KAUNSELING UNTUK TRANSGENDER M TO F (male to female)

101 2 0
                                    


KAUNSELING UNTUK TRANSGENDER M TO F (male to female)

Melibatkan banyak hal hal yang rigid dan hanya boleh dilakukan oleh pakar psikoloji bertauliah. Kaunseling adalah berbeza dari nasihat teman teman untuk hal hal yang remeh. Harus ingat tahap kekuatan manusia menangani masalah kemanusian dan seksualiti mereka itu berbeza beza. Tidak semua sama seperti yang kita fikirkan.

Ada ketikanya kita memerlukan pakar psikateri yang boleh memberi preskripsi ubat ubatan.

Proses kaunseling adalah berperingkat peringkat dan harus ditangani oleh mereka yang LAYAK sahaja, sekiranya ia melibatkan tekanan pada jiwa dan raga manusia. Saranan tindakan juga tidak boleh dilakukan oleh orang sembarangan. Ianya adalah merbahaya.

Berpandukan pada pemahaman SOGIE yang padu, juru kaunseling akan menilai

1. Latar belakang klien

2. Sejarah trangenderism awal dan terkini klien

3. Terus terang klien mengenai perasaannya dalam dua bahagian watak jantina binari yang sudah dilalui.

4. Bantuan Mengkategorikan klien samada dia Shemale, Crossdresser atau Gay Lembik.

5. Melihat tahap mahu klien untuk mengubah fizikal dan cara hidup sebagai Transwoman.

6. Pantauan HRT klien adalah penting. Disemak juga adakah dia mengalami sindrom Vagina Changkat secara berpanjangan.

7. Pengaruh persekitaran. Melihat jantina teman teman klien. Adakah mereka cisgender atau transgender semata mata.

8. Dinilaikan juga tahap tarikan klien pada dunia hiburan seperti Ratu, Persembahan atau hal hal yang menyeronokkan.

9. Bentuk perilaku aktiviti seks klien juga akan diambil kira.

10. Kepentingan CLIMAX/kemuncak seksual klien juga akan ditanya secara terus terang, bagi menilai samada tekanan berpunca dari tidak puas seks atau mahu seks semata mata dalam menjalani hidup sebagai TS.

Jangan terkejut kalau ada lagi soalan soalan remeh temeh tentang gerak hidup Transwoman disoal selidik. Pokoknya pakar psikoloji yang baik akan membantu kamu untuk membantu diri sendiri, tanpa sebarang pengaruh.

Soalan soalan besar dan kecil itu akan membantu kamu mencari jalan penyelesaian hidup.

Selalunya pengaruh dan tekanan dalam hidup itu adalah diakibatkan oleh sumbangan dari institusi keluarga, rupa paras (FIZIKAL), teman teman, tempat kerja, masyarakat dan ajaran agama. Rasa bersalah di kalangan manusia adalah normal, tanpa mengira jantina.

Harus ingat....

1. ada manusia yang telus dalam menjalani kehidupan mereka

Segalanya bergantung pada kekuatan individu Ts tersebut.

2. ada manusia yang memakai topeng bahagia seumur hidup hingga ke liang lahat.

3. ada manusia yang berkebolehan untuk merentasi apa saja dengan cara tersendiri.

4. ada manusia yang lemah dan harus diberi bimbingan dari waktu ke waktu akibat tahap kognitif mereka.

5. ada manusia yang hidupnya bergantung pada KETUA dan Pembimbing dalam banyak acara hidup.

Tanpa sebarang bimbingan khusus, ramai Ts menjalani kehidupan secara berani, ada yang mencari ilmu kehidupan dengan banyak membaca dan melihat kejadian kejadian hidup secara berperingkat peringkat. Ramai yang menjalani proses Trial and Error. Di satu peringkat ramai yang akan terjaga dan berfikir, "aku salah rupanya, aku fikir hidup maknyah semuanya sama sahaja...sekarang baru aku tahu ada variasi, sama seperti cisgender yang juga berbeza sesama mereka"

Hasil kematangan manusia sebenarnya sama juga dengan kesan HRT dan YMMV

*Penulis tidak pasti samada kita mempunyai pusat kaunseling seperti yang disebutkan di atas di negara Malaysia. Manusia masing masing menuju pada KESEJAHTERAAN HIDUP.

WELL BEING IS THE KEY POINT HERE.

Counseling Psychology is a specialty within professional psychology that maintains a focus on facilitating personal and interpersonal functioning across the life span. The specialty pays particular attention to emotional, social, vocational, educational, health-related, developmental, and organizational concerns.

Regina Ibrahim

Artis Holistik

Pulau Pinang.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now