MAKNYAH BUAT MUKA

63 3 0
                                    


"Aiyo...macam ikan lohankan makayam?" Terkeluar kata dari maknyah muda yang ada bersama. Kuat pula bunyinya...

Aku cuma diam sambil menjegil mata pada dia, tapi dia berkata benar. Serba salah keadaan ini. Takut pula nanti jadi perang mulut. Lantas jadi teringat pada topik yang sudah ada dalam buku Maknyah Malaysia tentang facial feminization dan konsep hidup yang silap dikalangan maknyah di bawah topik PROGRAM SUNDAL CIPTAAN MAKNYAH MALAYSIA.

Merupakan segmen yang sensitif. Apa tidaknya, wajah adalah bahagian tubuh manusia yang dilihat dan dinilai suka ataupun tidak.

Sama seperti manusia lain, para Maknyah juga tertakluk pada nafsu. Semua kita bernafsu, cuma kawalan tahap haloba dan tergesa gesa kita itu yang akan meruntuhkan segalanya. Mahu bercakap banyak tentang urutan minor opt atau feminization penulis jadi takut, kerana sebagai maknyah penulis mungkin sudah mendakap konsep maknyah yang lain. Biasa biasa, redha dan menerima diri seadanya.

Ada saja godaan pada maknyah yang mahukan bibir Angelina jolos, pipi tinggi seperti para model tersohor dan rahang yang tajam (sharp features). Ada juga yang veteran yang tidak menjalani konsultasi pakar kecantikan. Dicucuknya berbotol botol silikon, dan ditarik graviti keesokkannya...wajah menjadi seperti anjing bull. Kita segan mahu berbicara akan hal ini. Hal yang sudah kita lihat di depan mata.

Sempat lagi mereka bertanya,"okay tak wajah i? i baru pump minggu lepas, ni tak surut lagi ni"

Apa jawapan yang mahu diberikan?

Sudah dibincangkan bagaimana mereka tidak tahu membezakan apa itu FILLER apa itu BOTOX.

Kesemua ini mungkin diakibatkan oleh HALA TUJU yang berbeza atau mereka mempunyai wang yang banyak. Kalau banyak wang, silakan mendapatkan konsultasi yang betul agar wajah tampil seperti manusia. Ada konsep konsep mudah sebenarnya apabila maknyah mahu memperbaiki wajah mereka agar tampil segar

1. Rutin jagaan wajah yang biasa biasa. mencuci, Toner dan moisterizer dengan jenama yang kamu percayai.

2. Filler yang berpada pada di kawasan kawasan perlu sahaja

3. Prostik hidung? tulang hidung tinggi diselaraskan dengan simeteri wajah agar tidak nampak pelik. Jangan lupa bunga hidung. Atau berselesa dengan hidung etnik kamu seadanya

4. Bibir dan pipi tinggi itu mungkin hanya trend, begitu juga tatoo kening. Kalau perlu sekalipun buatlah seadanya.

5. Rawatan gigi porcelin yang berpada pada untuk senyuman menawan, apa salahnya?

6. Buatlah sedikit kajian tentang proses FACIAL FEMINAZATION.

7. Pada yang veteran, kaji tentang tarikan Graviti yang tidak pernah berhenti menarik semua ke bawah. Mungkin proses TARIK itu harus didahulukan berbanding tusukan silicone di pipi dan dahi.

8. Sifat berpada pada juga dituntut dalam diri para Maknyah.

Memasuki era baru, alaf baru pelbagai teknik diperkenalkan untuk penjagaan wajah. Para wanita dan maknyah harus mengambil kira semua ini. Ada teknik teknik yang aggresif ada juga yang berbentuk lembut/mild. Pilihlah mana satu yang kamu selesa.

Semua manusia mahu kelihatan cantik. Tapi cantik tidak menjamin segala gala dengan mudah. Itu satu hakikat hidup yang harus kita telan. Pembedahan pembedahan minor juga ada kesan yang digelar PSA. 

PLASTIC SURGERY ADDICTION (PSA)

For most people, when they hear the word addiction they think of drugs and alcohol. Substance abuse are some of the most common dependencies, however addictions can manifest themselves in other ways. One very serious addiction that is often overlooked is plastic surgery addiction. Plastic surgery addiction falls into a category of addictions known as behavioral or process addictions. In a behavioral addiction, an individual is addicted to a specific behavior despite apparent negative consequences. 

Sering apabila kita berbicara tentang ketagihan kita akan terfikir tentang dadah dan minuman keras. Penyalahgunaan (abuse) adalah hal biasa kebergantungan, bagaimanapun ketagihan boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Salah satu ketagihan yang serius adalah Ketagih Pembedahan Plastik. Ketagih Pembedahan Plastik jatuh dalam kategori ketagihan yang berbentuk TINGKAH atau KETAGIHAN PADA PROSES. Ketagihan yang berbentuk TINGKAH adalah apabila individu mula ketagih pada tingkah tingkah tertentu walaupun ternyata ia ada akibat akibat yang negatif.


Unlike drug addicts who suffer from chemical addiction, plastic surgery addicts experience mental obsession to alter their bodies and faces. Typically this comes from underlying insecurities and desires to look a certain way, to fit their personal ideal of beauty. Most people who undergo plastic surgery procedures do not have the same obsession that some who is considered addicted to surgically modifying their body. Typically, people can have just one surgery and be satisfied.   

tidak seperti penagih dadah yang melibatkan kimia, ketagih pembedahan plastik akan mengalami obsesi mental untuk mengubah badan dan wajah. Biasanya hadir dari rasa tidak selamat dalaman dan keinginan untuk kelihatan seperti apa yang dibayangkan, untuk memenuhi gambara ideal mereka tentang cantik. Kebanyakan mereka yang menjalani pembedahan tidak akan mengalami obsesi berbanding mereka yang mengidap obsesi pembedahan plastik yang dianggap ketagih untuk membedah dan mengubahsuai badan dan wajah mereka. Selalunya, manusia waras akan melakukan satu pembedahan dan berpuas hati.

LAMBANG GHAIRAH

1. sering berbicara tentang manusia manusia cantik dalam majalah. Kagum pada bintang bintang jelita. Pujian yang keterlaluan sehingga jadi kagum mahu beridola.

2. ada saja informasi baru dari negara negara luar (jepun korea atau thailand) yang akan mereka kongsi dengan kamu.

3. sanggup berhabisan dan menggumpulkan wang atau berkorban wang yang terkumpul untuk hal kecantikan eskterim.

4. kerap membelek cermin. sehari mungkin lebih dari berpuluh puluh kali dan berusaha melihat dari pelbagai dimesi. (bukan hadapan sahaja). Kerap mengambil gambar dari sisi depan, belakang, kiri dan kanan juga atas. Dilakukan dengan perasaan yang tidak puas.

5. teruja dan pertandingan ratu cantik menjadi penting. (siapa yang tidak suka melihat ratu cantik?). Pertandingan tersebut menjadi agenda penting, serius dan kedekatan pada sebarang, dihafal nama perserta dan tahun (walaupun dia tidak terlibat dalam pertandingan). 

KONSEP CANTIK

apa dia? Penulis tidak mahu membebel tentang apa yang harus maknyah buat demi mendapatkan konsep cantik sebenarnya. TIDAK ADIL. Lain orang lain pandangannya. Namun begitu ada hal hal bijak manusia boleh kamu terapkan di dalam hal yang satu ini.

1. mendakap diri dan kemahuan pada ilmu

2. menerima diri seadanya

3. manusia itu dari pelbagai suku, bangsa, agama dan etniknya

4. pemahaman tentang variasi penduduk dunia.

5. Tahap kesihatan bagaimana dimahukan sewaktu menjalani hidup.


Kalau punya wang yang banyak sekalipun, berikan diri hal hal penjagaan diri yang terbaik. Pemakanan bagus, vitamin, jagaan fizikal dan kesihatan yang baik.

CERIA SELALU.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now