SYMPOSIUM: inclusive healthcare for transgender person

79 2 0
                                    


SYMPOSIUM: inclusive healthcare for transgender person

28 July 2016

Kerjasama: YB Teh Yee Chew, IHP, Justice For Sisters, TG Penang dan FDHA.

Dimulakan video SOGIE chit chat bersama Jelita yang mudah/ringkas/lengkap diikuti oleh ucapan alu aluan oleh YB Teh adun Tanjung Bungah yang sangat menyokong bantuan dan panduan untuk kaum Transgender demi kesejahtaraan mereka.

4 sesi dibentangkan oleh jurucakap undangan.

Sesi 1:

Dr Lynne dari Hospital Adventist dan Dr Chow Ting Soo dari Hospital Besar Pulau Pinang. Masing masing memberi penerangan tentang pentingnya kaunselling dan rawatan untuk para Transgender, dan wujudnya jantina yang tidak bersifat binari. Ditekankan bagaimana pengamal perubatan harus peka pada kepentingan rawatan dan terus mempelajari hal hal yang tidak terlihat apabila para transgender mahu mendapatkan khidmat rawatan.

Sesi 2:

Moderasi oleh Sulastri ariffin dari Seed Foundation menampilkan Regina Ibrahim NGI, Jane Kassim IHP, Yoga Vashni FDHA.

Menyentuh hal hal pentingnya rawatan bagi Transgender. Termasuk hal hal remeh seperti sifat Yakin diri, Aib, Komen tubuh badan, Hormon, Endocrinologist, Pakar Gynae, Wad, Kurang Maklumat, Nama panggilan dan Keselesaan kaum TG sewaktu mendapatkan rawatan.

Terma Tg digunakan bagi memudahkan pemahaman para pengamal perubatan. (transman, transwoman, MSM) dari kesan kesan berat hati mahu ke hospital, mencari remedi sendiri sendiri sehingga sifat sifat menjual nilai tentang Agama/Moral, menjaga privasi dan hal hal tidak sensitif.

Saranan saranan untuk menambah klinik mesra TG seperti yang sudah terdapat di kawasan kawasan lain di lembah kelang.

SESSI 3:

Menyentuh tentang HEALTHCARE PROVIDERS yang lebih positif dalam memberikan perkhidmatan mereka pada kaum TG. 2 ahli panel Matron Rachadah dari Klinik Kesihatan Butterworth dan Dr Illias Yee dari Malaysian Aids Council telah dimoderasikan oleh Hezreen Sheik Daud, Setiausaha Politik YB The.

SESSI 4:

Nisha Ayub seterusnya membentangkan Penerangan tentang SOGIE dan blueprint dari negara negara asia dan dunia juga graf graf dari WHO (world health organization).

PENAMAT

Setiap sesi mendapat sambutan yang baik dari pengamal perubatan dan para Transwoman. Tujuan utama adalah mendapat maklumat gabungan dari kaum TG dan Pengamal Perubatan.

1. Perkhidmatan perubatan yang sama rata pada TG

2. Aksess pakar Endocrinologist dan Gynae yang mudah

3. Tidak ada lagi diskriminasi atau hinaan di hospital

4. Kaunselling pakar untuk Transisi

5. Pendidikan/Pendedahan awal tentang seksualiti (sogie) di kolej kolej perubatan dan universiti.

6. Nama ic dan nama panggilan di borang

7. Kad Pengenalan untuk TG demi jantina pilihan

8. Kemudahan pendidikan dan pekerjaan kaum TG

9. Kesedaran tentang keujudan kaum TG yang dinafikan

10. Berhenti menjual nilai secara tidak langsung

11. Memberi Perkhidmatan terbaik tidak kira jantina

12. Sokongan pada apa sahaja kegiatan positif oleh kaum TG generasi baru termasuk pemahaman hidup TG yang sebenarnya.

Kesemua di atas telah dibentangkan secara kasar sebagai penutup simposium, tiap tiap butiran direkodkan untuk panduan di masa akan datang sebagai saranan komuniti untuk di bawa ke dewan undangan negeri bagi mempengaruhi gubalan sivil dan syariah.

USAHA BERTERUSAN INI HARUS DICUBA OLEH KAUM TG DEMI MENJAMIN KESEJAHTARAAN HIDUP MEREKA.

Lapuran penuh akan disediakan oleh Justice for Sisters.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now