MAKNYAH SEBAGAI BACKPACKERS

98 1 0
                                    


BACKPACKING SEBAGAI MAKNYAH

Backpack: membawa satu beg besar, digalas pada bahagian belakang badan dan bergerak melawati tempat menarik di atas muka bumi, secara minimal dan praktikal.

Kata kata asas JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN, besar dan dalam maknanya. Sudah dilakukan oleh ramai warga dunia untuk meluaskan lagi pengalaman dan perspektif masing masing. Sama seperti kamu, segalanya bergantung pada kemampuan ekonomi dan fizikal.

Ramai juga para maknyah yang sudah ke sana sini. Ramai yang ke luar negara untuk bekerja dan mencuba nasib, menggembara bersama sang kekasih yang mampu, kaya, berbangsa asing dalam bentuk kelas pertengahan ke sini sana. Memasuki alaf baru kamu juga sepatutnya boleh melakukannya secara sendiri sendiri. Ianya menjanjikan kebebasan yang lebih nyata dan berkesan sebenarnya.

Di sinilah kamu mula belajar untuk...

1. Menepati waktu. Kerana backpacking akan melibatkan perjalanan kenderaan umum dan bersabar kerana ada tempat tempat yang mengamalkan waktu syarat waktu yang longgar.

2. Keperluan asas seorang maknyah dalam perjalanan yang diringkaskan seringkas ringkasnya. Tidak ada lagi hal hal remeh seperti padded bra, padding pinggul, barang solekkan macam macam dan perhiasan perhiasan yang berberan beran. Kamu akan menggejutkan diri sendiri, betapa kamu boleh hidup ringkas dan nikmati proses perasaan tersebut.

3. Berdikari dan berani. Suatu hal yang subjektif kerana selama ini segalanya ada kebergantungan pada orang lain.

4. Befikiran Terbuka: kerana kamu akan menemui 1001 jenis manusia sepanjang perjalanan. Sifat sifat manusia sebenarnya banyak memberi ruang untuk kamu belajar tentang perjalanan hidup, Pastinya semua akan menjadi kenangan dan panduan hidup untuk kamu di waktu mendatang.

5. Pulang ke tempat asas/asal, dengan ilmu yang tidak pernah diajar di mana mana bilik darjah.

Bagaimana harus dimulakan?

1. Dengan melawati tempat tempat di dalam negara sendiri dahulu secara ringkas backpack.

2. Memberanikan diri untuk bersendirian dan menduga setakat mana kekuatan kamu secara peribadi.

3. Menyediakan budget yang cukup sambil belajar berjimat cermat. Patuh pada kadar budget yang sudah ditetapkan.

4. Bersosial dan bertanya pada penduduk tempatan, tentang tempat yang mahu dilawati melalui laman sosial.

5. Mula menilai, apakah itu keperluan asas dan apakah mampu digalas sekali keperluan material. (pakaian lebih, gaya santai, teknoloji – alat komunikasi, kemudahan ATM dan lain lain).

Bukan semua hal hal backpacking itu harus melibatkan rumah tumpangan murah atau asrama yang kotor. Kamu boleh tinggal di mana mana sahaja asalkan ianya kondusif secara peribadi. Kalau dalam kitaran budget, carilah penempatan yang sesuai dan trans friendly.

Sebagai maknyah kamu tahu apa kawasan yang harus dielakkan. Sama seperti para turis luar menggelakkan kawasan kawasan yang berbahaya dan berlegar pada lewat malam.

Sekiranya kamu tinggal di rumah tumpangan kamu akan bertemu dengan ramai lagi para backpackers yang akan berkongsi pengalaman mereka melawati tempat tempat lain, pengalaman tentang visa dan matawang.

Mempelajari sedikit demi sedikit tentang ilmu jalanan (street smart) melalui pengalaman sendiri atau melalui perbualan dan bacaan.

BACKPACKING MENYERONOKKAN TAPI BUKAN HAL GLAMER

1. Bawa pakaian sopan dan praktikal. Tidak terlalu seksi, kasut kasut yang sesuai (selalunya kasut sukan dan sandal getah). Pakaian yang mudah kering tidak lebih dari 3 pasang dan pakaian renang yang sesuai.

2. Lupakan set set penjagaan diri yang remeh temeh

3. Tumpukan pada health kits (ubat ubat mini untuk sakit demam)

4. Jangan terlalu berharap pada hubungan cinta sewaktu bertemu para backpackers yang lain. orang mesra kita mesra tapi jangan melampaui batas yang menyusahkan diri.

5. Jangan terbeli pada godaan godaan cinta dalam perjalanan yang boleh memudaratkan diri. Tumpukan pada misi backpacking kamu. Lain tempat lain budayanya, kekal sederhana penampilan dan sifat.

6. Arif membaca peta dan penerangan sedia ada di mana mana tempat. Ianya lebih menyeronokkan. Mulut harus ringan mahu bertanya dan meminta tolong.

KENAPA PARA MAKNYAH JARANG MAHU BACKPACK?

Ramai yang memilih untuk mengikuti rombongan sahaja, namun pulang dengan rasa yang tidak puas. Secara psikoloji mereka fikir mereka lebih ceria apabila berada dalam satu kumpulan. Sehingga terlupa bahawa bahagia sewaktu bersendiri itu penting.

1. Merasa fizikal mereka itu tidak layak. Takut pecah lobang

2. Takut dan bersifat negatif sekiranya seksualiti mereka itu diapa apakan oleh masyarakat.

3. Tidak percaya pada diri dan kemampuan

4. Takut sunyi sewaktu berada di mana mana lokasi

5. Pemalu kerana tidak pernah cuba untuk bersosial takut pada bahasa dunia (inggeris)

6. Kekok untuk berasimilasi dengan masyarakat, takut seksualiti mereka diperkatakan atau dijadikan topik perbualan.

7. Bermentaliti bahawa setelah berhempas pulas menjadi maknyah, mereka harus diberi layanan seperti diva. (bukan semua orang bernasib baik)

8. Berharap akan dibawa oleh kekasih merentasi dunia

9. Berat mulut secara semulajadi, menjaga reputasi, takut sangat dengan hal pecah lobang dan berpenyakit "apa orang kata"

10. Sudah mencipta keselesaan di rumah sahaja. Teman teman maknyah, suami palsu, dvd, televisyen dan legaran yang itu itu sahaja.

Harus ingat, dunia ini dipenuh dengan manusia manusia yang baik baik juga. Berkat keyakinan dan doa, kamu pasti menemui mereka sewaktu berbackpacking. Segalanya atas diri kamu sebenarnya, malah kamu mungkin akan menemui suasana yang akan mencetus hal hal yang lebih berinspirasi di kemudian hari.

Bagi maknyah yang berusia 21 tahun hingga 30 kamu mungkin boleh memulakan latihan ini dengan menjelajah Langkawi bersendirian dahulu...dilanjutkan ke kawasan kawasan lain dalam negeri Pantai Timur, Melaka, Johor. Percayalah kamu akan melihat diri kamu secara dalam dan ada kualiti kualiti diri kamu sendiri yang tidak pernah kamu kenali, segalanya dilakukan secara terbuka hati.

Lebih jauh kamu pergi, lebih tahu kamu akan sistem memasuki negara orang. Visa? Visa on arrival? applied visa?  Penyediaan asas sebelum pergi (buku bahasa mereka dan penguasaan bahasa inggeris asas), budaya setempat,mata wang, cuaca dan lain lain lagi.

JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN itu bukan sekadar gambar gambar lokasi yang menarik, ianya lebih dari hakikat yang sebenarnya. Kegiatan yang menjana ketahanan diri, pemahaman, toleransi dan hal hal kecil yang kita sudah terlepas pandang.

Kamu beruntung kerana informasi semua sudah ada di hujung jari.

Mana tahu ada jodoh menanti kamu di antara waktu waktu bebagpack? Owh! Itu hanya jenaka ringan yang tidak mustahil. Penulis menemui ramai kawan kawan baru yang sangat memikat sepanjang waktu backpack sejak usia 30an. Penulis masih lagi suka dan mahu menjelajahi dunia yang luas dan beraneka suasananya...walaupun tanpa suami kaya raya!!!

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now