PUBLIC SHAMING

106 1 0
                                    


PUBLIC SHAMING

When a man desires a transwoman.

It's very sad when man in love with a transwoman it's considered as a scandal. It should not be news... it should not be a scandal. Anything that is personally desires by human, people bodies, people needs and wants should not be policed and shamed.

Sudah menjadi adat, kita tidak mahu bersembang hal ini. Sungguh Asia sifat kita...cakap pula berbisik bisik. Kenapa ya? Kerana kita takut itu aib orang? Atau kerana kita fikir anak anak kita tidak tahu? Atau tidak bersedia?

Memang ramai lelaki bernafsu pada maknyah/transwoman atau shemale. Mereka secara rahsia akan berhubung, menyemak sesawang yang mempamirkan para transwoman atau shemale.

HUBUNGAN LELAKI DAN MAKNYAH/TRANSWOMAN.

Merupakan hakikat hidup yang harus diterima apabila zaman mejangkau ke alaf baru. Sebelum ini juga sudah ujud, namun sesuai zaman ia bergerak secara rahsia. Ramai pasangan terpaksa melalui hidup yang aneh, bergerak seperti tikus mondok, hadir seperti pencuri sewaktu malam.

Badan manusia, nafsu manusia dan tarikan manusia tidak seharusnya di pantau moral dan dimalukan. Memang ujud lelaki yang berfantasikan pada Maknyah. Itu tidak menjadikan dia homoseksual.

Nafsu tarikan manusia itu pelbagai. Ada yang bernafsu pada yang begini dan begitu...tertarik kepada maknyah itu ada dan tidaklah sebanyak mana, segelintir sahaja. Maka kamu demi mempertahankan sifat buruk/dengki/marah/dakwah kamu akan mula menurunkan hadis hadis dan bait bait agama seolah olah kamu pakar dan suci.

Lelaki yang berhubung dengan Maknyah akan menerima tekanan dari manusia sekeliling bermula dari keluarga, kawan kawan dan penghakiman baru apabila diketahui bahawa dia tinggal atau hidup bersama maknyah.

"owh tak sangka si Amir...bini dia pondan tau..."

"berdosa Amir..binalah hidup baru...itu tidak normal" kata kawan atau keluarga.

Mereka terlupa Amir itu manusia yang ada pilihan peribadi. Dia terpaksa menghadapi tuduhan yang dia itu homoseksual.

Keterikatan kamu pada hal hal BINARI itu tidak perlu dipersoalkan lagi...atau didebatkan langsung. Kamu terkejut apabila negara lain menguruskan perkahwinan sejenis, kamu pura pura takut sekiranya dia menular ke negara sendiri. Sedangkan yang menanggung segala kesukaran dan perjuangan adalah orang lain. Aneh sifat kamu.

Sifat peduli pada perilaku orang yang tidak sama dengan kamu itu konon kononny a membuahkan sifat prihatin kamu pada

Jadi apabila lelaki bernafsu pada MAKNYAH/transwoman

Ianya dianggap satu skandal. Sepatutnya ia tidak perlu jadi cerita langsung. Badan manusia, nafsu manusia, tarikan manusia sepatutnya tidak dipoliskan atau dimalukan. Media akan seolah olah mahu ikut serta bercerita tentang hubungan yang dihakimi ini...kita cepat cepat ketawa sinis menghina, walaupun kita tahu ada orang nafsunya tidak terdorong pada perempuan....dia hanya suka dan cintakan pada MAKNYAH.

*Penulis sejak awal remaja sudah menetapkan, untuk sebarang hubungan intim si lelaki harus boleh menemani penulis ke mana sahaja. Makan makan di tempat awam dan menjalani aktiviti lain yang dirasakan perlu. Hubungan cinta penulis pernah gagal/ditolak akibat hal ini. (lelaki yang baik itu penulis lupakan sahaja kerana dia tidak mampu akibat moral dan jatuh dalam kategori tidak selesa bila dikhalayak ramai. Setakat ini alhamdulilah, semuanya lancar kerana penulis tidak meminta banyak dan penulis juga tidak teringin untuk mempamerkan kekasih pada orangramai. kalau terserempak....terserempaklah.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now