Assalamualaikum. Aku seorang student IPT di sebuah kolej yang baru dinaiktarafkan menjadi universiti. Aku nak cerita pasal benda yang terjadi sewaktu aku pertama kali masuk ke rumah sewa ini sehinggalah sekarang.
Di sem satu lagi aku dah duduk di rumah sewa sebab aku malas nak tinggal di asrama. Rumah sewa dua tingkat ini terletak di atas bukit, kawasan perumahan baru. Selasalah juga sebab rumahnya besar, setiap bilik ada tandasnya sendiri. Sewa bulanan pun 'umph' juga.
Pertama kali aku masuk ke rumah ini, aku dapat master bedroom. Rumah ini memang kosong dan tiada sebarang perabot yang disediakan. Penyewa masuk sehelai sepinggang. Tidur pun beralaskan Toto Narita.
Pada mulanya, aku rasa seram sejuk bila masuk ke rumah ini. Bukan apa, aku jenis yang 'boleh nampak dan rasa' kalau ada benda-benda makhluk halus ini. Tambahan pula, ini kawasan perumahan baru, tak ramai yang tinggal di sini pada masa itu seperti hari ini. Boleh dikatakna hampir setiap malam ada anjing yang akan menyalak di depan rumah kami. Bukan setakat depan rumah, tetapi di belakang rumah pun ada. Bukan seekor dua, tetapi banyak. Yang peliknya, anjing selalu menyalak pada rumah ini sahaja.
Nak dijadikan cerita, hari pertama aku tidur okay saja. Tiada sebarang gangguan. Tetapi selepas selang 2-3 hari, aku dah mula rasa dan nampak sesuatu. Benda pertam yang aku nampak dalam rumah ini semasa aku nak tidur. Dalam jam 12 malam, aku nampak ada benda terapung atas badan salah seorang housemate aku ini. Kelihatan seperti lembaga besar, terapung betul-betul di atas housemate aku ini. Masa itu aku dengan dia tidur bersama, jarak satu tilam di antara kami. Kiranya tilam di tengah-tengah itu kosong sebab housemate yang seorang lagi balik rumah dia.
Memang cuak gila! Jantung aku berdegup kencang bagai nak pecah. Tapi aku tak ceritakan pada sesiapa sebab tak nak takutkan mereka. Yelah, kadang-kadang ada jenis yang tak kuat kan. Jadi, aku diam-diam dulu. Selain itu, aku nampak ada satu benda yang bertenggek di atas almari housemate aku itu. Tak mampu aku nak bersuara pada ketika itu.
(Aku dah ceritakan perkara ini kepada housemate tentang perkara ini. Tetapi dia selamba saja, langsung tak gentar apa pun. Padahal orangnya kecil, kurus kering saja. Tak sangka pula hatinya kental...)
Sem baru, aku tukar bilik. Aku pindah ke bilik paling hujung sekali, dekat dengan tandas. Jadi, aku akan dengar pergerakan orang keluar masuk bilik air.
Jam 3 pagi, aku terdengar bunyi orang mandi dalam bilik air, siap menyanyi mendayu-dayu. Padahal aku tengok, semua tengah tidur nyenyak dan lena di tempat masing-masing. Aku mula rasa semacam tetapi aku buat tak tahu. Aku pasang earphone dan full volume. Kemudian tertidur dalam keadaan tidak tenang.
Ada satu hari ini ketika tengah cuti sem, aku rancang nak balik rumah sewa sekejap ambil pakaian nak bawa balik. Aku pergi ke rumah itu dengan seorang kawan ini. Semasa kami sampai dari Penang ke Kuala ini, kami dah rasa tak sedap hati. Namun, masing-masing mendiamkan diri untuk sedapkan hati sendiri.
Malam itu, kami lepak di ruang tamu saja sebab rumah kosong, tak ada orang. Makanlah seketika di ruang tamu. Tengah seronok bersembang-sembang, tiba-tiba terdengar bunyi orang buka pagar rumah. Kami pun apa lagi, memang cuaklah! Bunyi dia buka pintu punylah kuat.
"Kau dah lock pintu kan?!" soal kawan aku banyak kali.
Aku cuba berlagak tenang. Kami tak habis makan, terus lari tidur di bilik atas. Kawan aku ini pula jenis yang cepat tidur awal kalau ada sesuatu yang berlaku. Yang terpaksa menghadap semua ini, aku. Sengsara weh!
Tengah sedap-sedap tidur, terdengar pula bunyi orang berlari-lari di balkoni. Paling tak boleh blah, terdengar bunyi tapak kaki orang naik tangga ke bilik tidur kami. Bunyinya bukan perlahan tetapi kuat! Bunyi orang naik tangga sambil hentak kaki. Lama juga bunyi itu berlangsung. Sudahlah pada masa itu hanya kami berdua saja di dalam rumah. Aku dah rasa seram, dah terfikir yang bukan-bukan. Kalau bukan manusia, mesti benda tu. Aku buat-buat tak dengar, tak jadi malam tu nak packing pakaian.
YOU ARE READING
🚏⭕ || Kisah Si Makhluk
Horror/Koleksi cerita seram je/ Ada orang kata Se curious kita nak tahu pasal hantu, hantu pun curious jugak nak tahu apa tanggapan kita kat diorang. So aku sarankan korang hati-hati baca buku ni. Lebih-lebih lagi kalau baca memalam. Sebab mana tahu mas...