SEXUALITY AS A BRANDING MODE

63 4 1
                                    


Segalanya bermula dengan #nasilemakpondan dan kini menyusul pula nasi lemak GAY.

Kelmarin 28/3/2017 saya perhatikan bual bicara di ruangan Transwoman Malaysia. Pemilik usaha niaga nasi lemak pondan memberi penerangan kenapa dia memilih nama tersebut. Disertakan sebab sebabnya:

1. Masyarakat tetap memanggil kita pondan walau apa sekalipun

2. Dia mahu mereka tahu bahawa pondan bukan kerjanya menyundal

3. Dia merasakan komuniti sedang marah padanya.

4. Dia terpanggil untuk memberi penerangan.

PENTING: Usaha meniaga beliau tetap disokong dan dipuji. Mereka yang tidak bersetuju dengan terma PONDAN berterusan menyatakan hal yang sama. Usaha beliau adalah sesuatu yang murni. Tidak dinafikan oleh semua ahli komuniti Mak Nyah di Malaysia.

Maka berdebatlah para maknyah di sana sehingga lewat malam. Ada yang menyokong dan ada yang memberikan sebab sebab mereka. Penulis juga dengan penuh hemat memberikan saranan kenapa tidak digunakan sahaja #NASILEMAKTRANSNITA 

Dalam menilai perbalahan tersebut boleh dibaca kekeliruan komuniti. Ada yang mengatakan bahawa dia adalah shemale buat apapun tetap shemale. Dia penuh yakin mengatakan PONDAN adalah diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelas sekali dia tidak tahu bahawa TERMA sudah lama diperjuangkan oleh komuniti. Di seluruh Asia terma terma kasar seperti Kathoey, Baklak, Okhama, Bapok, Pondan dan Bencong sudah diusahakan untuk digantikan dengan terma yang lebih MOLEK.

Sewaktu memberi penerangan berulang kali terpaksa dinyatakan bahawa: kita sangat menyokong kegiatan NIAGA dan USAHA murni si rambut merah jelita. Dua tiga yang bersifat Radikal terus menyerang dengan 'common sense' mereka. Seolah olah mereka tidak belajar apa itu SOGIE dan apa itu hak asasi manusia. Ada juga unsur unsur mahu CONFORM pada kemahunan cisgender.

Berikut adalah petikan perbualan (terlalu panjang tidak diedit),merupakan perbualan untuk gambaran mentaliti masing masing sewaktu berdebat secara online. Intial mereka dirahsiakan.

 FK: Gunalah perkataan pondan ke, maknyah ke, bapok ke... ia x mengubah persepsi masyarakat pd kite.
Yg mengubah persepsi masyarakat pada kite adlh kerjaya dan keupayaan utk menunjukkan golongan kite blh berdikari. Itu lebih penting.
Maaf la nyer... semua sedia maklum, apabila kite memilih utk menjadi golongan sedemikian.. kite seharusnya kebal dengan apa jua gelaran yg org bg pada kite.
Sy x bela sesiapa, tapi sy tidak nampak apa yg Jojie buat satu kesalahan...
Banyk lagi issue yg lbh besar patut diperjuangkan... sbg contoh, issue kesihatan yg melibat insurance illnes covered, kewujudan tabung utk bantu golongan mcm ni yg daif dan memerlukan, bengkel2 yg blh mengasah skill , bengkel marketing utk golongan kite yg bisnes kecil-kecilan.
Ini sibuk kite bertelagah pasal penggunaan perkataan...
apo?...
Tak tahan kena keji dgn panggilan bapok, pondan, maknyah atau sebagainya... pegi jd jantan balik.
Pilihan di tangan masing2.....korg nk cakap atas komen sy ni... terpulang... telinga fya kebal.. k. byee.  

 wwz: One of the reason that i limit myself from even associating myself with the community.... cakap berkobar kobar lantas terus menuduh rakan rakan komuniti dengki dan mengata tanpa ada rasa tanggungjawab bersama didalam memberi penerangan yg mampat dan fakta kepada golongan cisgender. Cakap seolah olah... kalau apa apa jadi... pejuang pejuang komuniti TW tak diperlukan.... saya mmg benci perkataan PONDAN itu... fobia.. trauma... smua ada... dan sedih bila ada yg sanggup mnggunakannya atas nama perniagaan dan tanpa rasa perlu untuk membetulkan persepsi. Allahuakbar.... for once... can we please not be selfish....  

 ZAR: Depa tak peduli aih. .yang buat kerja advokasi tu bukan depa.. yang depa tau depa famous dan glamer dan nasi lemak dia laku.. lantak lah dengan kerja advokasi yang diusahakan selama ni. .itulah sifat selfish manusia yang tidak sensitif langsung terhadap kerja advokasi yang telah banyak berusaha dan berkorban demi masa depan transwoman Malaysia.. kita pun cubalah sedaya upaya untuk mengubah mindset dia yang tak peduli dan tak sensitif terhadap perjuangan maknyah Malaysialah. .there is a saying that can be use for this. ."u can bring the horse to the water but u cannot make the horse drink the water if it dont want to "

 AA: Dalam kamus dewan bahasa istilah maknyah tidak wujud.yg wujud ialah pondan dlm erti kta lain lelaki berpewatakan dan berpenampilan wanita......memang pondan tu mcm kasar....tp klo di sekolh rendah budak2 akn teruja dgn kta pondan berbanding maknyah.....bg saya x der beza ....sama jer.....klo itu satu jenama yg bole memberi rezeki ....itu hak masing2....tp persespi org dan tanggapan berbeda....kite hidup sekelompok dan perlukn sikap nilai murni yg dan sahsiah yg baek.kite kn bersangka baik
Fikir yg baik2

Kite kn nk hidup tenang.....x der sengketa....jiwa tenang......yg ptg u cr rezeki yg halal......semoga dimurahkan rezeki....jd diri sendri dr jd seorang yg hipokrit............  

SG: Vote for nasi lemak Maknyah...not pondan...sbb rasa nyaring sgt ditelinga kalau panggil pondan....kite kecik kecik pun sanggup gaduh ngan org sekeliling kalau dipanggil pondan......just my opinion....saya tidak setuju terma pondan itu digunapakai....  

KESIMPULAN:

Segala kerja advokasi adalah sia sia. Komuniti tidak tahu bahawa sudah bertahun tahun pihak NGO melobi penerbitan, editor dan wartawan tentang penggunaan terma tersebut adalah tidak TEPAT.

PONDAN - SAMA SAHAJA SEPERTI MEMANGGIL KAUM WANITA ITU "BETINA" ianya adalah Transvestite atau Crossdresser dan bukan Maknyah/Transwoman/Transnita.

Perjuangan masing masing mungkin tidak sama. Ada yang terlalu keliru sehingga sanggup menggunakan ayat penyedap seperti: Apa pun kau buat kau tetap Pondan. Just be yourself. Pondan tetap pondan.

Kita faham bahawa manusia itu pelbagai rentak kemahuannya. Sayangnya RESAH adik adik hanyalah apabila ada tangkapan dan dibawa ke mahkamah. Yang lain mereka tidak peduli. SELFISH sebenarnya. Sedih juga membaca komentar tentang nasi lemak dan tentang penerangan HRT yang diusahakan. JAHAT sebenarnya sifat sesetengah adik adik. 

Rasanyalah sesetengah merka mungkin yang hanya menikmati fizikal  sebagai Transwoman sahaja kerana mudah dapat jantan sampai tak tau nak membezakan transvestite, shemale dan transwoman. Penulis merasakan itu adalah parah  begitu juga dengna mereka yang bermain selamat habis habisan dalam menjalani kehidupan sebagai TRANWOMAN/MAK NYAH.

Penulis tetap mendoakan perniagaan tersebut berjaya. Ianya adalah satu kebanggaan sebenarnya pada komuniti. Dia juga harus ingat bahawa ada ramai lagi kaum Transwoman yang sudah maju ke depan TANPA menggunakan Seksualiti sebagai BRANDING. Dia tidak perlu terlalu ghairah sangat berbicara tentang branding selagi produk keluarannya (dalam kes ini harus sedap). 

Ada juga yang berpesan bahawa hal hal Tular Branding ini kuasanya tidak lama, di hujung hari ada hal hal yang lebih padu dituntut dalam Perniagaan.

Sewaktu mencurahkan pendapat di dinding tersebut kita juga dapat melihat TAHAP mentaliti mereka dan cara mereka menanggapi dunia. Ada unsur keliru, kecewa, bermain selamat, neutral, tidak peduli dan ianya adalah fenomena yang TIDAK SIHAT di kalangan komuniti. Ada yang lantang tanpa isi dan ada juga yang menolak habis habisan terma PONDAN.

Tular menular hanyalah satu trend yang akhirnya akan memakan diri, tidak juga sihat untuk sebarang kegiatan PEMASARAN serta mempunyai impak yang sangat negatif.

Perbincangan ini sangat MENYEDIHKAN sebenarnya. Sila kaji kembali tajuk SOGIE dan dalami isi kandungannya.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now