SOAL JAWAB

15 0 0
                                    

Soalan Temu Bual

1. Boleh anda ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang diri anda? (nama samaran,umur, asal, pekerjaan, adik-beradik)

Regina Ibrahim, 54, Pulau Pinang, penulis dari 13 adik beradik.

2. Sejak bilakah anda mula menjalani kehidupan seperti seorang wanita?

Secara ikhlas setelah berhenti mengajar di usia 30an. Namun sejak usia 15 sudah berpakaian perempuan secara sorok sorok. Kerana menanti tamat belajar dan bebas.

3. Bagaimana pergaulan anda bersama rakan-rakan semasa di sekolah atau tempat pengajiansebelum ini?

Saya hanya selesa bersama teman teman yang lembut. Saya bersekolah di sekolah laki laki. Saya malu dengan kaum lelaki di usia remaja. Hingga kini tidak tahu bagaimana mahu duduk dan berbual secara kasual.

4. Adakah pengaruh persekitaran/ orang sekeliling/ rakan sebaya telah menggalakkan lagi diri anda untuk memilih gaya hidup transgender?

TIDAK. Saya sejak kecil sudah tahu saya perempuan.

5. Adakah ibu bapa atau ahli keluarga mengetahui perkara ini?

Ibu saya sangat tahu begitu juga keluarga yang lain. Saya tidak ada apa rahsia tentang jantina pada mereka.

Jika ya, apakah reaksi pertama mereka saat mengetahui perkara ini?

Keluarga saya tidak dramatik. Mereka biasa sahaja. Saya juga tahu bagaimana untuk bersikap dan kawal diri.

5. Bagaimana layanan keluarga setelah mengetahui gaya hidup anda sebagai transgender?

Cerita tentang keluarga saya tidaklah sedramatik keluarga teman transgender yang lain. Saya bertelinga tebal, bijak, sopan dan tahu membawa diri. Layanan mereka masih mesra seperti dahulu.

6. Bagaimana dengan persepsi dan layanan masyarakat terhadap anda dan gaya hidup anda?

Sebagai post opt transgender, saya tidak pernah peduli selagi mereka tidak menganggu. Namun segala hal tentang transgender sudah saya bentangkan dalam penulisan. Setakat ini secara oral masyarakat baik baik sahaja. Mereka malah kelihatan biasa sahaja bila berurusan dengan saya. (saya tidak suka melayan lagi berbicara tentang hal hal asas transgender kalau mereka teruja) Seksualiti adalah ilmu yang harus mereka pelajari supaya hidup mereka aman.

7. Adakah anda sedar akan risiko yang bakal dialami akibat dari tingkah laku songsangyang diamalkan? (sosial, agama, moral, kesihatan, dsb.)

Apa sonsang? Sosang mengikut ukuran kamu, para cisgender yang merasa sempurna? Saya baik dengan manusia sekeliling, saya kenal siapa Tuhan dan tidak tertakluk pada moral yang dicipta manusia biasa. Cisgender berfikiran jumud harus membetulkan persepsi mereka tentang hal dan pemikiran begini.

8. Pernahkah anda terfikir untuk berumah tangga dan berbalik kepada kehidupan sepertinormal?

Apa itu Normal? Cisgender fikir hidup merekalah paling normal ya? Tidak secara rasmi berumah tangga. Berumah tangga buat masa ini akan menganggu persepsi masyarakat dan saya akan terus menjadi diri saya seadanya sementara masih hidup. Fikir kembali apa itu makna kata Normal.

10. Seberapa kerapkah anda melakukan ujian saringan HIV dan AIDS? (jika responden terlibat dalam kegiatan seksual).

Saya terlibat membantu NGO sejak tahun 80an untuk sebaran ilmu tentang HIV dan aids. Jadi sikap terhadap HIV sangatlah terkawal, sewaktu aktif dalam hubungan seksual dahulu juga saya sangat peka dan berjaga jaga. Saya kini tua dan sudah menopause dari kegiatan seksual.

11. Pada pendapat anda apakah cara yang paling sesuai untuk menangani isu sosial ini?

Selagi para Cisgender dibekalkan dengan ilmu seksualiti, mempelajari hal hal SOGIE mereka akan terselamat dari merasakan bahawa Transgender adalah masalah sosial. Mereka cisgender harus lebih menumpukan pada kegiatan mereka yang JAHAT terdahulu. Mereka buang bayi, melahirkan, menikah bawah umur, rogol anak sendiri, bersifat fasis dan rasis dalam kehidupan. Sila baiki sahsiah diri sendiri dahulu wahai cisgender. Transgender pula harus lebih peka dan sensitif dalam menjalani kehidupan di negara ini dan tahu apalah saluran mereka sebagai warganegara.

REGINA IBRAHIM

REGINA IBRAHIM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now