LAWAK PONDAN

167 3 3
                                    


OMG...Ya Tuhan... Ya Karim...Ya Ampun....

Sudah berakar umbi dalam masyarakat sejak zaman berzaman. Apa tidaknya itu jalan mudah. Keluar saja si tuan punya tubuh berpakaian wanita, yakni Lelaki satu dewan akan tertawa mengilai gilai. Lucu...jalan mudah, suara digarau garaukan sedikit...baju dibadut badutkan sedikit, melihat sahaja ianya jadi lucu. Terlupa sebentar bahawa diri juga adalah bapok jadian, gayboy sorok sorok, ada adik maknyah di rumah atau ada anak pondan yang baru berusia 12 tahun di rumah. 

Astro? apa mereka peduli, mereka mahu rating tinggi buat menjana iklan.

Jenaka yang tidak ada citarasa ini kerap diulangi di seluruh Asia. Dalam program program murahan untuk orang kampung.  Sejak zaman boria lagi...disumbatnya buah oren ke baju dalam. Bila tunduk buah oren akan jatuh...penonton tertawa, pelakon rasa bahagia.

Memasuki alaf baru, dengan lajunya perkongsian di Media Sosial ianya menjadi semakin hebat. Ada ramai yang mahu menari publisiti murah. Maka terbitlah video video pendek yang kononnya lucu... Penulis menilai semua itu. Melihat sejauh mana nilai seni mereka apabila sudah berpakaian wanita. Ada juga video video dari maknyah betul yang memaparkan khayalan mereka, video yang tidak behujung pangkal ini apabila ditegur akan mendapat jawapan: "Alah mak saja suka suka nok...boring tak tau nak buat apa"

Penulis ada waktunya merasa bersalah kerana berfikiran begini. Terasa ketinggalan zaman kerana tidak suka pada jenaka jenaka murah sebegitu.

1. Video rakaman pondan tua yang sudah kelihatan seperti nazak bernyanyi nyanyi

2. Video pondan beraksi lucah tanpa hala tujuan. (mungkin memancing pelanggan)

3. Dubsmash yang memalukan kaum Maknyah oleh maknyah sendiri.

4. Video video kemarahan dengan bahasa yang tunggang langgang.

5. Paling sedih cisgender lelaki berpakaian wanita untuk memancing penonton.

Bagaimanapun penulis harus ingat itu mungkin ekspresi Alaf Baru? atau Penulis sudah tertinggal zaman?

Kaum Maknyah sememangnya berbakat, bakat mereka itu seharusnya digilap dengan penuh tanggungjawab oleh teman teman atau pengurus terdekat. Video panduan bersoleh, memasak, berfalsafah, kraftangan atau apa saja. Lakukanlah dengan penuh citarasa.

Pelawak cari makan Cisgenders, mereka tidak tahu semua ini. Mereka peduli apa dengan maruah kamu sebagai Maknyah. Dalam kehidupan mereka yang mendatar itu, mereka tercari cari apa elemen yang lucu. Ternyata, bahasa (lingua franca) bapok akan mereka pilih, mereka juga akan merasa berguna apabila lawak jenaka mereka yang berpakaian perempuan itu ditamatkan dengan nasihat tentang moral dan penilaiannya...

Berbeza dengan jenaka jenaka bijak pakai perempuan dari luar negara. Watak itu dipositifkan menjadi jenaka dan tidak dibodoh bodohkan. Sila cari di You Tube 2 pelakon dari England yang bersilih ganti memakai busana wanita. Mereka selang seli sifat untuk mempamirkan teknik lakonan depan kamera dengan hebat.

Cisgender yang  lurus bendul mungkin tidak faham bila dikatakan lawak pakai perempuan adalah satu penghinaan. Maknyah otak cetek juga tidak akan mengerti.

Maka maknyah sendiri akan berkongsi cuplikan video video manusia berpakaian perempuan yang melakukan aksi aksi memalukan baik dari negara sendiri atau dari negara seberang. Kagum mereka melihat aksi Pola Siam...terjelir jelir lidah..seronok mereka melihat Maknyah Rose dengan suara garau cuba memikat salleh yaacob, seronok anak anak ayam di bekalang video maknyah tua sedang memalukan diri untuk tatapan masyarakat umum. Penulis mungkin silap kerana tidak suka pada ini semua.

Ini belum lagi video Darai Tua Pakai Jantan yang konon kononnya ramai peminat kerana leterannya. Apa agaknya imej dan budaya yang mahu dia tonjolkan pada umum? mula mula orang suka lama lama orang jadi meluat.

Penulis mungkin mahu menjual nilai di sini, kerana ada satu perasaan marah setiapkali melihat video video jenaka pondan yang dibuat sambil lewa. Kamu mungkin menganggap 'sense of humor' adalah tipis. Ingin ditekankan bahawa kita sudah masuk zaman baru. Video video viral pondan pekerja seks bergaduh? kamu fikir bagus? Video video lucah terbaring dengan fizikal tak seberapa itu untuk menggoda siapa??

Buat jangan tak buat...bersikap positif sedikit sayang. Lihat bagaimana Kak Gea dari singapura berceloteh tanpa merendahkan dirinya. Lihat kak putih memasak dan berkongsi masakan sedap sedap mudah dalam videonya...dan banyak lagi video berinformasi dari para Maknyah yang sangat classy dari luar negara. Mereka bercakap soal transisi, masalah menyelinap dalam masyarakat, berkongsi teknik teknik hidup...

Berbondong bondong manusia akan pura pura menyukai kamu sayang... kamu pun merasa bahagia dan popular seperti artis. Impaknya apa??? Komuniti, di hujung cerita para maknyah tegar akan di samakan dengan pelakon video gayboy yang tidak mengaku dirinya gay? Gayboy gemok bermisai yang terasa diri lucu bila ramai LIKE video dia?  

Kalau teringin sangat mahu membuat Vblog atau apa apa saja untuk tatapan UMUM, cuba duduk berbincang dengan tukang urus kamu. Fikir dalam dalam apa impak video atau perkongsian kamu dengan UMUM. Buang buanglah sedikit sifat pondah marah atau agresif untuk diri sendiri. 

Be nice and at the same time funny.

Video video murahan sebaiknya JANGANLAH!


P.S: Pondan nok...dorang apa kira, hidup dorang memang macam tu. Geli aku tengok. Bila aku boring boring aku bukalah video dorang...muka macam jantan. nampak tau misai dier.

Mak peduli apa 3000 likes nok...kau ado?

alah suka suka jer makayam....happy happy.....

Best nok..dubsmah Maria Mariana... (at the end kita termanggu apa dia tujuan video itu?)

mana? mana BOBO yang miming lagu Sayang tu?? mana? fames ker???

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now