TRANSISI dan MUNASABAH.

45 1 0
                                    


Transisi - perubahan dari satu petak ke petak baru (membahagiakan destinasinya). 

Transisi manusia M to F (fizik lelaki ke wanita) adalah pelbagai, tidak pernah sama seperti setiap orang. Gabungan pelbagai cerita cerita individu M to F yang dikutip dari emosi, keberanian, pengambilan hormon sehingga pembedahan kecil atau besar.

Masing masing mahukan hasil TRANSISI yang terbaik. Namun pelbagai cabaran yang harus dilalui sewaktu bertransisi, jangan kata di Asia, di negara negara maju juga cabaran dan kesukaran adalah sama sahaja. Kita kerapkali membayangkan proses transisi adalah lebih mudah kalau di luar negara, negara barat pastinya. Mungkin akses pada kaunseling berkumpulan, perubatan dan kesudian pengamal perubatan di sana lebih memudahkan, itu tidak dinafikan.

Siapa yang akan membantu kamu bertransisi?

Transisi yang bagaimana?

Apakah acuan asal kamu sebagai manusia secara genetik?

Keberanian tahap mana kamu ada?

Bagaimana pula dengan kepastian kamu? Apakah kamu Yakin atau Goyah?

Adakah kamu bahagia dengan transisi yang okay okay sahaja?

"Cannot i have to go all out, i got money, life has to be cherished," kata maknyah X

"I takat ni sahaja, apa yang Tuhan bagi i usahalah takat mampu i," ujar maknyah Y

"Yang ni boleh bagi tetek besar ker kak?" Ghairah si Maknyah yang berusia 18 tahun.

TRANSISI EMOSI:  Perakuan awal tentang seksualiti. Supaya kamu boleh selesa apabila keluar menjalani kehidupan. Harus ingat, transwoman di alaf baru tidak lagi berbaring di rumah menanti malam untuk hidup. Sanggupkah kamu kehilangan keluarga? Kawan kawan? Pekerjaan? Gangguan ditempat belajar? dan macam macam lagi. Ini melibatkan sejenis kekuatan dalaman untuk keluar dan berbahagia dengan keputusan tentang gender diri. Bagi sesetengah orang penerimaan sekeliling itu tidak pernah penting. Transisi emosi yang baik adalah apabila individut tw itu merasa selesa, lega dan damai. Tidak marah marah pada layanan yang sudah ditebak awal, apabila dia berterus terang tentang gender dan seksualiti diri. Ya, saya Transwoman. Saya sedang bertransisi, kamu mampu melakukannya dengan damai? (Di Asia, ia melibatkan banyak hal hal Agama, Keluaga, Masyarakat dan Kerjaya)

TRANSISI HORMON: Keseimbangan hormon badan menentukan tahap sejahtera manusia secara emosi dan fizikal. Kamu sedia maklum, kita sudah berbicara tentang hal ini berulang kali. Kita juga sudah kenal pada kesan kesan testosterone dan estrogen. Diujurkan pada kamu apa itu YMMV dan kesannya. Pengalihan hormon pastinya memberi kesan. Kesan apa? Bagaimana? Dalam hal ini seperti biasa pantauan Pengamal Perubatan diperlukan. Saat di mana kamu harus tahu memisahkan emosi dan ilusi sebagai Transwoman. YMMV juga membuatkan kita merasa kecewa dan terus mencari apa hormon yang terbaik, merasa tidak lengkap dan hairan kenapa hormon yang sama bertindak cepat pada fizikal orang lain. Depressi berpanjangan, kemarahan dan kesan kesan kesihatan lain harus diambil kira. Sewaktu HRT kamu dinasihatkan supaya berpada pada, berpada pada bagaimana?

PEMBEDAHAN: Suatu ketika dahulu apabila disebut pembedahan M to F, fikiran cetek terus melayang pada penukaran genetalia. Transisi melalui pembedahan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek teknoloji bagi menyesuaikan Identiti Gender pilihan. Pembedahan atas? Pembedahan bawah? Facial feminization? Vaginaplasty? SRS? Rekonstruktif? Selaras zaman pelbagai kaedah yang boleh menjadi pilihan kamu. Mana satu yang kamu perlukan? Apakah usaha kamu ke arah pencapaian tersebut? Apa alasan alasan kukuh peribadi kamu untuk menjalani pembedahan tersebut? Apa mahu hidung Perancis? Pembedahan itu membaik pulih self esteem/jati diri kamu?

Bagaimana kita berMUNASABAH dengan diri?

Kemahuan manusia tidak pernah sama. Ada orang yang ikhlas menerima diri seadanya, ada juga yang hanya berkata OKAY di bibir sahaja. Hati kecil kamu bagaimana? Tahap rendah diri kamu apakah sudah diubati? Adakah kamu manusia yang ceria bahagia walau apa sekalipun penampilan kamu, tidak peduli apa pandangan orang dan tetap tahu bahawa di sudut hati kamu tetap seorang Transwoman bagaimana sekalipun fizikal kamu.

Transisi melibatkan JATI DIRI. Jati diri manusia tidak kira samada kamu manusia cis atau trans kalau kukuh akan memberi kesan yang baik. Pertimbangan terhadap sesuatu keputusan tetap ada di tangan kamu. Kenapa? Kerana di hujung hari kamu yang akan menanggung sebarang hasil fizikal dan tanggungan emosi dan jiwa.

Semak balik kekaguman kamu terhadap dunia dunia glamor berkelip kelap, lihat cermin kehidupan kamu kembali. Di dunia mana kamu berada? Adakah kamu memerlukan semua itu? Ciri ciri yang akan membuatkan orangramai ternganga apabila melihat kamu? Ada imbalan atau pendapatan untuk hal tersebut? Apakah kata kata penyedap yang sudah kamu suntik dalam jiwa kamu sebagai Transwoman?

Hala tuju kamu adalah munasabah? Reasonable. Kita sedia maklum kita semua mempunyai pemikiran dan hal tuju berbeza. Apakah nilai nilai yang sudah dipamirkan oleh para Tw senior kamu selaras dengan gerak hidup kamu? atau kamu mahu bangkit menjadi Transwoman alaf baru yang lebih dinamik, progressif dan realistik. Ini semua harus diambil kira apabila kamu mula terfikir tentang TRANSISI.

KESIMPULAN:

Transisi bukanlah hal enteng yang boleh kita main main. Ia melibatkan kepelbagaian pemikiran, dalaman dan luaran. Ada yang boleh membuatkan kewarasan berfikir hilang. Kekaguman tidak berbatas, mencuba berat namun tidak berhasil, kecewa ke tahap suicidal, tidak ada penetapan peribadi, kesal dan macam macam lagi. TIDAK ADA PENJUALAN NILAI di sini, sila ambil perhatian.

 Apa sahaja langkah TRANSISI yang kamu ambil sila pastikan:

1. kamu ada kemampuan emosi, fizikal dan kewangan.

2. berbahagia damai dengan transisi tersebut

3. mendapatkan kaunseling dan nasihat dari pakar (atau orang yang kamu percaya)

4. ianya menyumbang pada kehidupan, kalau setakat menjadikan kamu lega juga adalah petanda yang baik.

5. tidak ada siksaan pada diri yang melibatkan kecacatan fizikal dan emosi.

6. tidak merasa tertekan dan harus menjalani transisi seumur hidup.

Sekali lagi diulangi, manusia tanpa mengira ras, jantina dan warna kulit akan terus berusaha demi kesejahteraan dan kebahagiaan masing masing. Kamu para Transwoman juga tidak terlepas dari pergerakkan ke arah tersebut. Ada yang berusaha secara Maksimal, ada yang secara Minimum, ada yang tidak kisah langsung dan ada juga yang berusaha sekerat jalan. Transisi M to F, melibatkan pelbagai pergolakan (semua ini sudah kita bincangkan sebelum ini bukan?)

Transisi yang muda, yang lewat dan yang penuh komplikasi juga sudah kita lihat.

TRANSISI YANG MUNASABAH itu adalah dituntut dari kamu sebagai manusia M to F supaya kamu kekal BAHAGIA dan SEJAHTERA.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now