SETELAH TAMPIL DI TELIVISYEN

68 4 2
                                    


Maka kami dua tiga orang transwomen post opt berbuallah...
tentang trend INSOF...bukan fenomena baru itu sahaja,
ada dua tiga...kes lain, cuma mereka miskin jadi tiada berita...salah sorang dari kami bermulut celupar..

"But he is still sucking dick right?"

Kesemua kami menjadi terdiam seketika...seperti ada malaikat lalu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masih lagi panas sejak minggu lepas. Isu insof yang kamu sedia maklum. Bercampur baur keliru yang diwar warkan dalam media. Dicampur pula dengan para bimbo maknyah yang ingin mengambil kesempatan untuk mendapat sedikit cahaya glamor. Tampil di TV itu bagi mereka mungkin kemuncak segala kehidupan. 

Ini bukan hal tidak menyokong. Kita akan sokong mana mana manusia yang memilih untuk menjadi diri mereka demi kedamaian peribadi masing masing.

Hal hal pembadutan diri di khalayak melalui Media massa itu sangat menyedihkan. Ramai ibubapa yang secara diam diam berharap mula menyarankan anak anak lembut supaya mengikut jejak langkah maknyah insof yang kononnya menjadi maknyah hanya  3 tahun sahaja. Ini adalah keadaan yang tidak masuk akal.

Para NGO senior mula memberi penerangan tentang Seksualiti dan bentuk bentuk orientasi seksual dan Gender Identiti di bawah payung LGBT. Dengan harapan supaya para Transwoman tidak tertekan dan mula menilai apakah mereka itu benar benar Transwoman sejati.

Penulis mendapat banyak message peribadi dari para maknyah, ibubapa dan cisgender yang 'curious' tentang hal ini. Ada yang mula mahu berdebat, ada yang mula mengerti dan ada juga yang terpaksa penulis mengambil langkah diplomatik. Penat sebenarnya apabila kita mula berbicara tentang SOGIE pada seorang demi seorang. Apatah lagi cisgender yang kononnya sporting terhadap 'kaum kaum seperti kamu'. Jelasnya bukan sahaja dia menggelirukan dirinya sendiri, dia melibatkan kelompok yang besar.

Jangan lupa, hidup ini adalah saling kait mengait. Perubahan diri, cara hidup, tatacara terhadap kehidupan seharian adalah milik peribadi. Dilakukan penuh tanggungjawab. Ini bagi penulis adalah langkah yang sangat SELFISH dan pentingkan diri. Dua tiga orang yang juga melalui transisi yang sama tidak pula bising bising dan menglamorkan proses ini. Itu pilihan suci peribadi mereka dan harus dihormati.

Ramai yang gagal melawan nafsu sebegini. Ada yang sudah mencuba lebih dari beberapa kali, tapi tidak mahu kalah juga...di kesempatan ini muncul juga sorang lagi maknyah insaf yang merasakan dirinya terabai... melampirkan gambar beliau sedang bersembahyang sunat dhua, gambar diambil oleh anak murid beliau. Siap dengan kata kata mahu mencari isteri. Ianya sungguh lucu.

Para cisgender yang penuh dengan sokongan untuk mereka berubah itu mungkin tidak tahu menahu langsung cabaran dan hala tuju yang harus diambil oleh mereka mereka yang cuba untuk insof. Kita tidak mahu menyalahkan mereka, mereka pasti menyokong pada hal hal yang baik. Pelbagai alasan diberikan oleh para cisgender yang menyokong, ada yang marah marah pada komen yang negatif, ada yang mendoakan, ada yang berharap bahawa fenomena Maknyah ini akan menamatkan segala bentuk Transgenderism di Malaysia. Mereka fikir hidup semudah itu?

Doa doa yang baik tetap akan dipanjatkan pada sesiapa sahaja yang mahu menuju arah yang mereka rasakan lebih baik dan mulia. Termasuklah si polan yang sudah muncul dalam televisyen. 

Penulis kerap mengatakan MATA HATI yang terang dan jelas harus ada apabila kita menilai hal hal sebegini. Jangan pakai semberono mahu ikut serta MAHKAMAH DUNIA yang tidak ada apa apa ini. Cisgender mungkin belum tahu kesan dadah sintetik dan amalan amalam khufur maknyah Muslim yang melampaui batas. Kalau mereka tahu mungkin mereka akan terkedu. Menilai secara luaran sahaja tidak akan memberi apa apa makna.

Buat pengetahuan pembaca, insaf para Maknyah sudah penulis saksikan sejak tahun 80an lagi. Ada yang berjaya ada yang gagal terus. Di alaf baru ini juga penulis sudah menemui dua tiga orang yang berjaya secara diam diam. Berfikiran waras dan tidak mahu menganggu sesiapa. Tidak pernah menggelar diri mereka BEKAS MAKNYAH. Mana ada bekas maknyah dalam hidup ini? Kamu samada telah tersilap cara memikirkan kamu maknyah sedangkan kamu hanya Crossdresser atau Transvestite atau gay lembik yang suka barang barang dan gerak wanita. Sila rujuk buku Maknyah yagn ada di pasaran atau google sahaja tentang 'human sexuality.'

Penulis juga sudah membincangkan SIFAT MEDIA dan teknik mereka mendapatkan skop demi rating rancangan mereka. Ada kesan imbal balik di situ. Pesanan untuk mereka yang sedia ada, sekiranya tidak ada peluru jangan sekali kali masuk ke medan perang.

Berbicara hal hal sebegini sebenarnya TIDAK ENAK langsung. Mungkin nanti dituduh sebagai menegakkan benang basah, Tingkah untuk menghalalkan cara. Hal hal Transwoman sebenarnya rumit dan terlalu kompleks untuk semua memahaminya dalam tempoh yang singkat.

Terus terang, tidak ada apa yang HEBAT sebenarnya untuk tampil berbicara secara keliru tentang seksualiti yang mewakili ramai orang lain lagi. 3 tahun menjalani kehidupan maknyah itu tidak cukup sayang, ada banyak hal hal lain lagi yang harus kamu tangani.

Jangan diseret orang lain ke kanchah pergolakan seksualti peribadi kamu. TIDAK ELOK.

*Setelah semua ini Mama tidak pasti samada orang orang Malaysia bersedia atau tidak mahu mendengar kisah seorang USTAZ yang menukar identitinya menjadi wanita? Bukan main seksi lagi dia sekarang, dulu dia ramai peminat di Youtube. Tapi ini AIB orang, sebaiknya kita tunggu sahaja berita tersebut...Kehidupan, bukan untuk kita jangkakan, semua adalah susunan TUHAN YANG MAHA ESA.

MALAYSIA AKAN TERKEJUT BERUK LAGI.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now