INSOF APA?

57 3 0
                                    


HAKIKAT INSOF....di kalangan para ts muslim sudah kita sedia maklum selama ini. Kita pun berkomentar sehinggakan timbul rasa bersalah seolah olah kita adalah RATU IBLIS.


Fenomena ini bukanlah hal yang tidak biasa manusia. Sejak zaman berzaman manusia bergerak dan menentukan hala tuju masing masing demi kesejahteraan mereka.Kesilapan di sini adalah melihat kembali cara hidup lama dan menghina. Serta harapan untuk orang lain ikut serta tatacara mereka yang dirasakan betul. Disauk sekali idea idea para cisgender sebagai sokongan.


- apa yang sebenarnya berubah?- tahap mana perubahan itu dimahukan?- sebelum ini tidak pernah fikirkah?- apa tujuan diwar warkan semua itu?


Maka bergaduhlah kita semua di wall masing masing, memberi pendapat masing masing. Padahal hidup adalah pilihan peribadi.Macam macam dapat dilihat sewaktu suasana sedang rancak, maknyah maknyah dangkal yang mahu mencuri LIMELIGHT orang lain, mahu juga bersuara entah demi apa...mereka terlupa, ada hal hal penting di sini.


- tingkah yang melibatkan semua kamu ts/tw/maknyah- Penghakiman para cisgender yang kejam- resah ibubapa dan ahli keluarga- hal hal sakit 'apa orang kata'


Perubahan adalah hal yang tertakluk pada semua manusia. We are bound to changes regardless what.  Apa salahnya kalau mahu berubah kalau saban hari dihantui oleh rasa bersalah, mungkin si polan merasakan dirinya ahli neraka kerana menjalani hidup sebagai transwoman. Mencari hala tuju hidup itu adalah tuntutan secara azali. Selamat mencari. Lakukan dengan tenang, berbahagia dengan diri dan jangan melibatkan orang lain. Jangan sampai dimanipulasikan oleh MEDIA.


Ini bukan hal yang heboh itu sahaja...bermula dari cikgu erin, saffiey alias, maknyah veteran dan sesiapa saja yang mahukan perubahan. Lakukan dengan tenang dan damai secara peribadi. Kamu bukan artis hebat yang harus berurusan dengan peminat atau pemimpin negara yang sakit 'Mencari Penonton'.

Hal hal yang menjengkelkan seperti pernyataan mahu berkahwin pada Media, mahu jadi jantan dan penampilan di media penyiaran itu tidak membawa mereka ke mana mana. Secara diam diam orang akan tertawa dan tidak teringin pun mahu memberi anak gadis mereka untuk dikahwini. Lucu dan seolah olah MENTAL apabila maknyah insof tercari cari media untuk publisiti, di dinding sendiri dipamerkan gaya gaya sedang berubah... (kelihata seperti badut). Masih lagi menggelarkan diri MAK, NOK dan Nama glamer dirinya. Apa itu semua?

KALAU BENAR MAHU BERUBAH LAKUKAN DENGAN DAMAI.

1. padamkan keinginan untuk menggumpul jemaah kamu

2. lupakan hal hal keluar suratkhabar dengan wajah ponds ponds kamu. Kamu tidak akan ke mana.

3. uruskan semua hal hal pembubaran feminization kamu  itu sebaik mungkin (hidung prostik, silikon wajah, silicon tetek dan dagu dagu tajam kamu).

4. semat dihati, apa yang kamu lakukan itu adalah untuk pembangunan diri sendiri.

5. rasa berdosa kamu itu tidak dikongsikan dengan orang lain.

6. kamu sendiri tahu hal hal Gender Dsyhporia itu adalah rumit dan sukar dirungkai. Rungkaikan hanya buat diri sendiri.

7. keluar dari keterlibatan kamu terhadap hal hal feminiti (masih berbicara tentang pakaian wanita, solekan, ubat ubat kecantikan dan hal hal pengantin yang tidak masuk akal itu) 

8. ubah nama kamu yang ala ala perempuan palsu itu.

9. belajar apa itu menjalani 'PRIVATE' life dan keluar semula sejahtera sebagai lelaki

10. Tawaran menjadi ustaz palsu oleh cisgender itu sebenarnya tidak mampu kamu tanggungi sebenarnya.


Jadi para transwoman harus lebih tenang dan realisitik dalam menangani hal ini. Ada waktunya kita diam sahaja dan tidak perlu berkata apa apa. Sudah menjadi adat, manusia akan berkata kata dengan pemahaman mereka secara peribadi. Apalah yang mereka tahu tentang pembahagian dalam LGBT? Resah kehidupan yang kamu lalui itu tidak pernah mereka rasa sepicing pun.


HARUS INGAT: cisgender tidak sehebat mana. Manusia itu cabarannya sama sahaja. Mereka juga keliru dalam banyak hal...hal anak anak, hal membeli tudung, hal nikah kahwin, hal poligami dan pelbagai hal remeh lain lagi...Niat di hati selalu harus ada: AKU MAHU JADI INSAN YANG BAIK.


*artikel ini ditulis kerana ramai ibubapa dan masyarakat umun yang selama ini hidup dalam penafian menjadi bergantung harap pada anak anak transgender. Mereka fikir segalanya semudah itu. Padahal mereka sendiri awal awal lagi sudah mengerti UNTUNG NASIB QADA DAN QADAR itu adalah ketentuan pencipta... 

BUKU MAKNYAHWhere stories live. Discover now