TERLEPAS KERETAPI

24 0 0
                                    

ADDRESSING SEXUALITY ISSUES FAST

Suasana membuatkan dia merasa pelik dan takut. Pelik kerana dia tidak seperti orang, takut kerana dia pasti mereka tidak akan menerimanya. Agama keluarganya ada menyebut hal hal neraka dan tanah yang tidak menerima. Perasaan sebegini menganggu. Saat dia melihat refleksi diri dia menjadi gementar takut. Dipendam lama, tertekan, sakit... menyintai seseorang dalam diam. Bertambah sakit bila cinta rahsianya itu tidak berbalas, malah orang yang dicintai itu berlalu kerana menganggap dirinya gila. Pejam celik pejam celik... dia rupanya selama ini bersendirian.

Ada bisik bisik mengatakan dia gila. Alit bibirnya yang semakin berwarna, kalau dahulu dialasnya bibir kering. Dia sudah terlalu banyak beralasan, termasuk pada kemahuan jantina diri. Waktu pula terlalu pantas berlalu tidak terkejar.

"Mau telah hormon apa? Aiyo you sudah tualah mau jadi pondan! You dulu ada di mana? Tak pernah nampakpun? Kau macam pakcik pakcik lembut tau nok!"

Dia kembali mengunci diri di kamar.

Sepi sedia ada, dicampur kekesalan kerana tidak berani sejak dulu. Dunia terlalu barani, dia tidak mampu. Mak Nyah muda bertetek selambak, senior mereka katanya sudah bervagina. Si rambut merah menjual nasi bungkus, si lembut kening terjongket berani menjadi pelayan café segera. Dari jauh dilihatnya tangan mereka yang terkulai, mulut becok bercerita, mereka tertawa bahagia... diperhatikan sahaja segalanya dari jauh bila melintas kaunter kecantikan dan café café.

Bahagia apabila di kamar sendirian. Melayari medsos yang pelbagai cerita. Dari menjeruk hati disusurinya laman laman indah, berbicara kosong, tertawa senang dengan pseudonym Nadia (si cantik, lincah, gemar bercanda dan agak perahsia).

Sesekali sesal apabila melintas iklan iklan pengasas barangan yang dia tahu berjantina seperti dirinya. Ada rasa cemburu dan dia tidaklah mahu memarahi dirinya secara terlalu, takut masuk hospital lagi (dikelilingi doktor dan jururawat asing, bertanya itu dan ini sedangkan diri berwajah pakcik, dada leper dan masih berzakar).

Hatinya belum damai.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now