BILA MAKNYAH DIPINANG

76 2 0
                                    


Ada implikasinya dalam masyarakat 80an sewaktu saya remaja. Bukanlah saya yang dipinang, saya kekal sebagai gadis hitam yang lincah jadi tidak ada orang yang berkenan. 

Antara sebab sebab Maknyah dipinang

1. Maknyah tersebut jenis yang tidak pecah lubang

2. Jiran baru yang hadir dan tidak kenal pada struktur masyarakat setempat 

3. Berkenan apabila dilihat sekali imbas.

4 orang teman penulis yang hidup seperti wanita biasa menceritakan kisah lucu mereka yang kalau didengar hari ini akan menjadi bahan ketawa cerca manusia.

Maknyah A telah dipinang oleh sepupu sendiri yang berpindah dari Singapura ke Bukit Mertajam, Maknyah A darai sejak lahir hidup seperti perempuan dan tidak menyambung persekolahannya, penulis percaya bukanlah sebab hal hal akademik, dia mungkin tidak bersekolah kerana kisah kisah buli yang tidak mampu ditanggung lagi. Penolakan dilakukan secara terus terang oleh ibu si maknyah dan tentunya ia adalah kisah lucu di kampung.

Maknyah B telah dipinang oleh Jiran apabila anaknya yang berkerjaya sebagai askar pulang bercuti dan merasa berkenan melihat maknyah B yang kerap mengguruskan laman rumahnya.

Maknyah C dan Maknyah D juga di pinang secara diam diam apabila mereka pulang bercuti (dua dua bekerja di Kuala Lumpur). Putih gebu, rambut ikal dan juga jenis yang berpakaian biasa biasa.

Memasuki tahun 2000 semakin rumitlah akan jadinya. Ramai maknyah PONDUNG mungkin akan dipinang oleh mereka yang tidak tahu.

Para maknyah masih telus apabila berbicara tentang seksualiti mereka, menganggap itu sebagai satu jenaka semasa hidup sahaja. Mereka menghormati undang undang negara dan tidak mahu terlibat dalam hal hal FRAUD. (menipu pasangan). 

Ada juga terjadi kes kes menipu suami (ketika malaysia masih memberikan kad pengenalan wanita pada maknyah yang telah SRS).

Apa pendapat kamu tentang hal ini? Penulis tidak dapat memberikan apa apa pendapat kerana takut dikatakan bias.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now