki sahaja) - tanpa mengira jantina subjek yang mungkin - (lelaki, perempuan, trans)

-----------

Aseksual (tidak berminat atau tidak teringin mahu melalui pengalaman seksual).

-----------

Seksualkelabu - (hanya mengalami ketertarikan seksual, tetapi tidak berusaha untuk melakukannya)

-------------

Semua yang di atas adalah jumpaan/penerangan lama yang masih dipakai. Kalau dilihat, beberapa terma tersebut SUBJEK akan bersimpang siur. Ada ketikanya hanya menentukan OBJEK pilihan hanya di kepala sahaja, tidak mampu untuk dilaksanakan secara seksual. Jika telus, akan diterangkan secara ikhlas.

e.g: Seorang transnita mungkin menyukai lelaki yang disangka normal di matanya - Heteroseksual. Sedangkan objek tersebut mungkin manusia lelaki skolioseksual (suka hanya pada objek yang trans)

Atas dasar kekeliruan bincang bicara tentang seksualiti yang berbunyi terlalu akademik dan saintifik, maka lahirlah terma Seksualiti Cair (Fluid Sexuality).

Seksualiti juga mampu membuatkan pihak pihak heteroseksual jumud, agamawan, pemerintah dan penguasa undang undang mula mempersoalkannya. Ada ketika digubal undang undang pembenterasan. Dianggap sebagai hal TIDAK BERMORAL. Tidak kurang juga yang digunakan sebagai senjata politik dalam meraih percaya atau dukungan dalam saat saat tertentu, termasuk meruntuhkan kerjaya politik atau maruah Individu tertentu dengan melibatkan penjelikkan pilihan seksualiti sebagai tema utama pada sesetengah individu.

Berbahaya, jika definasi peribadi secara tidak langsung melibatkan orang lain. Sama seperti terma HETERO dan HOMO bila diminta untuk mendefinasikan apakah TARIKAN SESKUAL mengikut kemahuan mereka dan jantina pasangan mereka. Ia beraduk antara Sapioseksual (bijak setakat mana?) si Panseksual mungkin asalnya dari mereka yang Bi-seksual yang semakin nyata tetang daya tarikan sek. Bagaimana dengan is Omnisexual yang tertarik pada semua gender secara tidak sedar?

Ramai yang mengatakan bahawa semua ini akan mengekang kebebasan terhadap (aliran/cair) fluid sexuality. Setiap kod kod tentang orientasi seksual meminta manusia untuk memilih kriteria tertentu untuk penyataan tentang orientasi seksual mereka. Sukar bukan?

Menurut Foucault dalam buku History of Sexuality: "kami mohon seks berkisah tentang kebenaran". Seks dimohon agar berkisah tentang kebenaran kita, atau paling tidak, kebenaran yang lama tertanam tentang kebenaran tentang diri kita yang kita fikir kita miliki ketika sedang sedar. Kita masih mempercayai bahawa seks menyatakan kebenaran dalaman, sekarang, sebaliknya, kita akan jauh lebih bersedia untuk mengiktiraf bahawa proses penemuan dan identifikasi kebenaran adalah sesuatu yang berterusan.


NOTA: Ini adalah penamat pada semua artikel yang diusahakan terjemahan dan masukan tentang seksualiti. Pembaca disarankan membaca tentang SOGIE terdahulu, untuk melihat bagaimana kompleksnya orentasi seksual dan indentiti jantina manusia. Sekali lagi dipesan bahawa ini hanyalah kajian penerangan tentang nafsu manusia, bukan menjual nilai semberono.

 Sekali lagi dipesan bahawa ini hanyalah kajian penerangan tentang nafsu manusia, bukan menjual nilai semberono

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Simbol yang dikatakan BI-SEXUAL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Simbol yang dikatakan BI-SEXUAL... penulis sering mengatakan bahawa bisek TIDAK WUJUD. ia hanyalah terma untuk selamat dan menutup bicara atau pertanyaan atau untuk memudahkan perbincangan sahaja.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now