DAHAGA PENGESAHAN

75 1 0
                                    


Maka hebohlah satu Malaysia tentang pengesahan bahawa si polan adalah wanita, khunsa sewaktu dilahirkan. Pemilik portal portal sensasi murahan memuatnaik halaman IG tranwoman tersebut. Jadilah satu berita... seolah olah kejadian intersek itu aneh bagi mereka...

Minggu depan viral pula kisah bahawa pengesahan itu TIDAK BENAR. IG dipadam kerana doktor yang memberi pengesahan tersebut sudah berhenti kerja 3 tahun yang lalu. Pening lagi pembaca cisgender yang kiasu terhadap jantina manusia.

FEMALE LETTER untuk pengetahuan pembaca akan diberikan pada semua transwoman sebaik sahaja mereka melakukan SCS atau SRS di mana mana klinik atau hospital. Kalau sebelum tahun 1989 Maknyah Malaysia akan pulang membawa surat tersebut bertemu pakar sakit puan di hospital kerajaan untuk Surat Pengesahan Tempatan. Dengan surat tersebut si Transwoman boleh membawa ke pejabat pendaftaran untuk menukar kad pengenalan. Semua ini terhenti sejak negara menjadi fobia dengan Jantina ke tiga. Ini skenario yang sebenarnya.

Ada unsur unsur mencari pengesahan diri oleh Transwoman tersebut. Hanya dia yang tahu kenapa dia bertindak sedemikian. Mungkin kerana maku kekal dikenali? Mungkin untuk memudahkan perjalanan perniagaan? Dia cantik, dia berjaya menempa nama di bidang kecantikan. Dia mempunyai alasan tersendiri yang harus dihormati.

Kita sudah bercakap panjang lebat tentang VALIDATION dalam portal Buku Maknyah. Pengesahan diri seorang individu Transwoman. jadi tidak perlulah diulangli lagi. Hal hal mendakap diri juga sudah dibincangkan secara panjang lebar. Netizen yang kiasu sudah mula melihat kembali paparan media youtube rencana lama terbitan syarikat penerbitan yang tidak menyebut bahawa diri adalah Intersek. Kalau benar beliau seorang intersek sekalipun apalah yang mahu dihebohkan?

Di akhir cerita orang akan mengatakan bahawa ini hanyalah hal hal sensasi yang menjerit jerit mahukan tempat dalam masyarakat dengan tujuan mahu diiktiraf. Dilakukan tanpa jeritan jeritan, "terimalah aku...aku perempuan...terimalah aku...aku lain dari yang sedia ada! terimalah aku!"

Satu lagi kes lewat applikasi WATTSAP yang lucu di Pulau Pinang.

Para maknyah yang mahu menghadiri pengkebumian teman yang meninggal mula berkisah tentang halal dan haram. Mereka berkisah tentang mandi wajib dan macam macam lagi termasuk cara berpakaian dan lain...

Masuk pula teman yang dewasa dan matang. Dia terus menaip

"Hello penghisap kote semua... apa yang kamu bincangkan semua ini? Adakah kamu semua sama seperti cisgender yang lain? Pura pura alim hanya kerana mahu menurut kehendak orangramai?"

Sudah tentu dia diblok oleh Admin watsapp tersebut.

Kami yang mendengar berita itu tertawa. Maknyah ada waktunya keliru sebenarnya apabila masuk bab agama. Kita sudah berbicara tentang bagaimana mereka mengikat tetek hanya kerana mahu sembahyang Jumaat. Bagaimana para alim ulama Malaysia masih mengatakan mereka itu lelaki secara mutlak.

Penilaian maknyah tanpa melihat makna sebenar SOGIE dan tahap kewanitaan para Transwoman memanglah akan mebuahkan kekeliruan.

Kejadian Wattsap di Pulau Pinang sekali lagi membuatkan penulis dan teman teman tertawa. Ada maknyah Melayu Muslim sewaktu berada di fasa REBELLIOUS menjalani hidup yang bukan bukan... buat tatooo, makan babi, togak arak dan hubungan seks rambang. Apabila masuk fasa kesedaran agama, mereka cuba untuk menjual nilai mereka. Mereka sudah tentu akan berbunyi LUCU dan TIDAK MASUK AKAL.... ada yang begitu dominan sekali mengatakan menjadi maknyah itu adalah berdosa dan macam macam lagi kekeliruan yang terlihat seperti orang MENTAL.

Kejadian ini juga menggambarkan tentang hal manusia lemah mencari VALIDATION dari masyarakat umum. Secara peribadi saya fikir, VALIDATION atau PENGESAHAN terbaik manusia hanyalah antara dia dan DIA yang maha pemurah lagi pengasih. 

Transwoman tegar tahu tentang hal ini, mereka terus menjalani kehidupan mereka yang selesa sambil sambil berhubungan dengan DIA.

VALIDATION adalah hal yang berlaku di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja. Negara maju sekalipun akan tetap ada masalah ini... Walau di Amerika atau Eropah sekalipun hal Validation kalau tidak ditangani secara matang akan memberi impak peribadi pada individu MAKNYAH.

Apalah yang mahu diherankan? Takut kalau tidak diterima? Kalau diterima secara palsu bagaimana? Suatu hari kalau dipertikaikan jantina kamu, adakah kamu akan berkecil hati? Apa keistimewaan kalau diiktiraf? Boleh kahwin dan menjalani hidup damai?

Maka damailah para Transwoman yang tahu diri, tahu letak duduk diri mereka dan menerima diri seadanya.

"Ya...saya pondan, encik ada apa yang mahu ditanya?" boleh kamu ungkapkan pada orang yang teruja penuh yakin. Kamu pula boleh berkisah tentang LGBT dan kepelbagaian jantina manusia di dunia ini. Kamu juga bijak membezakan kaum Transwoman dan Kaum LUTH yang menjadi igauan buruk mereka... kamu juga tahu tentang mukhanas dan mukhanaton. Kamu tahu sejarah Mariam dari Iran dan kisah ayatullah khomeni.

Jadi... apakah perlu kamu war warkan pada orangramai, Saya perempuan...saya perempuan...saya perempuan dan saya tidak sama dengan komuniti Transwoman yang lain..saya special...saya istimewa!!!!




BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now