HIV - Human Immunodeficiency Virus

35 2 0
                                    


HIV – Human Immunodeficiency Virus

Keputusan positif setelah semakan darah untuk virus AIDS. Hiv membawa makna kamu sudah dijangkiti Virus yang membuatkan daya tahan badan lemah, yakni sistem immune sangat lemah tidak mampu melawan sebarang jangkitan atau barah kerana kamu dijangkiti HIV.

Semakan darah boleh dilakukan dengan rasmi rahsia di pusat pusat kesihatan. Selalunya pengesanan berlaku dalam keadaan kamu tidak bersedia. Pergi ke hospital kerana sakit, deteksi berlaku, berita diberi.

INI BUKAN KATA KATA PENYEDAP:

1. Hiv di zaman ini bagaikan loteri, siapa sahaja boleh dijangkiti bila tidak mengamalkan seks selamat. Jadi jimatkan tenaga, lainlah kalau kamu biarawati atau manusia selebat.

2. Emosil dikawal. Jangan keterlaluan. Semua akan sedih, paling sedih adalah tuan punya badan. Kawal sebaik mungkin.

3. Terus berdisiplin dan ikut arahan pusat pusat bantuan HIV yang ada di sekitar kamu. Positifkan diri dan hindari rasa rasa goyah manusia (malu, takut orang tahu, risau, rasa bersalah dan lain lain).

4. Saranan untuk menyertai rakan sokong bantu diikuti sebaiknya. Ada ilmu ilmu ubat dan hidup yang belum kamu ketahui akan ditemui di sini. Saling mendukung.

5. Jika mempunyai suami, kekasih, pasangan atau insan terdekat yang intim, hati hati. Pilih satu suasana yang damai dan tenang. Duduk tanpa sebarang gangguan, nyatakan pada pasangan akan kondisi kamu terkini.

6. Latih diri untuk terbuka pada apa sahaja keputusan dan reaksi yang akan terjadi. Menangis merataplah untuk ketika itu sahaja. Kamu manusia bukan?

7. Terus berdisiplin dengan pusat bantuan.

7 hal di atas bukanlah alasan atau saranan untuk kamu terus berhubugan seks, berhura hura secara tidak tentu hala. Ini adalah daun hidup baharu yang harus kamu tangani dengan baik. Bukan semua harus tahu tentang kondisi kesihatan kamu, cerita hanyalah pada yang kamu rasa selamat sahaja, ianya sangat penting. HIV sebaiknya membuatkan kamu lebih peka dan tidak berdendam.

Masyarakat yang moden di alaf ini apabila masuk hal hal HIV dan aids masih gementar dan berdebar, bukan semua mereka lengkap dengan pengetahuan, tambah sesak sekiranya kamu diganggu dengan saranan saranan tradisional dan hal hal keagamaan oleh mereka yang rakus mahu membuat keuntungan material atau menambah pahala mereka. Terus berdisiplin dengan pusat bantuan dan mendengar arahan/saranan patuh mereka tentang ubat dan carta carta kiraan CD4.

" Kiraan CD4 adalah prosedur untuk mengira sel CD4 yang ada dalam darah kamu. Sejenis cel darah putih, digelar sel- T, yang mengalir dalam badan untuk mencari dan membunuh bakteria, virus virus dan serangan kuman. Keputusan kiraan akan membantu doktor untuk mengesan setakat mana tahap Hiv kamu..."

"CD4 count is a test that measures how many CD4 cells you have in your blood. These are a type of white blood cell, called T-cells, that move throughout your body to find and destroy bacteria, viruses, and other invading germs. Your test results help your doctor know how much damage has been done ..."

Kiraan sel CD4 untuk manusia sihat boleh jadi antara 500 dan 1500. PLHIV atau manusia yang dijangkiti Hiv yang mempunyai kiraan CD4 atas 500 selalunya akan tampil sihat.

The CD4 cell count of a person who does not have HIV can be anything between 500 and 1500. People living with HIV who have a CD4 count over 500 are usually in pretty good health.

Emosi jangan dibiarkan melayang layang seperti manusia di tahun awal 80an. Segalanya diambil kira...penyesalan, dosa, ragu ragu, sesak nafas, agama, mahu bunuh diri, merasa hidup tidak berguna dan lain lain. Harus ingat di alaf ini sudah banyak kes kes di mana setelah berdisiplin berubat, urutan makan ubat dan rajin mengaktif positifkan diri, kiraan tahap HIV mampu untuk hilang begitu sahaja. Undetected Phase.

Anggap ini satu ruang baharu yang dikurniakan pada kamu dan dengan berani sebagai pahlawan, berusaha untuk hidup yang baharu dan bermakna.

Sokongan untuk kamu tanpa prejudis akan selalu ada. Sila kekal positif tentang hidup.

Stay positif always.

Regina Ibrahim,

Advokasi Berterusan

Advokasi Berterusan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now