MAKNYAH VS FEMINZATION

139 2 0
                                    


FEMINIZATION - Proses untuk menjadikan wajah dan bahagian bahagian badan lain agar tampil hampir seperti wanita cis. Semudah HRT, pembedahan kecil dan pembedahan major.

Impian tegar para maknyah adalah untuk tampil hampir berfizikal seperti wanita cisgender, merupakan hal yang tidak asing lagi. Tidak seperti Shemale yang mahukan imej yang agak ke depan ULTRA FEMININE. (kita sudah bincangkan hal tersebut dalam bab yang lepas).

Menyimpan rambut panjang, menelan pil hormon, menjaga kulit dan penampilan antara hal hal awal yang kita lakukan. Seperti adat asas manusia para tw ada waktunya tidak puas dan mahu lebih dari itu. Juga merupakan nafsu normal manusia.

Ada tw yang tidak kisah pada hal hal fizikal seperti ini. Ada yang tertekan apabila mereka tidak selesa dengan fizikal sedia ada mereka. Ada yang berhempas pulas mahu lebih dari apa yang mereka mampu, termasuk mahu kelihatan seperti idola cantik mereka (selalunya artis, model, bintang hollywood atau bintang tempatan).

Selaras dengan arus moden dan teknoloji, segala kemudahan facial and body feminization tersedia di pasaran. Tw hanya perlu cukup dana sahaja. Hal ini sudah dibincangkan dalam buku Maknyah terbitan terfaktab fine.

Teknoloji teknoloji baru yang diperkenalkan sudah tentu mahal dan para tw mencari alternatif murah dan mudah dari negara jiran. Risiko kesihatan dan kesesalan juga pasti ikut serta, selain daripada rasa puas mendapatkan bentuk wajah dan sebarang baik pulih yang dimahukan. Dalam kekalutan para Tw mencari cara terbaik, ada juga dikalangan para Tw yang tersilap langkah kerana menurut hati atau menurut kata kawan kawan sealiran.

Kamu pernah melihat dua tiga para waria Indonesia 90an yang berwajah pam yang sama? Bayangkan wajah maknyah veteran pam yang ditarik oleh graviti.  Pernah bertemu dengan tw yang mahu mendapatkan rawatan kerana hidung mereka berlubang akibat infeksi silicon? Penemuan ini akan membuatkan kita insaf sebenarnya. Dari itu kita perlukan KONSULTASI dari pakar sebenarnya.

Namun begitu ada para Tw yang bijak dalam merangka proses feminzation mereka. Dilakukan satu persatu dengan cermat sehingga mereka kelihatan jelita secara asli. Proses proses Rhinoplasty, prostik dagu, pembulatan dahi sacara tarik garis rambut atau secara suntikan silikon.

Para maknyah yang secara semulajadi dari genetik yang baik, tidak diambil kira dalam perbincangan ini begitu juga para maknyah yang sudah mampu mendakap diri mereka seadanya.

Bagi yang merasakan diri tidak selesa dengan wajah dan fizikal berikut adalah langkah langkah yang harus kamu ambil

1. Sediakan perbelanjaan yang cukup

2. Dapatkan nasihat dari pakar atau orang terdekat yang boleh dipercayai.

3. titik beratkan tahap kesihatan selepas proses feminization. Selidiki sejarah mudarat mudarat

4. bersifat realistik apabila mahu mengubah wajah. (kamu tidak mungkin berwajah Anjelina Jolie setelah bertahun memiliki wajah Jamal Abdillah). Maaf, ini harus difikirkan.

5. Ada bezanya baik pulih dan total make over. Selidiki para drag queen di lama web. Lihat apakah yang membuatkan mereka kekal kelihatan pelik, (ada yang terlihat lebih buruk).

6. Pastikan kamu tidak terjebak dengan sakit psikolji setelah satu atau dua pembedahan kecil. (ketagih)

7. kemampuan wang ringgit tidak sama dengan kemampuan memperolihi keputusan yang di mahukan.

8. Pilih klinik yang bereputasi yang baik. Komunikasi dengan doktor di negara asing itu seharusnya lancar dan saling difahami.

9. Jangan terburu buru

10. Wang persediaan setelah operasi harus ada sekiranya ada komplikasi. Rihinoplasty herot, hidung berdarah, sukar bernafas, silikon jatuh atau tidak seimbang, dagu sakit dan lain lain.

Penulis tidak mahu bercerita banyak tentang hal MENDAKAP diri, kerana semuanya sudah disentuh terlebih dahulu di bab bab awal. Apa yang boleh penulis sarankan adalah supaya kamu melihat contoh contoh awal yang sedia ada. Ada maknyah veteran yang selesa sampai tua dengan acuan wajah yang sama. Ada maknyah veteran yang kelihatan sesuatu. Itu harus kamu nilaikan secara peribadi.

Badan sihat, tidak gemok tidak kurus, lincah dan berfikiran lapang adalah disarankan. Penerimaan usia juga harus diambil kira (maknyah selalunya dilahirkan lambat - ingat perbincangan kita awal awal dahulu? bertahun kamu mencari diri sebelum bertemu keberanian menjadi diri sendiri).

Hal hal yang mudah seperti vitamin, rawatan spa, derma abrassion atau aktiviti asthetic yang lain apa salahnya kalau kamu mampu.

Tidak ada cadangan secara peribadi untuk para TW. Tw hanya perlu dinasihati supaya bersikap relevan pada kemahuan yagn bukan bukan apa bila masuk bab facial and body feminazation. Ramai juga yang sudah menyesal dengan suntikan pinggul yang tidak seimbang, operasi dada yang memberi kesan tidak selesa dan lain lain lagi. Tepuk dada tanya selera, adalah kata penyedap kerana kita tidak mahu menanggung beban disalahkan kemudian hari.

Jadi pada yang ghairah dan sering merasa tertekan dengan wajah dan badan, kamu seharusnya bersifat telus pada diri. tanya soalan soalan ini pada diri.

1. aku lakukan semua ini untuk siapa?

2. adakah kewangan aku mengizinkan?

3. sudahkan aku mendapatkan konsultasi yang baik?

4. setelah proses ini apakah ia akan lebih membantu kerjaya dan kehidupan harian?

5. adakah aku sudi melakukan baik pulih sekiranya ada sebarang kejadian selepas ini?

6. apakah penerangan mudarat tentang proses ini jelas untuk aku?

7. apakah aku hanya berilusi selama ini tentang wajah begini dan begitu?

8. bagaimana dengan tahap sabar aku?

Jawab kesemua di atas dengan jujur dan ikhlas. Manusia mana yang tidak mahu tampil lawa dan jelita sentiasa dipuja. Itu nafsu biasa.

Tahukah kamu bahawa keindahan dan bahagia hidup pula tidak terletak semata mata pada penampilan badan dan wajah? Ini harus diulangi kerana kita takut sekiranya para maknyah/tw lupa tentang hal klise tersebut.

Selamat SEJAHTERA.

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now