Simposium Maknyah dan Kesihatan 28/07/2016

29 3 2
                                    


LANGKAH LANGKAH SEJAHTERA ANTARA MAKNYAH/TRANSWOMAN DAN PENGAMAL PERUBATAN.

MAKNYAH/TRANSWOMAN DAN PENGAMAL PERUBATAN

Sama seperti orang lain para transwoman ada ketikanya terpaksa mendapatkan khidmat perawatan tidak kira dari hospital kerajaan atau swasta.

Hal asas yang terang terang menjadi kesulitan pada kebanyakan mereka adalah penampilan diri. Bukan semua transwoman mampu menghadapi suasana di mana segala jenis jantina berhimpun.

1. Akibat tidak ada rasa yakin, hadir ke hospital menjadi satu rutin yang membebankan.

2. Mencari remedi remedi yang mudah. Bomoh, Kedai ubat tradisional dan farmasi.

3. Takut ditertawakan diruang menunggu, nama lelaki dalam kad pengenalan juga menjadi satu masalah (walaupun dianggap lucu bila diperbualkan semula)

4. Bagaimana mereka mahu berpakaian? Tampil tanpa solekan dan tidak kelihatan gah seperti selalu.

5. Merasa gugup untuk menyertai kumpulan para cisgender hanya kerana jantina mereka berbeza?

6. Risau dan ragu apabila harus diwadkan di wad mengikut jantina yang tercatat di kad pengenalan mereka. (untuk kes kes yang kronik)

7. Tidak tahu/malu untuk menjelaskan keadaan seksualiti mereka pada pengamal perubatan (yang juga sama naik tidak tahu letak duduk yang sebenar)

8. Bimbang pada status mereka sebagai transwoman. (adakah sudah berpayu dara? Sudah SRS? Memakai tetak span? Dan masih bergentalia lelaki). Ini antara hal psikoloji yang harus ditangani sebaik mungkin.

9. Ini termasuk juga kes kes apabila terpaksa melawat teman teman, saudara mara yang sakit atau menemani sesiapa sahaja yang terlantar di hospital.

Para Transwoman harus bersedia untuk menghadapi situasi ini. Keyakinan diri sebagai maknyah yang berhadapan dengan situasi ini harus ditingkatkan dari masa ke masa dalam apa saja hal. Tidak ada resepi khusus untuk meningkatkan hal hal keyakinan diri maknyah.

1. Tahap kesabaran maknyah yang harus dikawal

2. Rasa sedia maklum bahawa fenomena maknyah masih lagi diperingkat menjadi perhatian

3. Kemampuan untuk berterus terang tentang seksualiti, rawatan HRT (hormone replacement therapy) yang sedang dilalui sewaktu transisi dan gaya hidup kepada pengamal perubatan.

4. Tahu untuk berpakaian yang sesuai apabila menyertai para cisgender apabila hadir mendapatkan khidmat pengamal perubatan.

5. Kekal bersopan dan menggunakan bahasa yang betul apabila berurusan.

Meskipun semua jabatan di KKM dan hospital sedia maklum tentang fenomena maknyah, mereka juga adalah manusia biasa yang tidak lepas dari sifat menghakimi manusia.

Maknyah tidak boleh berharap secara keterlaluan agar pengamal perubatan faham letak duduk kehidupan mereka. Ada hal hal yang harus ditangani dengan memberikan penjelasan secara terperinci, supaya suasana menjadi lebih aman, tenang dan lancar sewaktu mendapatkan rawatan.

Suka atau tidak para Transwoman terpaksa menemui para pengamal perubatan akibat...

1. Rawatan sakit sakit biasa (e.g demam, darah tinggi/rendah dan lain lain)

2. Rawatan tentang sakit sakit seks seperti Hiv dan Sakit kelamin

3. Mendapatkan nasihat dari pakar sakit puan, endocrinologist (HRT dan kesesuaian pada badan)

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now