KEBERGANTUNGAN MAKNYAH

50 2 0
                                    


Bergantung? Depending? Hopeless? -- itu bukan manusia alaf baru. Sama seperti wanita cis yang sudah menuju ke depan, melangkah pasti dan berusaha keras dalam hidup, kamu juga tidak seharusnya lengai lengai lagi.

Dalam bab bab awal kita sudah berbicara tentang KELUAR DARI KONSEP, PERHUBUNGAN, ERTI CANTIK dan JATI DIRI.

Bagaimana mahu keluar dari semua itu? Kebergantungan yang tidak masuk akal? Tidak ada cara lain, selain dari menjadi lebih BERANI dan realistik tentang jantina kamu sebagai Transwoman. Ingat, Transwoman harus lebih kental daripada yang lain.

Apa dia kebergantungan maknyah? I rasa i okay jer selama ini.

1. Ekonomi - adakah kamu sudah menjana pendapatan sendiri? Tidak ada lagi ehsan dari orangtua atau sesiapa? Ini penting demi kebebasan kamu untuk bergerak tanpa ada hadangan dari suara suara yang mahu menguasai kamu. Duit sendiri kita akan lega berbelanja.

2. Kekasih (jantan/lelaki/Suami) - kamu tidak boleh hidup tanpa ada satu lagi jasad yang kamu anggap kekasih? Perhatikan adakah dia menyumbang secara emosi dan fizikal dalam perhubungan. Adakah kamu terpaksa menelan semua hanya kerana kamu takut sepi? Pengorbanan apa kalau sudah menyusahkan hidup kamu.

3. Institusi keluarga asas - apa betul mereka bangga dengan kamu? Adakah mereka sentiasa menghina kamu? Tekanan dan rasa tidak bahagia kamu adakah sebahagian besar datang dari mereka yang takutkan NERAKA? Adakah kamu dimasukkan sekali dalam aturcara keluarga? Adakah mereka menetapkan syarat syarat pada kamu (to behave) dalam banyak waktu? Keluar secepat mungkin kalau kamu mampu. Merka pasti lebih bahagia daripada menerakakan kamu setiap waktu...bukan?

4. Adakah kamu terlalu bergantung pada KAWAN/KUMPULAN? kerana tidak mampu untuk bergerak sendiri kamu lebih selesa keluar bersama teman teman. Hingga jadi pergaduhan kerana tidak sama haluan, mereka tidak datang, mereka mungkir janji dan lain lain lagi? Hentikan cepat cepat dan belajar untuk beraktiviti secara SOLO. Ingat SOLO dan menarik akan membuahkan jodoh yang cepat. 

5. Bergantung kemahiran orang lain?? Apa ini? Bermula dari bersolek, memilih busana, membeli belah barangan wanita kamu bergantung pada orang? Bergantung pada pendapat orang? Menadah muka pada orang untuk bersolek? Secara umumnya menanti iktiraf orang pada sebarang pilihan? Hentikan cepat. Belajar pelan pelan dengan teliti kemahiran kemahiran menjadi Transwoman. Bersolek, memasak, memilih busana yang sesuai bentuk badan. Mereka pasti akan membantu, tapi bukan untuk menjadi BUTLER kamu seumur hidup.

6. Bergantung pada Pil pil kimia dan suntikan seumur hidup? Tidak mungkin. HRT sudah dibicangkan. Pastikan kamu ada alternatif alternatif yang semakin hari semakin membaik. Tanya dan kaji selidik. Harus tidak ada lagi rasa malu malu mencari konsultasi apabila memasuki arena HRT.

7. Bergantung pada PADDING PUNGGUNG juga adalah menganggu. Belajar hidup tanpa padding supaya lebih selesa. Belajar menerima bahawa wanita cis juga ada yang boy's cut. Atau simpan duit untuk suntikan pinggul yang menawan, sekiranya itu yang kamu fikirkan penting demi jati diri kamu. Lain orang lain mahunya. Padding Punggung dan padding dada sebenarnya secara pisikoloji ada kesannya.

Ke semua di atas hanyalah sebahagian pengalaman para Maknyah apabila kita bercakap tentang kebergantungan yang merugikan, tidak pulang modal. Sama seperti manusia lain, dakapan diri seharusnya lebih erat apabila kita meningkat dewasa. Konsep bintang dan ratu seolah olah menjadi sinonim dengan para Maknyah. Pelik dan tidak masuk akal sebenarnya. Sama seperti wanita cis yang lain, mereka hadir dalam pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Transwoman juga sama sahaja....

Kita sering berbicara tentang menjadi KUAT. Kuat apa?? Kuat dari segi mental, emosi dan fizikal pastinya. Ini akan membentuk suatu keyakinan. Menjadi perempuan dalam rangka lelaki sudah tentu menjadikan kamu berbeza dari wanita cis atau transwoman yang berhempas pulas membaik pulih tubuh badan dan rupa paras mereka. Adakah kamu mahu ikut serta??? Adakah kamu rasa berbaloi menyertai perlumbaan ini? Adakah Perkahwinan Bahagia menanti kamu selepas diri kamu MELETOP???

Terbaik adalah keseimbangan. Tidak lebih tidak kurang. Tidak masin tidak terlalu manis bukan?

Apa dia sebenarnya??? Fikir fikirkan. Mahu tamak? Mahu Redha? Mahu terus membelai diri? Mahu membeli segala kebergantungan? atau mahu terus hidup selesa????

Pernahkah kamu tanya, siapa yang mereka cipta KONSEP KONSEP gila itu semua? Kamu masih mahu bergantung pada itu semua????

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now