CINTA BUAT MAKNYAH? APA ADA?

68 2 0
                                    


Anakayam dari jauh tanya lewat mesej di Media Sosial: MAMA APA ADA CINTA UNTUK MAKNYAH?

Mestilah ada...tapi kedua duanya haruslah manusia yang hebat. Giler takder....berlambak teman teman mama menikmati cinta hebat. give up JANGAN SEKALI KALI.

HEBAT APA?

Hebat mewakili banyak segment. Hebat di sini bukanlah merujuk pada tahap kejelitaan gebu maknyah. Gebu tanpa otak juga tidak ke mana mana bukan? Maknyah sering merungut tentang jejaka yang datang dan pergi dalam hidup. Jelasnya sama seperti para wanita cis mereka juga mahukan cinta yang sejati. Sayangnya cinta sejati itu tidak dapat kita borong beli di pasar pasar hidup.

1. SANGGUP - apakah kamu sanggup mengharungi apa saja dugaan sewaktu menjalani kisah kasih kamu berdua? Kamu sanggup untuk berhadapan dengan semua kisah kisah pelik hanya kerana kamu bukan wanita cis? Ada banyak hal yang harus kamu hadapi nanti, mata mata liar sekiranya posisi kamu yang sedang transisi dan kelihatan sedikit pecah di mata orang ramai. Adakah dia hanya ada waktu tertentu untuk bersama dengan kamu? Adakah dia sering memberi alasan hanya kerana dia mahu menjaga hati kamu? Keluar malam sahaja, ke tempat tertentu sahaja? Kalau sanggup ya pasti boleh.

2. MAMPU - selalunya ada dua jenis kemampuan. Kamu tinggal bersendirian? Dengan keluarga? Bagaimana bercinta kalau dua dua tinggal dengan keluarga. Menjawab pada keluarga (kamu dan dia). Menangani soalan soalan pelik dari ahli keluarga yang prihatin pada kamu. (si lelaki berhungan dengan maknyah? Huh? Si maknyah pula akan ditanya soalan soalan lain termasuk, apa betul dia sukakan kamu?). Jadi terbaik adalah, kemampuan kewangan untuk hidup bersama. Ya bersekedudukan. Masing masing bekerja dan pulang untuk melangsungkan hidup bersama. Kamu mampu? Hubungan suka atau tidak akan melibatkan kewangan.

3. BERANI - secara fizikal dan mental. Tidak pernah takut pada apa kata orang. Tidak gugup apabila bersama dalam apa apa majlis dan berani memperkenalkan pasangan sebagai kekasih kamu. Tidak ada lagi kata kata penyedap selindung seperti ni KAWAN BAIK, INI TEMAN SEKERJA, INI TEMAN SERUMAH. Sebaiknya diperkenalkan seperti yang kamu berdua persetujui. Kenalkan ini KEKASIH saya...isteri atau suami. Itu adalah lebih tepat dari berselindung dari bayang bayang ketakutan pada dunia. Kamu berdua akan lebih bahagia kerana ada 'VALIDATION' perhubungan di situ.

4. MENIKMATI - perjalanan hubungan pasangan indah dilihat, indah dilihat dari jauh kata orang. Bagaimana kamu melatih diri untuk menikmati semua ini? Tidak boleh menikmati hubungan adalah penyebab kenapa hubungan putus begitu sahaja. Pasangan yang baik akan memudahkan kamu untuk menikmati hari hari dengan cemerlang. Ingat, pasangan seharusnya mendukung bukan menyesakkan nafas kamu. Kerjaya kamu akan menjadi lebih baik, perspektif kamu terhadap kehidupan akan menjadi lebih positif. Hari hari yang kamu lalui bersama ternyata berharga, menarik dan sentiasa mendebarkan. Ini semua adalah nikmat perkongsian hidup. Ini bukan lagi zaman kata kata melayu klise: "kami kalau berdua sering bergaduh, tapi kalau sorang tak ada kami rindu sangat". Jadi belajar menikmati nilai perhubungan.

5. MENGHARGAI - ini hal penting. Apakah kamu bersifat terus terang sebelum menjalinkan perhubungan? Banyak pasangan yang ditemui berterus terang bahawa merka bukanlah pilihan masing masing sewaktu awal perkenalan. Bagaimana menghargai pasangan kamu? Ianya haruslah dari dua hala. Dia dan kamu secara seimbang. Selalunya, pasangan yang desperado akan lebih terhegeh hegeh dalam menghargai. Ini tidak seharusnya berlaku. ianya adalah perhubungan yang sia sia kerana tidak seimbang. Berlebih kurang juga adalah dituntut.

Harus juga ingat, kasih sayang tidak didasari oleh hal hal kebendaan sahaja. Maknyah sejak azali sama seperti manusia manusia hetero mahukan perhubungan. Ada yang silap tafsir antara NAFSU dan CINTA. Ini harus kamu teliti sebelum terjun dalam ruang menjalin hubungan.

Ada Maknyah setelah kecewa menjadi PAHIT dan tidak mahu bercinta lagi. Dia akan menjadi celibate atau meminta pertukaran wang sebagai ganjaran (ini bukan soal pekerja seks).

Ada Maknyah yang mudah jatuh cinta akibat kesan Vagina Changkat HRT. 

Ada yang terlalu mendesak sehingga pasangan potensi menjadi takut.

Harus ingat, kebanyakkan maknyah mahukan pasangan LELAKI STRAIGHT sebagai pasangan mereka. lelaki hetero dari kalangan orang Asia masih lagi berada di perinkat PENAKUT pada dunia cisgender mereka.

Seperti wanita cisgender, maknyah juga mudah terbeli dengan kata kata godaan dari pihak lelaki. Bukan semua, tetap terlalu ramai yang akan mudah cair. Penjualan kata kata itu akan menjurus pada kegiatan seks yang berulang ulang secara percuma dan tiba tiba jejaka akan hilang begitu sahaja.

Sebaiknya Maknyah lebih peka pada semua peringkat cinta.

"courting" "cloud 9" "internet love sensation" "sweet nothing phrases"

Pasangan yang baik adalah mereka yang 

1. menerima kamu seadanya

2. selesa bila bersama kamu

3. tidak ada rasa malu apabila perlu bergandingan

4. saling menyokong gerak hidup kamu yang positif.

5. boleh mempertahankan maruah kamu apabila di saat saat genting.

Jadi kamu tahu kenapa ramai Maknyah Asia memilih pasangan dari luar negara? Ada sifat sifat terpuji jejaka eropah yang lebih berterus terang. Jejaka eropah yang CELAKA juga ada, jangan lupa. Jejaka Asia yang terpuji juga masih wujud.

Dalam buku Maknyah terbitan Terfaktab Zine ada disebut hal hal kenapa ada lelaki yang sanggup bersama maknyah, tidak perlu terkejut ada lelaki yang hanya menyintai Transwoman seadanya. Ada juga hal hal yang tidak elok yang mebuatkan mereka memilih maknyah sebagai pasangan mereka. Hal hal subjektif seperti cinta, perasaan, perkongsian hidup ini juga tergantung nasib masing masing. Kalau cinta yang kamu cari, ketahuilah ramai maknyah yang BAHAGIA bersama pasangan mereka.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now