MAK NYAH SILAP KONSEP...

63 3 0
                                    


"Jadi maknyah kenalah meletupkan Mak Ayam? " tanya si mak nyah muda dengan penuh nafsu.

"Bila meletop baru dapat lakikan? jenuh pilih la....untunglah depa," dia menambah setelah melihat aku diam.

Aku tidak bercerita banyak, hanya tersenyum. Kerana ini akan melibatkan penerangan panjang lebar dan ada unsur unsur akademia. Takut nanti potong stim.

"Badan sihat, otak cergas, rajin kerja cukuplah...," aku berkata seperti ibu ibu tua.

Apalah salahnya menikmati hal hal cantik dan menarik. Manusia mana yang tidak mahu cantik, wanita cisgender juga bermati matian mahu tampil menawan, apatah lagi mak nyah.

Aku sudah melalui fasa ini. Fasa ingin menggoda jejaka. Setelah berusia aku tahu bahawa jejaka kalau disolek kambung gurun yang dibusanakan dengan skirt pendek berwarna warni juga akan tergoda. (sekadar berjenaka).

Berbicara tentang genetik sudah, budi bahasa dan pembawaan diri juga sudah. Di sini kita kembali mengingati hal hal ULTRA FEMININ yang sudah kita bicarakan di topik yang lepas. Bertuahlah mana mana maknyah yang secara asli kecil molek dan berbadan langsing mewawan. Namun bukan semua yang akan mampu mencapai tahap piawaian yang sudah berkurun direka oleh adik adik trans.

Pinggang kecil, dada membuak, dagu panjang, rambut merah mengurai, bulu mata lentik dan bibir seksi basah merah (seolah olah bersedia untuk tugasan menghisap). Ada yang tampil wow dan tentu saja ramai yang kelihatan seperti badut apabila mencuba secara keterlaluan. Shemale dan Transvestite kurus kering akan berjaya mencapai imej rekaan ini dengan bantuan padding dan span dada (termasuk solekan konturing 7 inchi) - itu kelebihan mereka yang suka pada imej seakan akan cock teaser.

Transwoman harus ingat, bukan semua kita akan mencapai tahap tersebut. Mungkin sewaktu awal usia sekitar 15 sehingga usia 30an. Semakin usia berganjak semakin akan tercabar para transwoman menjaga fizikal mereka. Sama seperti kakak kakak cisgender lain selepas beranak. 

Artikel ini tidak akan menjual nilai tentang busana dan imej apa yang harus kamu bawa dalam hidup. Itu semua adalah pilihan kamu.

Namun begitu, cermin hidup harus diintai sebaik baiknya selaras dengan usia transwoman, janganlah sampai kamu pulang ke rumah dengan rasa sebal kecewa setelah dijeritkan petang tadi oleh sekumpulan manusia tidak berhati perut bahawa kamu kelihatan seperti PONDAN TUA MENCUBA BERAT atau tindakbalas tindakbalas yang kurang sopan hanya kerana imej yang sudah kamu paparkan di mata masyarakat umum. Kalau kamu di pentas, tidak ada sesiapa yang peduli, pakailah apa yang kamu rasa akan memikat.

Sehingg kini tidak ada sesiapa yang boleh merungkai tentang nafsu para transwoman dengan imej imej glamer hollywood. Dada terbongkang, tali halus walaupun bahu seperti ahli bina badan. Ada sahaja yang boleh membuatkan orang tertawa, lebih lucu kalau menjadi cercaan komuniti transwoman sendiri. 

Tambah menyedihkan kalau kamu ditipu oleh komuniti setelah bertanya pada mereka, "Mak nampak okay tak nyah?".

Jangan tidak tahu, bukan semua mak nyah boleh menerima nasihat apabila memilih busana. Fikiran mereka jarang seimbang dan mereka sangat yakin sekali dalam hal ini. Di sinilah para transwoman muda harus duduk dan berfikir. Pakaian apa yang sesuai? Ke mana aku akan pergi? Majlis apa agaknya? Adakah aku kelihatan seperti pelacur kelas 3? Kenapa orang asyik pandang pandang pada aku? Betulkah nasihat si mak nyah tua tadi? Apakah dia dengki pada aku yang cantik jelita? Oh! Takutnya....

Hal hal silap konsep itu banyak sekali dalam kehidupan para Transwoman, dari hal hal kecil sehinggalah ke SRS untuk mendapat belaian yang lebih dari kaum Lelaki. Oh! Tuhan ini semua sangat merbahaya. Kerana ianya sudah tentu akan melibatkan pembedahan minor, HRT yang tidak dirunding cara dan depressi setelah fizikal asal gagal untuk setanding dengan para transwomen lain yang dianggap idola dan meletup. Apa kata kamu duduk dan berfikir secara ikhlas hal hal salah konsep ini.

Transwoman yang kurang menarik fizikal akan sering membayangkan bahawa si cantik dan si jelita tidak ada masalah dalam menangani kehidupan mereka sebagai Transwoman. SILAP BESAR. Ramai sebenarnya yang berwajah dan berfizikal biasa biasa hidupnya aman damai tenang dan bahagia. Kenapa? Kerana mereka lebih mahu bertumpu pada Sejahtera Kehidupan sebagai transwoman (hal sejahtera sudah kita bincangkan di topik yang lepas). Well being, that actions, sensible, and being kind to ourselves.

Hasutan produk produk online? Hasutan iklan iklan cisgender? Kekaguman kamu pada idola kamu? Semua ini harus kamu lihat dalam dalam dengan hati yang terbuka. Menelan mahu menyertai ratu yuran walaupun... Ayat ayat penyedap yang kamu guna pakai demi penafian hidup? 

Di mana ada usaha di situ ada jalan!

Namun ia tidak mengambil waktu yang seminggu dua tentunya. Masing masing kita para Transwoman ada cara masing masing untuk mencapai apa sahaja keinginan kita. Apakah matlamat maksimal kamu? Bagaimana kalau sampai hanya separuh jalan? Apakah bantuan bantuan yang ada? Bantuan yang akan membolehkan kamu paling tidak merasa bahagia dan mampu mendakap diri dengan cara yang lebih realistik.

Jangan sesekali benarkan SALAH KONSEP menyusup ke jiwa kamu. Ianya berbahaya. Nafsu kamu mungkin akan mendorong kamu untuk rugi secara kewangan, depressi kerana tidak tercapai tahap letopan yang kamu bayangkan. Sudah sudahlah menelan air liur pada hal hal yang tidak diizinkan oleh genetik dan belajar melihat sisi sisi hebat kamu dan terus memulihkan jiwa yang tertekan kerana tidak mampu untuk jadi MELETUP.

Namanya juga SALAH KONSEP tentu sekali ianya tidak berbaloi. Mendakap diri itu sebenarnya melibatkan banyak hal. 

1. setakat mana tahap usaha kamu?

2. bolehkah kamu berdamai dengan diri seadanya?

3. mampukah kamu jadi tidak taksub pada hal hal yang mustahil?

4. apa kamu punya teman rapat? Teman yang bijak dan dapat memecahkan pada kamu erti hidup sebenar?

5. apakah usaha usaha kamu untuk jadi cantik itu berbaloi?

6. sudahkah kamu dewasa dalam penentuan cantik fizikal dan cantik secara menyeluruh?

7. apakah kamu jenis yang gemar sekali mentertawakan orang orang yang berkurangan?

8. tahap pembacaan kamu apabila masuk bab bab ilmu mak nyah setakat mana?

9. kenapa kamu tidak dapat tidur/hidup damai hanya kerana kamu tidak mampu tampil hebat?

10. Sudahkah kamu berdamai diri dengan fizikal kurniaan asli? Apa ada cara untuk dibaiki? bahaya/selamat?

Saya tidak mahu menerangkan apakah KONSEP HIDUP SEBENAR pada kamu, itu sangat tidak beretika. Kamu harus duduk dan berfikir secara damai dengan diri sendiri. Nampak bezanya di situ? Ya kita harus mencari apakah hal yang terbaik dalam diri dan digilap gilap sehingga jadi kekuatan diri.

Hmmm... sukar bukan? Kekaguman manusia lain pada kamu, apakah ianya akan berterusan? Bagaimana kalau kamu kagum pada diri sendiri yang seadanya selesa dengan diri sendiri? Nikmatnya bagaimana agaknya ya?

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now