ADIK ADIK DAN TETEK

251 4 5
                                    

Kerap saya sentuh di dalam penulisan secara akademik dan fiksyen. Bukan tugas saya sebenarnya, tetapi alang alang sudah menjalani hidup sebagai transwoman sentuhlah sedikit agar menjadi iktibar. Mahu diceritakan banyak banyak nanti dibenci orang...

"Mahal mahal kita buat takkan nak dibiarkan sahaja dengan baju makcik makcik," ujar teman yang ghairah setelah melakukan pembedahan di Yala Thailand sekitar tahun 90an.

Terkedulah saya yang tidak bertetek ketika itu... (dan mula terfikir samada saya mak nyah kampungan).

Bicara tentang tetek terus berlangsung apabila menjalani kerja kerja advokasi seksualiti dan hal hal berkaitan sejahtera para Mak Nyah di Malaysia. Saya kira buah dada adalah hal yang wajib kerana ianya adalah titik tumpu untuk memikat.

"Ini bagaikan suis sahaja sayang... sebagai daya penarik customer," kata pekerja seks veteran yang dadanya tidak pernah tidak terbongkang.

Saya sendiri sewaktu di usia muda merasa tidak lengkap dan tidak wanita kalau tidak bertetek dan memilih untuk menjalankan pembedahan saiz biasa biasa sahaja di Thailand. Saya bahagia dan merasa mudah untuk memakai baju dan apabila bercuti santai mahu berbikini. Liberasi sebenarnya.

Kadar CIWI bertetek saya tidak lama, ghairah tersebut lama lama hilang begitu sahaja. Masuk sahaja usia 30an saya mula tahu erti malu melihat paten paten pakaian Pamela Anderson dan bintang bintang porno lain. Tidak mahu menghakim, namun terpaksa apabila melihat adik adik berdada selambak di pasar malam, menghadiri majlis majlis tertentu... dengan alasan my body is my right...ada yang digelar hantu tetek dan lain lain. OMG... saya malu.

Adik adik yang tidak mampu atau takut untuk membedah bergantung pada hormon. Dengan tahap kesedaran tentang bahayanya HRT adalah sukar sebenarnya untuk memperolehi tetek hanya dengan amalan hormon. (zaman ini tidak sama lagi seperti di tahun 80an) Di zaman tersebut dengan HRT sahaja fizikal boleh berubah. Ini zaman KESEJAHTERAAN fizikal dan emosi.

Jangan tidak tahu, ramai teman teman transwoman yang saya kenali tidak melakukan pembedahan dada dan mereka masih bahagia kerana mereka tahu bagaimana untuk berpakaian. Bukan semua transwoman harus tampil berdada terbongkang seperti bintang porno bukan? Ada busana busana yang selamat untuk dipakai dan cantik dipandangan mata.

Di dalam buku Mak Nyah Malaysia ada segmen khas yang ditulis tentang dada dan cara cara untuk berbusana. Ada disentuh bagaimana para transwoman boleh menggunakan pakaian dalam yang disediakan khas untuk pesakit kanser payu dara. Tujuannya tidak lain tidak bukan agar kamu tampil lebih menarik. Ingat menarik itu tidak semestinya berdada terbongkang. Harus ingat ramai juga para wanita yang berdada leper dan tidak semekar yang kita para transwoman bayangkan.

Fenomena berdada mekar mulus sudah wujud sejak zaman berzaman. Cleavage is a must kata sesetengah mereka. Sedikit cleavage (lurah tetek) mungkin menarik, tetapi kalau kerterlaluan mungkin agak lucah dan kotor (ini pandangan peribadi penulis).

Lelaki suka tetek, jadi kita berikan mereka tetek - mungkin menjadi motto sesetengah transwoman. Your body is your temple - jadi lakukanlah apa sahaja yang kamu rasa bahagia. Jangan marah marah sudahlah apabila ada mulut mulut sumbang yang mengata nanti.

Imej seksi bersih sebenarnya sukar digapai oleh ramai manusia, termasuklah untuk para wanita cisgender sendiri. Ada yang kelihatan sangat menarik dengan sedikit lurah tetek, ada yang kelihatan kotor walaupun menggayakan busana yang sama. Jadi hal ini masih lagi menjadi sangat relatif.

Pesatnya MEDSOS sudah memaparkan ramai transwoman yang tanpa sedar berkongsi rasa CIWI mereka dengan peminat... ada yang berdiri di depan cermin berselfie dengan dada mekar, ada yang mengetik kamera dari atas biar terlihat dada mereka... mungkin ini adalah sejenis pembuktian diri. Badan mereka... atas merekalah untuk menghormatinya atau untuk apa sahaja, kalau ditegur boleh jadi perang dunia ketiga.

Bagi mereka yang gagal mendapatkan payu dara secara HRT, tidak ada pilihan lain selain dari menjalani operasi yang secara semasa mempunyai pelbagai teknik, namun haruslah dijalani oleh doktor yang berkelayakan. Mereka disarankan untuk menilai kembali cara hidup seharian mereka. Sama seperti SRS operasi payu dara haruslah bersifat UNTUK DIRI SENDIRI. (bukan apa takut nanti kecewa setelah operasi masih tidak mendapat kekasih).

Para Transwoman sama seperti cisgender perempuan, ada unsur unsur seksual erotik terselit dalam diri... bagaimana mereka memastikan ianya sesuai adalah atas hak diri sendiri. Ada yang mahu menjadi tumpuan apabila berbusana atau sewaktu berada di dalam majlis. Mana tahu dengan sedikit pendedahan dada perhatian akan mudah diberikan. Masing masing manusia ada cara mereka tersendiri, itu harus kita hormati.

Secara peribadi sebagai transwoman Asia penulis peka pada imej yang dipinjam dari para wanita cisgender asia. Jadi dalam banyak waktu ianya harus dihormati... memakai baju dalam yang sesuai, singlet bila perlu atau nipple pad kalau terpaksa memakai baju ketat. Ianya membuatkan penulis merasa lebih selesa. Namun prinsip ini tidaklah mahu penulis jual pada adik adik yang lain (terutamanya yang masih ciwi bertetek silikon). Tahap kesedaran adalah masing masing. Please take notice.

Harus ingat SEKSI itu bukanlah hanya ada di dada, seksi terselit dalam pelbagai gerak manusia. Mungkin kata kata, gerak tubuh, minda yang cergas, diri yang lucu dan macam macam lagi. Sama seperti di segmen hidup yang lain, lakukanlah apa apa sahaja dengan langkah berPADA PADA... Kenali majlis, kenali suasana dan insyaalah kamu akan dihormati dan tidak dibadut badutkan... lainlah sekiranya kamu adalah DRAG QUEEN yang memakai dada prostik untuk pertunjukan dan melakukan lawak jenaka...

Kita sudah meminjam imej para wanita, apa salahnya kalau kita hormati jantina mereka juga?

Are you talking to me or my breast?

Tepuk tetek tanya selera sayang.....


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now