VISIBILITI

84 1 0
                                    



STAYING VISIBLE AS A TRANSWOMAN IN MALAYSIA

Selain dari mahu dihargai dan diiktiraf, adalah menjadi sifat azali manusia untuk merasa selesa apabila berada di khalayak ramai. Hala tuju manusia sememangnya begitu, mereka berusaha dengan sedaya mampu untuk tidak diperlekehkan. Bagaimana dengan Maknyah dalam segmen 'kewujudan' 'keberadaan' atau 'keterlihatan' (visibility). Dalam penulisan ini perkataan Visibiliti akan diguna pakai.

Di sini kita tidak mahu berbincang tentang penerimaan, seperti ungkapan biasa oleh para cisgender, "oh jangan risau, aku menerima kamu seadanya" atau keluhan Maknyah, "di sini mereka tak boleh accept orang macam kami". TERIMA itu masih kekal sebagai kata kata yang BESAR dan dalam maknanya. Penulis sering menekankan frasa kata TOLERANSI. Itu sudah memadai untuk kaum Maknyah manakala ayat PENERIMAAN itu adalah satu tingkah peribadi manusia (dia ada hak untuk menolak atau menerima)

Cisgender sesama mereka sendiri ada keterlibatan penolakkan akibat kefahaman agama, politik dan cara hidup.

Bagaimana Maknyah mencapai visibiliti?

1. Bertanya pada diri apakah pentingnya visibiliti pada diri sendiri.

2. Membaca kemahuan asas masyarakat terhadap sekeliling mereka. Bantuan, Moral, Budaya dan tahap toleransi mereka.

3. Menyediakan perkhidmatan yang tidak mungkin akan dapat mereka capai. Contohnya: Khidmat pendidikan, busana, solekan, masakan atau apa sahaja yang dimahukan oleh masyarakat. Kamu harus bijak membaca mereka.

4. Sebelum tampil harus ada keberanian dan keyakinan. Tahap 'self protection' pertahanan diri yang munasabah, supaya tidak meragukan masyarakat yang sudah sedia keliru.

5. Ikhlas dalam erti kata situasi menang menang 'win win'

6. Tidak terhegeh hegeh mahu menjual nilai hidup kamu sebagai Transwoman/Maknyah kepada semua orang.

7. Penggunaan bahasa yang baik supaya tahap komunikasi menjadi jelas, menyakinkan dan difahami

8. Bijak untuk menolak sekiranya ada unsur unsur yang boleh memBADUTkan kehidupan dan bentuk seksualiti kamu sebagai Maknyah.

9. Sangguh menerima kiritikan dengan tenang dari mereka yang kurang faham tentang budaya Maknyah dan sanggup juga memberikan penerangan yang berbentuk advokasi ringkas.

10. Berusaha dan terus berusaha untuk hidup saling menyaling dan membentuk satu pemahaman bahawa semua manusia adalah baik, hanya salah faham itu yang membuat setiap kita tampil jengkel di mata masing masing.

Apakah yang penting sangat visibiliti?

Kamu boleh sahaja memilih untuk hidup dalam komuniti kamu yang kecil tanpa berhubung dengan masyarakat luar. Kamu mampu? Sila tanya diri sendiri secara jujur dan ikhlas.

Ramai di kalangan Maknyah hanya hidup dalam kumpulan mereka sahaja, terpisah dari dunia luar. Fenomena zaman 80an ini tidak harus belaku lagi. Maknyah hanya keluar malam untuk berhibur dan menjaja diri. Berkumpul sesama mereka sahaja setelah lari dari lingkungan keluarga dan masyarakat setempat yang menghimpit. Sekali sekala apabila dituntut untuk bercampur dengan orangramai mereka menjadi canggung, apabila canggung penampilan diri akan kelihatan tidak normal dan akhirnya terus bertekad untuk tidak mahu menyertai kelompok orang orang biasa lagi.

Apabila sudah menyertai masyarakat tidak kira sewaktu bekerja, bersosial atau untuk hal hal lain, akan ada pelbagai dugaan lain lagi yang harus dihadapi. Ditangani dengan penuh bijaksana. Telinga yang dilatih untuk tidak menjadi terlalu permarah atau sensitif. Kerana seksualiti kita akan sentiasa ditertawakan, dipertikaikan dan menjadi bahan perbualan. Ambil peluang untuk memberi contoh terbaik, memberi advokasi dan tentunya membuktikan bahawa kamu manusia yang berguna kejadiannya.

Visibiliti akan membuatkan kamu merasa puas mengenai pertumbuhan dan perkembangan kamu sebagai manusia. Kamu wujud dan kamu sama seperti orang lain tanpa mengira jantina, kehadiran kamu secara tidak langsung mengarah pada hal hal HORMAT MANUSIA.

Manusia perlu merasa bahawa kehadirannya itu dihargai, itu adalah satu hal yang sangat pasti!


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now