MARAH PADA PEREMPUAN CIS

34 0 0
                                    

MARAH PADA PEREMPUAN CIS

"Mak nampak jer dorang mak libas rambut..., lepas tu mak jeling tajam, gi mampuslah!" ujar Teena penuh bangga pada sekumpulan teman temannya.

Mereka terus ketawa bagaikan lucu, lagipun Teena garang orangnya kalau tidak kena gaya...

"Vas mak ayam...," mereka mengambil hatinya.

"Nak mengata orang...tengoklah body dier ngan body aku? Sapa lagi meletop anak ayam?" Teena mengibas ngibas lagi rambutnya yang ikal berkarat.

Menjalani kehidupan sebagai Mak Nyah asasnya tidaklah mudah, tambahan pula ketika sedang bertransisi. Transisi melibatkan hal hal hormon, jati diri, yakin atau malu malu dan macam macam lagi gelojak rasa.

Merasa diri diperhatikan, gelak ketawa dan siualan yang ikut serta bukanlah hal yang menyenangkan. Suasana yang bagaikan membenci kaum perempuan cis sudah lama diperhatikan. Kisah kisah didakwa kerana memukul perempuan di kawasan umum banyak terjadi sejak tahun 80an dan awal 90an. Setakat ini belum tular lagi kes sebegini yang besar. Namun dari kejadian kejadian kecil seperti beradu mulut, menuang kuah panas di restoren ada didengari dari waktu ke waktu.

Kita kaum Mak Nyah hadir dari rahim perempuan. Perempuan itu bagaikan ibu kita yang harus dihormati. Bersandarkan kata kata tersebut, langkah masing masing harus dikawal dan tahap kesabaran perlu ditingkatkan.

Interaksi sesama manusia akan tetap terjadi. Selayaknya dilangsungkan secara terhormat, penuh hemah. Manakala hal hal lancang, celupar, jenaka murahan tidak jadi atau kealpaan manusia menjaga sensitiviti banyak terjadi. Di sini kaum Mak Nyah harus berlapang dada dan berfikir sejenak kalau sekalipun ada kata kata cercaan, ketawa ketawa kecil, anak anak bawah umur yang terkelip kelap mata merenung dan orang orang tua yang keliru samada kamu itu perempuan atau apa...

Bukan tugas sesiapa untuk menasihati kamu tentang pilihan pakaian dan gaya, hal ini harus kamu nilaikan sendiri. Gaya gaya hidup seperti Pamela Anderson yang diadaptasi oleh kamu itu haruslah difikirkan secara matang.

Manusia mempunyai mata. Apa sahaja yang menarik di hadapan mereka. Rambut merah berkarat, solekan, dada yang tersembul, celana pendek, peha yang berketul, kulit yang mulis, mata yang budar beralis c18 atau apa sahaja hatta kalau berpakaian seperti Yuna sekalipun.

"Apa tengok tengok tak pernah tengok orangkah?" jerkah tajam Liza Blonde dengan suara kepit

Kekalutan ini bagi orang ramai lucu kerana terbiasa dengan jenaka jenaka pondan di media.

Tidak mahu menghina, mata manusia tidak kira jantina sudah tentu akan melirik pada makhluk yang extravaganza. Bukan semua mak nyah mampu mencapai tahap passing yakni tidak pecah lubang (lagipun bukan tugas kamu untuk tidak pecah). Tubuh dan rangka mak nyah tidaklah perlu saya bincangkan di sini, begitu juga rupa paras. Kamu sedar bukan semua mak nyah bertuah di dalam dunia ini.

Kemarahan pada perempuan cis yang ada dalam roh mak nyah pemarah harus direda selia. Belajar berdamai diri. Bukan semua perempuan membenci Mak Nyah, terlalu ramai mereka yang baik dan berbudi pekerti. Ramai juga yang dalam waktu yang sama ragu bagaimana mahu berhubung/mendekati kamu. Sesekali membuat kesilapan gantinama. Mak nyah boleh memilih untuk diam damai atau memberi tahu pada si polan ketidakselesaan digantinama sedemikian.

"Saya sudah bertetek dan berdandan perempuan, panggillah saya kakak atau makcik,"

Kalau masih ada perdebatan di khalayak tentang gantinama, sebaiknya kamu berlalu sahaja, anggaplah itu sebagai pengalaman buruk menjalani kehidupan sebagai Mak Nyah. Begitu juga sekiranya ada gangguan sekumpulan manusia nakal yang cuba memalukan kamu di khalayak (kerap terjadi di kaunter, stesen bas, lapangan terbang dan lain lain). Ya, mereka yang tidak sensitif akan terus ada tetapi bukan semua.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now