MARCH YANG RESAH?

43 2 0
                                    


1st March 2017

Masih lagi jadi bahan perbualan tentang kekeliruan jantina. 

Media seperti The Star dan NST sudah mengambil langkah membetulkan terma terhadap Transwoman. Akhbar Berbahasa Malaysia tetap dengan pendirian mereka. Gambaran bagaimana tertutupnya fikiran dan pemahaman.

Masih lagi dalam suasana keliru tentang Bekas Maknyah. Mana ada bekas? Selagi kamu berjiwa seperti wanita dalam susuk tubuh lelaki, kamu tetap maknyah. Ada yang menjadi tunggangan para alim ulama. Ditakut takutkan dengan halhal kabur syurga neraka halal dan haram. Sedangkan hubungan sesiapa sahaja dengan Tuhan itu adalah sangat PERIBADI.

Seperti yang sering saya dan teman sering ketawa: Hey cocksuckers... why are you suddenly talking about Halal and Haram? Lambasting dos and donts to your own community? Just be a nice cocksuckers.

Berdebat tentang hal Transwoman/Maknyah tidak akan tamat 3 hari 3 malam sebenarnya. Tidak akan ada jawapan yang konkrit di mana mana pihak sebenarnya. Janganlah jadi bodoh cuba memberi penetapan pada hidup orang. Ini hal yang termasuk dalam komuniti transwoman sendiri. Terkedu melihat tahap mental mereka... si maknyah yang menjalani hidup yang kalut mungkin sudah insof dan mungkin lebih alim sekarang mengatakan HARAM TETAP HARAM. Kasihan sebenarnya... dia harus membetulkan tatacara hidupnya dahulu.

Berbicara tentang Transwoman sebenarnya memerlukan tahap mata yang tajam dan hati yang terbuka. Selaras dengan pembangunan masa mereka muncul dengan macam macam gaya. Impak yang buruk tentulah jatuh pada komuniti yang kecil ini. Bercakap tanpa berfikir, memuat naik video video nafsu mereka di medsos. Ya kita ada pilihan, dilarikkan ke bawah sahaja. Namun sebagai maknyah kita jadi terfikir juga jadinya. Untuk yang muda muda berfikiran cetek cetek bijak kita faham... yang baru memiliki badan seperti pragawait kita juga faham...kita juga menilai nafsu dan tahap usia mereka.

Maknyah di kota pendedahannya lain, bagaimana maknyah di desa?

Pening melihat ghairah maknyah tidak kiralah... yang di kota cara kota yang di desa cara mereka. Masing masing seolah olah disampuk oleh sejenis kuasa asing... berbaring seksi bergambar untuk tatapan peminat (betul ker ada peminat? pasti ada) Marah bila dikutuk oleh komen komen nakal. Bila kita katakan ini semua kesan HRT mereka ada yang marah dan ada pula mengatakan hanya suka suka... Aduh! lama lama kita memilih untuk berdiam diri sahaja. Betul juga itu kebahagiaan mereka. Para cisgender yang melihat TERLOPONG mungkin kagum atau mungkin jadi MELUAT TERUS.

My wall is my rights. Ya... benar sekali. Keep it up babe kita ucapkan pada mereka.

Jelasnya ini akan menjadi kisah yang tidak tamat. Kisah mereka dengan kekasih, kisah mereka mengutuk sesama kaum, kisah mereka menangani keluarga mereka.... dan ghairah mahu hidup glamour yang seolah olah jadi kemestian. Muat naik barang barang mewah jangan cakaplah, itu adalah adat bagi mereka. (terlupa mereka memberi iklan percuma untuk pengeluar produk).

Namun begitu, ramai juga yang sangat WARAS apabila bersuara. Mereka inilah yang membanggakan sebenarnya. Bekerja, berurusan dengan masyarakat tanpa mengambil hati, terus memajukan diri dalam bidang yang diceburi, tidak ada waktu untuk muatnaik video video lepas geram yang boleh memesongkan pendapat orangramai tentang Transwoman. 

Secara peribadi penulis merasakan apabila maknyah mencapai usia 30an dia seharusnya bijak menerima realiti hidup. Rajin mencari ilmu dan berkongsi pada hal hal yang positif demi pembangunan diri sebagai MANUSIA bukan sekadar menjadi/menjalani hidup sebagai MAKNYAH. Ruang untuk membina PEMAHAMAN tentang hidup dan hal tuju masih terbuka luas buat mereka.

Para cisgender juga harus faham, di ruang Medsos ada hal hal yang tidak mewakili keseluruhan kaum transwoman/Maknyah di Malaysia. Sama seperti video video pengasas wanita yang tidak mewakili semua kaum wanita.

SEMOGA SEMAKIN RAMAI TRANSWOMEN YANG BANGUN DAN JADI SEDAR DIRI. PEKA PADA TATACARA HIDUP DALAM MASYARAKAT SEJAGAT dan bukan menunding jari sahaja mengatakan orang benci pada mereka...

Siapalah tak meluat atau benci kalau......


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now