FACEBOOK DIBLOCK

24 0 0
                                    


ATIKEL PENDEK YANG MEMBUATKAN AKAUN FACEBOOK SAYA DIBLOCK 24 JAM. Saya tidak mengerti kenapa... 

#campurLGBT #tolakLGBT Trending minggu lepas di twiter dan medsos. Tidak lebih, tidak kurang mempamirkan sifat manusia yang mahu hidup bahagia. Satu kumpulan menuntut hak mereka dan satu lagi tidak selesa mahu hidup bersama dengan yang satu lagi. PELIK . Masing masing mempamirkan sejenis pemahaman dan kekeliruan. Menelusuri dua hastag berkenaan sesekali membuatkan saya sebagai individu T, tertawa pada pemikiran mereka. Sudah tentu saya juga mempunyai konstruk sosial yang sudah dibangunkan secara berdikit dikit sehingga mencapai usia emas. Entah betul entah tidak Wallahualam bangunan sosial saya itu. Kata mereka orang tua hidupnya menjadi lebih mudah (simple) tidak seremeh ketika muda. Untuk kempen #campurLGBT saya menekankan bahawa ianya bukanlah pesta pesta seks atau berarak menyertai pesta mardi grass penuh sensual. Melompat lompat begitu kita juga rasa mahu menyesah dengan penyapu buruk. Bunyinya agak kasar, namun tidaklah mahu saya halakan sinar lampu ke arah dirian agar dijadikan bintang/pejuang. Dilahirkan sebagai orang belakang tabir rasanya sudah cukup. Melihat pada 2 kempen tersebut sebagai tuntutan biasa manusia untuk hidup selesa dan tidak dianggap sebagai melanggar undang undang rekaan manusia sempurna, paling tidak sifat dan cara hidup para LGBT mampu dimengerti. Mereka bukanlah penjenayah yang membuang bayi atau terlibat dengan rompakan besar dan bersiap sedia membakar tempat tempat ibadat. Mereka bukan hadir dari jenis tersebut. #tolakLGBT kempennya masih berterusan. Mungkin akan diperlahankan setelah pasangan mendapat anak anak lesbian, gay atau tranwoman. (ini tidak termasuk para CD, Shemale atau Bi-seksual – kerana saya tidak faham cara mereka ya... tidak adil mahu mewakili mereka pula) Maklumlah terkejut, merasa berdosa, meluat, malu pada orang, tidak sama dan macam macam alasan. Sering saya terfikir akan hal hal KEDEKUT ruang hidup bila isu isu begini timbul. Jadi segala tindak tanduk itu dilakukan demi ketakutan kalau kalau jantina sempurna mereka akan memberi pengaruh buruk pada kaum cisgender. Sekiranya usia masih 18 tahun, sudah tentu akan ada rasa terluka pada dua hal campur dan tolak tersebut. 1. Terus berjuang untuk meminta hak sama rata (yang tidak seragam meskipun dikalangan para LGT) 2. Terus menolak pada sifat LGBT (yang dianggap sebagai sakit/suka suka yang boleh dirawat?) Ianya akan terus menjadi peperangan, sama seperti segerombolan semut yang mencari kawasan dan semut semut kuat yang merasa ruang hidup mereka sedang diintai mahu ditawan. Apa tidaknya? Saban hari terpaksa berhadapan dengan satu sama lain, menyelesaikan tugas tugas hidup. Sewaktu bekerjsama ada ketikanya terbit rasa iri hati dan tidak puas, kenapa dia? Lantas masing masing mencari alasan untuk memijak mana mana yang dirasakan lemah dan tidak berhak. Dalam menangani rasa marah dan terpinggir, kita mencari titik mudah untuk menyalahkan antara satu sama lain... dihasut pula pada yang selama ini damai hidup bahawa... "Kau rasa seksualiti dia apa ya? Aku tengok semacam jer?" pernyataan yang sudah jadi biasa sekarang. 1. Jangan bercampur dengan pendosa kamu akan ikut sama 2. Lama lama semua sektor hidup kita akan ditadbirkan oleh mereka 3. Negara akan turun bala kalau orang orang sebegini ada. Bukankah saban hari mereka mengungkapkan kebenaran bahawa yang ESA itu Maha Berkuasa? Ingin saya ulangi bahawa para LGT hadir dari rahim wanita hasil persetubuhan dengan suami masing masing yakni lelaki. Daripada berperang baiklah kamu cuba selami hati nurani masing masing yang tidak akan pernah sama. Cukup baiklah sekirangnya kita mampu untuk BERTOLERANSI dan tidak menidakkan hak orang lain untuk bernafas. Kita kita ini bukanlah para nabi dan Tuhan. Hiduplah dengan ruang yang dikurniakan. Berdebat tentang hal subjektif benar salah pula akan mengambil waktu. Penyelesaian tidak akan hampir pada deria orientasi seksual, identiti gender dan ekspresi manusia (milik orang lain). Cisgender dan cisgender juga sukar untuk mencari kata sepakat, hal hal remeh mereka juga hampir tidak selesai bukan? Inikan pula.....? Ini nota yang bolehlah kamu dianggap condong dan biased namun, saranan utama adalah supaya kita belajar belajarlah untuk hidup damai sesama kita tanpa menjetik telur atau kelentit sesiapa tanpa permisi. *Kelmarin Naskah Budiman sudah dibawa ke Singapura untuk sesi Seksualiti bersama dengan buku T S Alias Taib oleh Dr Faizal Tehrani.  

  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now