Nightmare's call 1

451 20 0
                                    

WRITER: Hayley Dawn Harper
Genre: SPIRITUAL ROMANCE
TEASER: Kisah Hidup Savanah Yang menjadi Pujaan seorang Bunian.



Chapter 1: Nightmare of My Life

Apabila hari menjelma menjadi malam, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu rapat. Lampu dipadam dan saya akan memastikan tiada sebarang cahaya meskipun hanya sekecil kuman memasuki ruang bilik tidur saya. Ia adalah rutin hidup. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya.
Pelik. Am i someone who love living in the dark. ?My name is Savanah(unreal name). Saya tinggal bersama dengan mak cik saya iaitu kakak sepupu kepada ibu saya. Ibu bapa saya meninggal
Dunia pada ketika usia saya 10 tahun. Namun saya juga tidak pasti punca kematian mereka. Mereka meninggal secara berasingan tempat namun pada masa yang sama.
Mak cik saya seorang yang mempunyai kelebihan sixth sense sejak beliau masih kecil lagi. Dia mendapat kelebihan itu daripada Ayahnya sendiri iaitu Datuk saya. Datuk saya mempunyai (pegangan/ gimat/ komburongo) iaitu sejenis mahkluk halus yang dipeliharanya untuk tujuan penyembuhan penyakit. Datuk saya mempunyai kelebihan untuk mengubati atau menyembuhkan sesiapa yang mempunyai masalah gangguan kesihatan akibat perbuatan orang lain. Datuk saya boleh digelar sebagai (Bomoh) kerana ramai orang memanggilnya dengan nama sedemikian.
Setelah Datuk meninggal, Beliau telah mewarisakan Gimat/ komburongo Beliau kepada Mak cik saya kerana dia memiliki ciri - ciri yang dikehendaki oleh mahkluk halis itu yang akan bertukar tuan daripada Datuk saya kepada mak cik ( Auntie Milan) saya. Saya mengetahui hal itu sejak ibu bapa saya meninggal dan saya selalu memerhatikan auntie milan bercakap dengan mahkluk itu. Namun saya tidak dapat melihatnya. Apabila saya bertanya auntie milan tentang Mahkluk halus itu, dia hanya mengeleng. Dan berkata, mereka mempunyai perasa rupa yang sama seperti manusia malah lebih sempurna.
Namun, ketika saya berusia 16 tahun, sesuatu yang pelik telah berlaku kepada saya. Saya selalu bermimpi tentang ibu bapa saya yang meninggal dalam keadaan mengerikan. Mereka berlumuran darah dan setiap kali saya bermimpi tentang mereka, saya akan merasakan bahawa jari jemari saya akan dipenuhi dengan lumuran darah. Penuh dengan darah sehingga memenuhi ruang bilik itu. Namun apabila saya terjaga, semuanya dalam keadaan normal namun saya selalu merasakan apa yang ada di dalam mimpi saya itu adalah sesuatu yang benar. Setiap hari saya akan bermimpi hal yang sama. Tempat yang sama. Perkara yang sama. Hal yang berulang berlaku setiap hari.
Keadaan semakin teruk apabila saya sudah menghabiskan sekolah iaitu SPM. Saya menyambung belajar di sebuah kolej tempatan dan memgambil jurusan Culinary. Akibat terlalu bermimpi buruk, adakalanya saya sukar untuk menumpukan perhatian kepada kehidupan realiti saya. Setiap hari saya akan diserang sakit kepala yang sangat teruk terutama sekali ketika malam menjelma.
Kepala sakit seperti ingin pecah dan tidak akan hilang walaupun saya makan banyak ubat painkiller. Sakit yang sangat kuat menyebabkan saya tidak mahu cahaya memasuki bilik saya lada waktu malam. Saya akan mula mengunci diri pada jam 8 malam. Menutup semua lampu dan hanya mendiamkan diri di atas katil dan menutup mata. Dan apabila saya terlelap, mimpi buruk yang sama akan menganggu saya. Setiap hari sehingga saya mempunyai masalah untuk membezakan antara realiti dan mimpi dalam kehidupan saya.
Auntie milan yang melihat tingkah dan perubahan dalam diri saya selalu cuba untuk mengubati saya dengan pelbagai cara. Namun auntie milan juga tidak dapat membantu dan saya juga tidak pasti apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap diri saya sehingga menjadi serba tidak kena seperti ini. Saya melihat kehidupan orang lain yang normal dan saya ingin menjadi seperti mereka namun keadaan saya menjadikan saya seperti orang yang tidak normal namun saya tahu saya bukannya seorang yang mengalami masalah mental atau kemurungan.
Suatu malam, seperti biasa kepala saya terasa sakit, dan saya akan masuk kebilik tidur dan kerana terlalu pening saya hanya sempat memadam lampu bilik dan menutup pintu bilik namun saya tidak sempat menguncinya. Malam itu apabila saya bermimpi seperti biasa, saya terjaga dari tidur saya. Saya bangun dan turun dari katil saya. Saya tidak sedar sama ada itu sekadar mimpi ataupun realiti namun saya berjalan ke arah pintu bilik, membukanya perlahan dan saya hanya berjalan terus ke arah dapur.
Auntie milan sudah tertidur kerana saya tidak melihat kelibat dirinya di ruang tamu. Selalunya auntie milan akan bersembang dengan mahkluk halus itu sambil membakar kemenyan. Dia akan menghidangkan kirai/ sisigupan(Rokok tradisional) dan mereka akan berborak sehingga perkara yang mereka ingin ceritakan habis.
Kaki saya melangkah ke arah dapur dan saya hanya memerhatikan sekeliling. Memandang kiri dan kanan dan kaki saya membawa saya ke tepi singki. Anak mata saya merenung tajam pisau pisau yang ada di tepi singki. Saya mengambilnya dan perlahan mengacukannya di wajah saya. Bucu tajam pisau itu sangat menarik perhatian saya. Seperti sangat tenang ketika melihat sisi tajamnya dan saya mendekatkannya di hadapan anak mata saya.
"Savanah!!"jeritan itu mengejutkan saya. Suara auntie milan menjerit dan menarik pisau itu dari terus menghiris tepi pipi saya. Pisau itu dibuangnya jauh dan dia memeluk saya.
"What happen.!!"jerit auntie milan. Dia memerhatikan luka kecil di pipi saya dan menarik saya keruang tamu. Dia menyapu ubat dengan wajah penuh dengan rasa risau terhadap keadaan diri saya.
"Youre getting worst."katanya mengeleng. Saya hanya duduk dan termenung jauh. Perasaan saya hanya kosong. Tiada apa yang bermain di dalam fikiran saya. Saya juga tidak sedar sama ada perkara itu satu mimpi atau bayangan saya sahaja.
"I must do something about this."kata auntie Milan. Mengusap usap rambut saya dan memeluk saya. Mungkin dia merasa kasihan melihat keadaan diri saya.
Auntie milan berjalan mundar mandir sambil menunggu panggilan telefon yang dibuatnya mendapat jawapan. Namun dia hanya duduk dan menarik nafas panjang sambil menoleh ke arah saya yang hanya mampu merenung ke arahnya dengan perasaan kosong. Saya bangun dan kembali semula ke bilik saya dan mengunci pintu dengan erat. Saya menarik selimut dan menyelimutkan diri sendiri.
Adakalanya saya merasa terlalu penat untuk melalui semua itu. Namun saya tidak mempunyai pilihan yang banyak. Saya hanya menanti dan menunggu hari hari esok apa yang akan berlaku kepada diri saya. Saya tidak menghabiskan pengajian saya kerana tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajian saya. Saya hanya berkurung di dalam bilik dan hanya ada Milan yang selalu menjaga saya.
To be continued..

🚏⭕ || Kisah Si Makhluk Where stories live. Discover now