KAMUS RINGKAS SEKSUALITI

85 2 0
                                    


TERMA SEKSUALITI

Bahasa sering diguna pakai bagi mencapai matlamat bicara. Terma identiti pula agak menggelirukan, diterjemah secara salah atau tepat sempurna untuk setiap orang adalah mustahil

Setengah definasi di sini mungkin melibatkan kata kata yang tidak kamu terbiasa atau sudah kamu pelajari atau mungkin juga sudah kamu temui sepanjang hidup. Di dasari oleh sifat dan perilaku manusia yang berlapis lapis, ia mungkin akan membuat kamu rasa janggal.

Apabila berhimpun untuk membicarakan tentang hal hal LGBTQ tidak dapat lari dari terma terma ini. Ianya mungkin berbeza di antara negara dan negara atau kawasan. Paling tidak ini akan menjadi panduan pengertian pada terma terma yang sering digunakan dalam seminar, persidangan dan perbincangan serious tentang SEKSUALITI MANUSIA.

Dari sini kita dapat melihat bahawa seksualiti bukanlah hal yang mudah setelah kita mempelajari apa itu SOGIE. Maka tidakkah betul bila kita katakana sebelum ini bahawa manusia itu adalah berlapis lapis dan sukar difahami?

ADVOKASI – merujuk pada mereka yang aktif berusaha untuk menamatkan isu isu (tiada toleransi, memberi ajaran dan menyokong ekuiti sosial untuk kumpulan terpinggir. Jelasnya kerja advokasi adalah tindakan aktif untuk menyokong/seruan bagi sesuatu sebab. Tugas tugas untuk menamatkan tiada toleransi, memberi penjelasan dan lain lain.

ALLY – (manusia sempurna, straight atau cisgender) yang menyokong dan menghormati ahli ahli LGBT. Sokongan dalam bentuk pemahaman dan tidak semestinya ikut serta perarakan, Ally yang aktif akan mengambil langkah langkah tertentu untuk menyokong dan menghormati bagi menyatakan pada yang kurang faham bahawa kamu adalah Ally.

Androgyny (sebutannya androgini) merupakan ekspressi jantina yang melambangkan 2 elemen maskulin dan feminin. Sering digunakan untuk penetapan 'intersex' bagi menyatakan manusia yang memiliki anatomi lelaki dan wanita.

ANDROSEXUAL/ANDROPHILIC – tertarik hanya pada lelaki, jantan atau hal hal maskulin.

AROMANTIC – manusia yang tidak berminat dengan hal hal romantik, cinta atau hubungan kasih dalam perhubungan. Kurang minat atau tidak pernah berusaha untuk hal tersebut.

ASEKSUAL – tahap rendah/kurang tarikan seksual terhadap orang lain atau tidak berminat/bernafsu untuk seks dan pasangan seks. Dia tidak akan berusaha untuk aktiviti seks, ada yang menggelar mereka sebagai 'Ace'

BIGENDER – manusia yang naik turun/berubah ubah antara identiti dan perilaku asli "wanita" dan "lelaki". Kenal pasti dengan ke dua dua jantina dan kadang kadang gender ke tiga. (pondan, pengkid atau cisgender).

BICURIOUS – (asal kata curious/teruja/ingin tahu)tercari cari kenapa ada tarikkan terhadap jantina/gender sejenis. (merangka persoalan dalam hati). Selalu merujuk pada peringat tertanya tanya diri di peringkat awal kesedaran. (eh? Kenapa aku meminati lelaki, aku sendiri adalah lelaki?)

BIOLOGICAL SEX – terma medikal yang diguna pakai untuk merujuk pada kiraan kormoson, hormon dan karekter anatomi yeng sering digunakan untuk mengklasifikasikan samada individu itu adalah Perempuan atau Lelaki atau Intersek. Selalu dirujuk sebagai "jantina" "jantina fizikal" "jantina anatomi" atau secara spesifik sebagai "jantina sewaktu lahir"

BIPHOBIA – kata yang mewakili tahap tahap sifat negatif. (contoh: takut, marah, tiada toleransi, kebencian, penafian atau tidak selesa). Kamu mungkin pernah berkata negatif pada orang yang biseksual. Ianya boleh terjadi dalam komuniti itu sendiri, penilaian peribadi yang silap atau tidak jelas. Biphobik adalah gelaran pada mereka yang geli/takut/tidak menerima adanya manusia biseksual.

BISEXUAL – manusia yang secara emosi, fizikal atau tertarik secara seksual pada lelaki dan perempuan. Ada yang mentakrifkan biseksual sebagai individu yang tertarik pada manusia yang bukan jatuh dalam kelompok binari atau boleh juga ditakrifkan sebagai individu yang tertarik pada lebih dari satu jantina. (salah satu contohnya lelaki dan dragqueen). Tarikan ini tidak semestinya sama rata atau menyatakan tahap minat terhadap jantina atau bentuk seks yang dia tertarik. (contoh: dia bi tapi lebih kepada meminati wanita, dia tetap bi).

BUTCH – manusia yang mengidentitikan diri sebagai maskulin, tidak kira dari segi fizikal, mental atau emosi. Butch dalam banyak waktu digunakan sebagai kata kata penghinaan untuk para lesbian, tapi boleh juga diakui sebagai label identiti.

CISGENDER – adalah manusia yang identiti dan alat kemaluan sewaktu lahir, selari dengan jiwa dan perasaannya dalam menjalani kehidupan. Orang yang bukan Trans tentulah digelar cisgender.

CISNORMATIVITY – kata yang menyimpulkan individu atau institutsi, bahawa semua manusia adalah cisgender, perakuan bahawa indentiti mereka adalah teratas, berbanding manusia manusia Trans. Sifat yang mengakibatkan PENAFIAN bahawa ujudnya para transgender.

CLOSETED – (menyorok dalam almari) manusia trans yang menyorokkan diri dari pada pengetahuan orang lain tentang seksualiti dan identiti jantina mereka. Ini adalah pilihan individu atas sebab sebab tertentu. Demi keselamatan sewaktu berada dalam lingkungan keluarga, sahabat handai, penolakkan, pengesahan dan lain lain sebab yang munasabah. 'come out' pula adalah terma apabila mereka secara terbuka berterus terang tentang seksualiti dan identiti sebenar.

COMING OUT – proses menerima dan war war pada sekeliling siapakah sebenar diri mereka.

CONSTELLATION – kata yang menggambarkan susunan atau struktur hubungan yang bersifat polyamourous (bukan poligami).

CROSS DRESSER – manusia yang memakai pakaian yang sering dipakai oleh jantina yang bertentangan. Lelaki pakai baju perempuan atau Perempuan pakai baju lelaki.

Demisexual – individu yang tidak melibatkan pengalaman tarikan seks selagi mereka tidak jatuh dalam kategori yang ada hubungan emosi yang kuat dengan individu yang lain. Selalunya dalam hubungan romantik.

DRAG KING – manusia yang membuat persembahan secara imej maskulin.

DRAG QUEEN – manusia yang membuat persembahan pentas secara berimej feminin.

DKYE – kata nama yang merujuk pada persembahan maskulin yang mewakili kaum lesbian. Selalunya diungkapkan untuk menghina tapi sudah diguna pakai oleh kaum tersebut sebagai hal identiti yang positif.

JSMUmr�.s< �+

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now