SOGIE (DWI BAHASA)

89 0 1
                                    


SOGIE - Penerangan mudah untuk manusia alaf baru, selaras dengan kematangan dan bijaksana manusia. (dimasukan dalam tiga file Conversations, Nonen dan Mak Nyah).

Sexual orientation, Gender Identity, and Expression.

SEXUAL ORIENTATION refers to movement while connecting to the human sexual act. Types and patterns of preferred acts. Basically heterosexual act? Homosexual act? But there is more to it when it comes to sex, some are not known to plain human. (Who do you want to sleep with?)

GENDER IDENTITY refers to which gender do we present while running our daily life, intimate situation on a bed and what gender do we think as? As binary as we are, social conditions introduced us to Male and Female. The twists and confusions are here when a binary male acted as female or vice versa. (Who do you go to bed as?)

EXPRESSION refers to methods of individual chosen movements, words, and actions taken in order to live up life. Again traditional social construct and conditioning, need to be deconstructed in order for us to express ourselves correctly, precisely, and in tune with our body and soul. (which binary gender you represent? Male? Female? Combination? Androgyny?)

Once we understand what SOGIE is all about, we will immediately be aware that human gender representation is actually what is between his two ears (brain) NOT exactly what is in between his legs assigned at birth. No matter what descriptions are given, the whole idea is to ensure human glides easily when connecting with each other, not to be rigidly questioned about his chosen gender, identity, and how he expresses himself.

SOGIE

Orientasi seksual, Identitit Gender dan Ekspressi.

ORIENTASI SEKSUAL merujuk pada gerak laku seksual sewaktu manusia berhubungan secara intim. Jenis dan paten perilaku yang dipilih. Secara asasnya adalah hubungan hetero atau homo? Sebenarnya ada banyak lagi bentuk orientasi seksual, sesetengahnya di luar jangkaan pengetahuan manusia biasa. (siapa pilihan kamu untuk ditiduri?)

IDENTITI SEKSUAL merujuk pada jantina yang kita wakili, dalam menjalani kehidupan seharian, situasi intim di katil dan jantina mana kita wakili apabila berfikir? Pemikiran binari akibat pembentukan selesa sosial hanya memperkenalkan kita pada jantina LELAKI dan Perempuan. Di sinilah bermulanya kekeliruan, apa bila lelaki binari bergerak secara perempuan ataupun sebaliknya. (kamu beraktiviti dengan pasangan sebagai apa?)

EKPSRESI merujuk pada cara pilihan selesa individu terhadap Pergerakan, Kata kata dan Tindakan sewaktu menjalani hidup. Sekali lagi pembentukan dan keselesaan sosial tradisional harus disusun semula supaya masing masing dapat berekspresi secara telus, tepat dan selaras dengan kemahuan badan dan jiwa. (Jantina binari mana yang kamu wakili? Perempuan? Lelaki? Adrogini?)

Sebaik saja kita faham apakah maksud SOGIE sebenarnya, kita dengan mudah akan mengerti perwakilan gender/seksualiti manusia itu sebenarnya adalah deria yang berada di antara dua telinga (otak) dan bukan apa yang ada di bahagian kelangkang sewaktu lahir. Walau apapun deskripsi yang diberi, keseluruhan idea tentang SOGIE adalah untuk memudahkan kita melayari hidup, berhubung sesama manusia, tidak dipersoalkan secara remeh jantina pilihan, identiti diri dan bagaimana seseorang itu berekspresi.

 Walau apapun deskripsi yang diberi, keseluruhan idea tentang SOGIE adalah untuk memudahkan kita melayari hidup, berhubung sesama manusia, tidak dipersoalkan secara remeh jantina pilihan, identiti diri dan bagaimana seseorang itu berekspresi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SOGIESC

Apakah penerangan ringkas tentang tambahan akronim SC di dalam SOGIE?

Kita sedia maklum bahawa SOGIE mewakili "sexual orientation, gender identity, gender expression" untuk manusia yang pelbagai. Ia terma payung untuk mereka yang memiliki oreintasi, identiti, ekspresi gender yang bukan arus perdana mainstream . LGBTIQ+

Kini ia menjadi SOGIESC

SC adalah Karekteristik melibatkan:

- Genetalia (Alat Sulit Sek) dan bahagian bahagian reproduksi manusia.

- Kromoson, gene, hormon, dan tampilan fizikal akibat akil baligh (puberty)

Contoh:

Karekteristik asas LELAKI adalah zakar, kerandut telur dan kebolehan rembesan sperma ketika matang. Karekteristik asas PEREMPUAN adalah vulva, vagina, rahim (uterus), saluran falopio, serviks dan kebolehan melahirkan dan regulasi haid bila mencapai akil baligh.

Asas karekteristik SC bagi lelaki termasuklah perubahan saiz zakar, kerandut telur dan produksi sperma. Asas karekteristik seks perempuan, rahim dan vagina selaras usia mula membesar, ovulasi dan permulaan menstruasi.

Penilaian SC ke 2 (Secondary Sexual Characteristic) adalah pertumbuhan setelah baligh.

- Rerambut di bahagian sulit, misai dan suara garau untuk lelaki

- Pertumbuhan payu dara, pinggul dan rerambut di bahagian sulit.

- Pertumbuhan fizikal lain setelah meningkat usia (tinggi, perpeluhan dan lain lain) di anggap pertumbuhan ke 2 dalam penilaian karekteristik seksual. Rembesan hormon dan tulang akan berlaku.

- Tahap puber (baligh) cepat atau lambat.

SC - Karekteristik Seksual – seringnya dipantau oleh pengamal perubatan bertauliah setiap menilai hal hal yang dianggap sebagai Gender Disporia. Penilaian terhadap individu interseks, transgender bermasalah, malah untuk cisgender lelaki dan perempuan sekalipun (e.g: lelaki dengan genetalia terlalu kecil/besar, scrotum tidak berfungsi, pengidap MRKH (The Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) syndrome) atau saiz serta kekurangan bahagian bahagian penting reproduksi manusia.

Nota:

Disarankan ibubapa untuk mempelajari deskripsi SOGIESC untuk memudahkan pemahaman tentang perbezaan manusia. SOGIE sejak awal diperkenalkan adalah bertujuan sejahtera jika melihat pertumbuhan dan perkembangan manusia yang tidak selaras dengan apakah NORMAL yang digambarkan selama ini.

SO = Orientasi Seksual = siapa yang menarik kamu untuk giat seksual? Gaya seksual bagaimana?

GI = Identiti Gender = jantina mana yang kamu mengidentifikasi bila bercermin? Perempuan atau lelaki atau adro atau fluid?

E = Ekspresi = bagaimana kamu mengekspresi diri dalam masyarakat – gaya jantina mana satu?

SC = gambaran tentang genetalia/alat sulit dan bahagian reproduksi manusia. Harus ingat bukan semua manusia sempurna di daerah ini.

 Harus ingat bukan semua manusia sempurna di daerah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now