PENGALAMAN

205 3 0
                                    

NOTA: INI ADALAH PANDANG PERIBADI 

NAFSU MAKNYAH.

Sejak remaja, saya heran dengan nafsu Maknyah, mereka kelihatan seperti manusia yang tidak pernah puas. Meluap luap nafsu mereka, saya lihat. Adakalanya menakutkan cara mereka memberi deskripsi tentang kemahuan mereka.

Sewaktu berusia 15 tahun, sepanjang yang saya ingat saya mula berkenalan dengan pondan pondan yang saban malam memburu nafsu di Padang Kota. Ada yang saya lihat kesana setiap malam. Padang kota tempat bersosial. Di zaman lewat 70an generasi muda tiada pilihan. Jadi di situlah mereka berhimpun untuk berkenalan dan menjalin hubungan.

Menjelang dekad baru, setelah pulang dari eropah dan bekerja 90an mula menjelma. Padang Kota mula menjadi tempat mencari wang poket. Apabila manusia berurusan dengan wang, makan menjelmalah hal hal yang tidak diduga. Rompak, tipu pelanggan, pelanggan tidak puas, pelanggan menipu dan macam macam lagi. Itu adalah rentetan biasa bagi tempat pelacuran. Tetapi masih ada lagi pondan yang memburu nafsu.

Mereka tidak mengenakan bayaran, melakukan kegiatan di sebalik pohon bunga raya, menanti anak anak muda yang terlepas feri dan anak anak muda yang melepak. Ada yang lebih berani, bersetubuh di belakang pohon begitu saja dan tidak kisah kalau ada orang melihat. Saya tertanya tanya apakah sifat itu? Nafsu maknyah atau kehaprakkan lelaki Malaysia?

Masuk dekat baru alaf baru, nafsu mereka masih membuak buak lagi. Walaupun tahu akan akibat Hiv dan Aids juga penyakit penyakit kelamin lain. Ada yang boleh berhubungan dengan lebih dari 4 orang semalaman. (ini bukan pekerja seks). Ini adalah Maknyah yang berdandan rapi hanya untuk nafsu. Saya terbayangkan apakah bentuk hidup sebegini. Apabila ditanya, ada tak kondom dalam beg tangan yang cantik? Semua mendiamkan diri....

Ada yang lebih kurang ajar, mendengus sambil berkata, "sudahlah haih...nak mampuih dalam kelambu pun mampuih". Manusia rupa rupanya tidak suka apabila kebebasan mutlak mereka disekat atau rasa sesak apabila diasak pertanyaan yang menakutkan ini. Itu di tempat tempat berpeleseran.

Dalam kehidupan biasapun Maknyah sangat rakus nafsunya. Di tempat makan, mata mereka liar mencari wajah wajah tampan. Saya juga bernafsu, saya bukan Maknyah suci. Tapi saya jatuh dalam kategori, jumpa kenal kalau bagus bermesra, kalau hebat kita uruskan pertemuan lain. Sampai hari hari mau, hari hari menuntut kepuasan batin bagaimana? Saya tidak faham. Adakala apabila melihat Maknyah yang terlalu serakah saja jadi tidak selesa, saya elak sebaik mungkin untuk bersama atau keluar dengan mereka.

Mata mereka liar dan tajam..."tengok tu, tengok baju biru...elok....yum yum yum kalau dapat...." Saya tidak betah mendengar benda benda sebegini. Saya keluar makan dengan kamu, untuk bersama kamu, untuk berbual dengan kamu. Atas alasan alasan inilah saya digelar KEKWAT, PROPER dan PLAY CLASS. Saya juga mengkagumi jejaka tampan....tapi akan cuma mengatakan,"anak siapa tu danisha?" secara perlahan dan bukan dengan mata terbeliak penuh nasfu.

1. Saya tidak mahu jejaka itu menjadi Perasan.

2. Saya malu pada diri sendiri

3. Saya tidak mahu timbul suasana yang tidak enak. Ada lelaki yang boleh menjerit, "hoi tengok tengok apa Pondan?"

Maknyah boleh mengurat, siapa kata tidak boleh. Ada caranya, supaya orang tidak takut, orang tidak memalukan kita kembali dan orang rasa selesa dan lega. Cari jalan yang sopan.

1. Kerja sini ker? Soal secara pura pura untuk bicara yang lanjut.

2. Senyum sumbing dan manja apabila mendapat respon, tanpa kerakusan.

3. Secara jenaka dan bersahaja.

4. Tukar atau beri nombor talipon.

5. Jangan kelihatan terlalu murahan atau giang, kejap pergi, kejap patah balik, buat gaya gaya gedik.

Tidak perlulah mengeliat geliat seperti ulat bulu, memanggil semua orang sebagai Abangggggg.... Dengan suara yang aneh cuba mengoda.

Nafsu serakah adalah hal peribadi, lakukan sesuatu kalau kalau merasakan diri adalah Nymphomaniac. Ada ubat ubat dan hormone yang berbentuk testerone suppressor yang membolehkan kamu berada dalam kawalan. Androcure itu juga adalah ubat untuk lelaki yang mempunyai nafsu biasa dan ada pelbagai lagi cara untuk mengelakkan nafsu nafsi terlebih ini. Buruk sebenarnya kalau melihat nafsu serakah Maknyah, apatah lagi nafsu mereka dipamirkan di ruang legar Masyarakat Awam.

Nafsu, semua orang ada nafsu....tapi pastikan ianya terkawal, kerana kamu meminjam imej wanita bukan imej pelakon filem PORNO.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now