Cuak!

378 25 2
                                    

Aku gelisah. Mata tak henti tatap jam didinding. Mana pulak dia ni tak balik-balik lagi! Aku gusar.

Tik!
Jam 12 tengah malam. Ok. Aku fed-up tunggu. Rizki dah lama tidur. Jadi, aku cuma melayan tv. Satu siaran pun tak berkenan di mata aku. Ya, gusar. Marah. Geram. Jam 11 tadi, aku call dia jawap, on the road lagi. Tolong kawan yang mati enjin kereta di tengah jalan. Ok. Aku dapat terima. Tapi, sekarang dah jam 12 kot..tak kan lah! Di call, handphone off. Otak aku mula diterjah dengan prasangka liar. Namun, dasarnya..aku bimbang akan keselamatannya. Mana tahu berlaku apa-apa padanya diluar sana. Allah..selamatkan lah dia! Semoga dia pulang ke rumah dalam keadaan yang selamat.Aku off segala lampu. Cuma pasang lampu tidur sahaja di ruang tamu dan di dapur.

Jam 12 setengah. Aku masih menunggu dengan sabar. Bila terdengar bunyi gril di buka, aku pasti itu tentu dia! Aku nak marah ke nak gembira? Marah sebab dia balik lewat..gembira sebab dia balik dengan selamat. Heh! Hati wanita!

"Assalammualaikum.." dia memberi salam. Dalam keadaan samar-samar dengan suasana yang hanya disuluhi lampu tidur, aku menatap wajahnya dengan perasaan geram berbaur rasa syukur. Salamnya itu aku sambut dalam hati sahaja. Merajuklah konon!

Aku biarkan dia kemaskan diri dia dulu. Sensetifnya hidung seorang wanita yang bergelar isteri ni..mampu hidu bau suaminya. Ok. Dia bercakap benar. Bau petrol. Hm. Prasangka lagi!  15 minit kemudian, dia siap wangi-wangi dan duduk dihadapan aku. Sambil membuka game bola dia tu. Wajahnya lasung tak rasa bersalah. Nak pujuk? Huh!

"Kenapa lambat sangat balik?" yah..itu dia..aku mulakan mukadimah dengan lantunan suara halus lagi menekan itu. Dia diam. Aku makin geram.
"Saya tanya ni..awak tahu tak jam berapa sekarang? Esok dah nak kerja, bangun awal. Kalau awak lambat tidur seorang diri tak pe. Ini, saya pula yang terpaksa menahan mata semata-mata tunggu awak!" aku membebel. Dia tersenyum memandangku sekilas.
"Dah balik lewat, buka lagi game. Bila lagi nak tidur ni?" aku makin geram.
"Kan abang dah cakap tadi abang tolong kawan. Kesian orang susah. Handphone habis bateri. Tak dapat nak call back. Sorry lah," katanya ringkas. Aku tak puas hati.
"Tak dapat ke pinjam handphone kawan tu untuk bagitahu?" aku menekan lagi.  Dia diam.

Mataku tiba-tiba berkalih kearah pintu apabila melihat sesuatu sedang bergerak. Dari kaki pintu, aku melihat sesuatu itu yang ku anggap seperti bayang-bayang orang sedang berdiri tegak.

"Ha..sapa pula yang awak bawak balik kat luar tu?" aku bertanya. Aku rasa dia sedang bawa seseorang balik. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Fiilnya memang begitu. Kalau aku membebel, dia memang akan mendiamkan diri. Dia tahu, isterinya ini cuma bebel kosong je. Tak sampai dalam hati pun.

Bayang-bayang itu masih berdiri tegak di pintu.
"Awak bawa siapa di luar tu?!" tanya ku lagi.
"Hamdan." Dia menjawap ringkas. Aku geram!
"Yang awak bawa balik Hamdan tu dah kenapa?. Awak tahu kan kita ni tidur diruang tamu  kipas dalam bilik tu bukannya berfungsi. Saya tak nak tidur dalam bilik. Saya tak nak Rizki meragam malam ni. Tak kira, mana Hamdan nak tidur, asal jangan bawa dia masuk!" aku lansung tidak berkompromi. Kejam kan..biarkan tetamu diluar. Hurm!  Aku laju-laju menyembabkan muka di bantal.

Dia lansung tidak memberi respon sehinggakan aku ketiduran. Tidurku tak lena malam ni sebab aku khuatir dek di bawaknya si Hamdan tu masuk senyap-senyap dalam rumah. Nanti, Hamdan nampak aku tidur dalam keadaan yang agak 'nakal'. Huh! Malu lah aku!

Bila aku terjaga, bayang-bayang itu seperti mundar mandir di depan pintu. Hati ku mula dijentik satu rasa! Errr...Tak kan Hamdan tak duduk. Tak lari dari depan pintu tu? Aku bermonolog dalam keadaan yang mamai. Aku lihat suami, sudah berdengkur ketiduran. Namun, kerana ingin tahu mamai bagaimana sekalipun, aku bangkit dengan perlahan. Cuba menilik Hamdan daripada tingkap.

Kosong.
Sepi.
Gelap.

Ya..tiada apa-apa diluar rumahku. Justeru, siapa yang kelihatan merayau tadi? Tidak berfikir apa, aku menyambung semula tidurku.

Keesokkan paginya, aku bangun awal-awal untuk memeriksa lagi. Perlahan-lan menyelak tabir. Namun, seperti semalam, tiada apa-apa yang aku jumpai sehinggalah seusai suami mandi, bermulalah sesi soal jawab.

"Semalam Hamdan tido mana?" tanyaku dengan bermuka tegang.
"Hamdan mana?"
"Laaa..malam tadi awak cakap awak bawa Hamdan,"
"Awak ngigau eh? Mana ada saya bawa Hamdan," dia memprotes.
"Aih! Soalan saya malam tadi tu..awak jawap ape!"
"Awak tanya saya, saya keluar dengan siapa..saya jawab Hamdan lah," bersahaja mukanya.
"Habis tu yang tercongok berdiri depan pintu malam semalam tu, apa?!" bergetar suara ku.
"Manalah saya tahu," jawabnya ringkas.
"Ah sudah! Awak bawa geng balik. Itu laaa...balik lewat lagi. Mujur benda tu tak masuk. Kalau benda tu masuk rumah malam tadi, macammana?!" tanyaku marah campur geram campur takut campur cuak!
"Kalau benda tu masuk, kita hidangkan kopi panas..hehe!" bersahaja mukanya berseloroh. Aku geram.

Tab!
Satu cubitan mengena di lengan. Haa...percoma!

"Sebelum balik malam tadi, memang ada terasa benda yang ikut. Tapi buat derk je. Sambil-sambil baca qursi 3 kali dan meludah dipagar rumah. Sebelum masuk, saya ada toleh-toleh juga. Dalam hati cakap..kau balik, sampai sini je kau ekori aku. Jangan nak buat onar dengan keluarga aku!.. Haa...gitu saya berkomunikasi dengan dia. Sebab tu la dia tak masuk tu. Dia takut nanti awak cemburu."

Aku terkebil-kebil mendengar cerita suamiku. Ayat last dia tu buat aku rasa nak terkam dia je!

"Alaaa...makhluk tiada kuasa, Allah Maha Kuasa. Nak takut apa," katanya lagi sambil mencubit pipi pau ku ini dengan lembut. Dia tahu bini dia ni tengah cuak.

Ok. Tutup kes!
Sambung sarapan pagi..

TAMAT

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now